Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah

Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.

Saturday 6 October 2012

Di sebalik sehelai kain penutup muka.

Baru-baru ni masa Ayman makan di sebuah kedai makan, Ayman ternampak beberapa gadis cantik berniqap di hadapan Ayman. Saudara Ayman yang seorang ni asik memuji-muji jer keayuan si gadis-gadis di hadapan kami. Aaman pula tidak la terlalu skeptikel dengan cara berpakaian. Namun lazimnya dengan berpakaian bergitu secara lazimnya akan menunjukkan perilaku si pemakai mestilah sopan dan beriman. So sedang Ayman menikmati makanan bersama teman ayman ni, Ayman terdengarlah gadis-gadis niqab ini berbicara dan bergelak ketawa. Mula-mula perlahan sahaja tawanya kemudian semakin deras dan kuat. Sampai terkekek-kekek. Orang di sekeliling mula memerhati. Tapi mereka macam tak kesah. Yelah bukan orang nampak muka mereka. Bila di amati perbualan mereka berkisar tentang Adam. Mungkin suami mereka yang di katakan. Ayman macam malas nak ambil peduli, bukan tak suka, cuma terganggu dengan cara mereka. 

Orang kata Don't judge Da Book By it's Cover... tetapi 65 peratus buku di pasaran kita beli kerana kulit luarnya.... 

Cantik dah bertudung labuh, berniqab lagi. Cantik sungguh luarnya... Namun kalau dah tergelak besar... sampai terkekek-kekek, mana manisnya, menutup muka bagi tontonan ajnabi kerana takut di hampiri fitnah. Bagai mana pula dengan suara yang kuat dan mendatangkan aib kepada perempuan itu? memang benar suara itu bukan aurat.

Imam al-Ghazali juga berkata: “Sesungguhnya suara wanita bukanlah aurat kecuali ketika dia menyanyi - maka pada saat itu suaranya aurat." 


Namun Demikian, wanita tidak disyariatkan untuk membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dengan bacaan yang nyaring pada sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh sebagaimana yang disyariatkan bagi kaum lelaki sewaktu melakukan sembahyang sendirian. Semua ini menunjukkan bahawa wanita mesti menjaga dan berhati-hati terhadap fitnah yang boleh disebabkan oleh suara dan perhiasan mereka, bukan bermakna suaranya dan perhiasan yang zahir merupakan aurat. Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa (ketawa) seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan. Demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda, inilah yang sangat dilarang oleh agama kerana untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah. Sama juga membunyikan perhiasan yang tersembunyi di kakinya.

Jika perkara tersebut dikatakan aurat, kenapa Rasulullah s.a.w sendiri pernah mengizinkan isteri baginda melihat pertunjukan dua orang lelaki Habsyi bermain pedang di pekarangan masjid dan mendengar dua wanita bernyanyi di rumahnya.

Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Aisyah r.a, katanya, “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke tempatku. Ketika itu di sampingku ada dua orang gadis yang sedang mendendangkan nyanyian tentang hari Bu’ats. Ku lihat Rasulullah s.a.w berbaring tetapi dengan memalingkan mukanya. Pada saat itulah Abu Bakar masuk dan ia marah kepadaku’. Katanya, ”Di tempat rumah Nabi ada seruling syaitan?” Mendengar seruan itu, Nabi s.a.w menghadapkan muka baginda kepada Abu Bakar dan berkata: “Biarkanlah kedua-duanya, hai Abu Bakar.”

Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah s.a.w mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah s.a.w. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi, daripada Buraidah, menyebut: ”Suatu hari Rasulullah s.a.w pergi untuk menghadapi suatu peperangan. Setelah baginda pulang dari medan perang, datanglah seorang wanita kulit hitam lalu berkata, ”Ya Rasulullah, aku telah bernazar, iaitu kalau tuan dipulangkan Allah dengan selamat, aku akan menabuh rebana dan bernyanyi di hadapan tuan. Mendengar hal itu, Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Jika demikian nazarmu, maka tabuhlah. Tetapi kalau tidak, maka jangan lakukan.” Di petik dari http://muafakatmembawaberkat.blogspot.com

maka jelaslah jangan hanya menutup muka denagan Niqab untuk hindari fitnah namun suara juga perlu di jaga. Kerana Sememangnya MUKA dan SUARA itu bukanlah aurat yang perlu di litupi. tapi jika anda memilih melindungi wajah anda, maka perbaikilah diri, jagala suara dan tingkah laku yang lain.

Allah s.w.t melarang daripada mendedahkan auratnya (seluruh tubuh) selain daripada muka dan tangannya sahaja, sesuai dengan tafsiran Hibrul Ummah (Sahabat besar Rasulullah, Ibnu Abbas r.a) sendiri, itulah apa yang dimaksudkan dengan firman-Nya yang bermaksud: “… apa yang zahir daripadanya” (An-Nur: 31), iaitu muka dan tangan.
Dalam suatu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Apabila seorang gadis itu dewasa (sampai umur), maka tidak halal badannya terdedah selain muka dan tangannya sahaja.”

Wallahualam...

Yang Berniqab tu jangan pula terasa. Walaupun mungkin kecil jumlahnya yang berkelakuan spt diatas, namun ia tetap memberikan kesan. Tutup Muka sahaja tak bermakna baik dan suci, asalkan menutup aurat mengikut islam juga cukup. Allah tidak menilai pakaian dan harta kamu, tapi yang tinggi di sisi Allah adalah amal dan ilmu.




Thursday 26 July 2012

Ibu kaulah ratu hati ku

     Aku dah lama nak tulis dan berkongsi satu cerita... cerita tentang seorang nak kecil yang kehilangan ibu pada usia yang muda. Bagaimana perasaaan dan fikirannya pada ketika itu dan bagaimana ia mencorak keperibadian dan watak anak itu. Izinkan aku berkongsi cerita yang berlaku kepada aku  ayman Siddiq...

Cerita bermula begini....

Aku di lahirkan di dalam sebuah keluarga yang harmoni, aku ada ayah yang terbaikk, amak yang pengasih, kakak yang garang... tapi kau sayang mereka. Tetapi keseronokkan kau hanya seketika, pada usia aku 5 tahun mak dah di sah kan menghidap kenser payudara. Dan kemudian lanskap famili kami berubah. aku tak kata aku terbiar, ayah akan cuba memenuhkan permintaan aku seupayanya. Maka dalam tempoh 4-5 tahun mak berperang dengan perasaan, penyakit dan survival untuk hidup. perasaan ibu nak tgk aku memebasar kuat dalam hati emak, dan itu baut dia tabah dan hidup lebih lama. Namun, rencana Allah lebih tepat. Mak jatuh sakit teruk, puas kami berubat sna-sini, yang tradisional katta mak kena buatan orang. Tapi yang moden kata , liver(hati) mak dah gagal berfungsi. Aku masa tu tak tahu apa-apa, di usung sana-sini oleh ayah dan kakak. Bila nak makan ayah bagi makan, bila nak tidur ayah bagi tidur. sehinggala...

"Jangan lupa bawak baju mak, baju sekolah kau dan baju akak sikit."
"Tak nak la tumpang skolah abang sahar"
"Dah Lama sanggat kamu tak sekolah"
"Ala ayah.... bila nak balik...mak bila nak jaga??"
Ayah dan kakak diam jer. Aku tensen dah dekat 2 minggu mak tidur tak bangun. Orang kata mak tidur, mak penat. Aku tau mak KOMA, dia orang ingat aku ni budak-budak ker?? aku dah darjah 4 tau.. pengawas lagi tu.
"Nanti kau balik ko tolong ayah kemas rumah" Pesan akak lagi
"Hmmm"
"Ko Jangan Hmmm...Hmmm, sepah umah siap kau... mak beleter baru padan" Jawap akak lalu mencubit pipi aku.
Aku senyum dan balas cubitan kakak. Ayah diam je tengok mak. Ayah tak sedih ker tengok mak macam tu? Aku tanya pada diri sendiri, kagum pun ada.
Aku fikir macma kakak dan ayah duk tipu aku, asik cakap mak akan bangun...tapi aku rasa mak macam tak leh bangun jer.
Aku dah menguap beberapa kali...
Jam dah pukul 10.30 malam dari pagi aku kat hospital.
Kebetulan sepupu aku datang hantar nasi, ayah mintak aku balik dulu. alu pun akur. sampai umah Teh aku terus tidor.
Sedar kul 2 ayah kejut... tgk akak ada ke tepi aku...
"Kakak tak jag maK?
Kakak diam mata dia  merah
"Mak dah bangun ke" Aku bingkas bangun nak cari mak. aku sangka mak dah bangun dah keluar hospital...
Ayah kata kat aku perlahan... mak dah meninggal...
Aku tak sedih pun... aku tak tau macam na nak sedih... dulu kalu kena marah aku nanggis kalu kena pukul nagn mak aku nanggis. ni mak tak pukul, ayah  tak marah...aku tak tau nak nanggis ke tak
aku sedih mak tak da.... tapi tak leh nak wat per
esok janazah mak dibawak ke umah Uda... ramai datang mak terbaring di tengah rumah. Aku tau mak dah tak da... aku tau mak takkan idup dan cuim aku...sikat rambut aku....pakaikan bedak sampai putih pipi aku.. aku tau... tapi kau tak reti nak sedih aku tak pandai nak nanggis...aku tgk mak teh, mak tam ucu nanggis teresak2. akak pulak duduk sebelah ayah. aku pulak duduk jauh dari derang... ayah tak cari aku pun...dia sebuk kesana ke mari. kakak dah lupa dah kat aku... aku du tgk jenazah mak dari jauh. Ende suruh aku duk dekat jenazah mak...
"BAcakan fatihah" ujar ende
Aku baca la... tapi bau mak dah tak macam dulu... dulu bau mak wangi mcam bunga.. skarang bau tak sedap, aku tak tau bau pa. Aku cakap kat Teh... mak bau pelik.. Teh kata tu bau kapur barus...aku tanya balik tu jenama bedak ker. Teh ketawa jer...
Pas mak di kapankan derang bawak mak pergi masjid untuk di solatkan...
Aku duk luar... tak pandai solat...
tgk orang diri ramai2 rapat...solat tak da rukuk dan sujud... aku pikir ni solat per.... aku diri kat belakang aku niat macma solat jenazah tapi siap rukuk dan sujud 3 rakaat...
sepupu aku tanya aku solat aper...aku jwap aku solat kat mak aku... derang gelak....
derang nk kebumi mak... aku tak larat nak angkat mak... pas tu derang kambus mak dengan tanah...
baru aku sedar aku takkan tgk mak lagi... baru aku mananggis...aku sedih tengok mak....

 Aku benar tak faham apa yang berlaku ketika itu. Mak meninggalkan aku. apa yang aku coretkan di atas adalah apa yang aku rasa. sudah hampir 17 tahun berlallu. peristiwa dan pengalaman tu mendewasakan aku. cuma satu yang aku sesalkan... aku tak dapat menyempurnakan solat jenazah ibuku, menguruskan jenazah ibuku. semoga roh mak di tempatkan di kalangan orang yg beriman.. Aku hanya inginkan mak dapat lihat dan bersama aku kelak ketika aku berijab kabul november nanti. namun, aku tahu mak setiasa berada di hati ku.
Al-Fatihah Buat ibuku .. arwah Rokiah Bt Hj Tahir

 

Lelaki ini bergelar Abah


Dari tadi angah duduk tercatuk di pinggir jendela. Di tinjau-tinjaunya jauh ke luar jalan besar. Hujan yang dari tadi turun renyai kian lebat. Riuh bunyi air hujan menujah atap-atap zink rumah ada juga yang mula bergenang air tunggu nak jatuh ke lantai. Cepat-cepat ibu menadah dengan tin minyak masak cap sauh, takut-takut mencurah air basah pulak tempat anak-anak nak tidur. Ibu duduk semula di tengah rumah menyambung melipat kain. Along tengah buat kerja sekolah, ucu pulak sedang sibuk bermain kapal terbang kertas yang angah buatkan tadi. Angah masih lagi termanggu di tepi jendela. Ibu perhatikan sahaja tidak di tegurnya . Ibu tahu angah tunggu siapa. Dalam hujan lebat angah nampak susuk manusia terkial-kial mengayuh basikal meredah hujan dan angin yang menggila. Semakin lama semakin menghampiri laman rumah. 'Abah' bisik angah. terpalit satu senyuman di wajah angah. Lelaki yang dah separuh abad tu menongkat basikal cermat di bawah rumah. Basah bajunya tapi satu bungkusan plastik di kibasnya. takut betul kalau-kalau basah. Angah melompat ke tanah. Tangan abah di raih untuk bersalam. Senyuman angah ketelinga apabila terpandang bungkusan plastik merah di tangan kiri abah. Angah membuntuti abah naik kerumah. Ibu dah sediakan tuala dan kain pelikat untuk abah bersalin. Abah bersalin baju, baju yang basah di sidai di tepi rumah. Abah duduk di atas pangkin sambil menggulung rokok daun tembakau jawa. Semerbak bau tembakau jawa apabila abah nyalakan rokok, ibu turun ke pangkin bawakkan secawan kopi cap tupai kegemaran abah. Abah menghirup kopi panas, abah tersenyum puas.
"Ado di bolikan barang si angah tu bang"
"ado ni ha, pueh sey cari, mujur jumpo'
"berapo hargo eh"
"RM19.90..."
"Cukup ko duit sey baie tadi"
"Em...pinjam si Budin...tak cukup Limo inggit"
"Ishk..malu jo ngan si Budin"
"Nak buek macam mano dah tak cukup"
"Daie tongah hari laie si angah duk nunggu abang, makan pun cuit-cuit jo"
"Ah.. si angah bukan tak kenal...kalau dia nak...mano buleh di tidak-tidak."
"Sukala si angah tu nanti"
"Cubo ekau panggilkan si angah nu"
"Angah...maie turun ni abah ekau panggil ni"
Angah yang dari tadi duduk di balik pintu bingkas bangun.
"yo bah, panggil angah ko?"
"Nah"
Satu bungkusan palstik merah di hulurkan oleh abah.
Angah terus menyambut dengan senyuman. Di belek-beleknya bungkusan merah.
"Bukak la mano ko jadi eh ko belek sampulnyo"
Angah membuka bungkusan di raihnya isi dalam bungkusan di bawa keluar.
"Suko, pueh abah ko caie, mujur jumpo"
Angah tersenyum sahaja.
abah menghisap rokoknya dalam, diam tak berkata. Gembira tengok anak terunanya gembira, biarpun terpasa berhutang denagan budin.
"ha, acu la.. muek ke tak"
"abang boli ikut tali rapia tu kan?"
abah hanya mengangguk.
Angah duduk di sebelah ibu di kibasnya tapak kaki kiri dan kanan.
"Longgar sikit la bu"
"Yola kan ekau nak pakai stoking"
Anggah mengangguk setuju. Cantik bisik hatinya.
"Ni dah dapek kasut bola ni, jangan asik main jo. Bolaja..."
"Sey tau la, Sey nak poie wakil sekolah ni, bukan poie suko-suko"
"ha...jawap..."
Anggah tersenyum. Dia pergi kesisi abah dan mencium pipi abah.
"Terimo Kasih Abah"
Abah hanya tersenyum dan mengangguk.
"Banyak dah utang kito ngan si budin"
"Adola dokek RM25"
"Banyak dah tu, kang tak dapek kita bayor"
"Pandaila sey carik"
Ibu banggun meninggalkan abah.
Abah duduk sendirian di pangkin. Rokok daun di balut lagi. Hari ni angah mintak kasut bola, esok lusa along nak mintak beli buku. ucu nak masuk sekolah. Abah pening kepala. Tapi abah tetap senyum depan anak-anak depan ibu. Abah kena marah, kena perli,kena maki dengan orang, nak pinjam duit abah diam. untuk anak-anak.
Abah sanggup. Biar abah bodoh kena maki, janji anak-anak dapat apa yang dia nak

Asmara Dana

Cerita ni berlaku lama pada aku... lama la lam 2,3 taun..lepas macam ni ceritanya

Sekitar Juru Penang....

Aku: Mana mau pergi ni?
Kawan Aku: P Mancing Jom
Aku: Kat Mana?
Kawan Aku: Kat Tandas Awam...
Aku: cam Aram tuii (adiq2 ni ayat tak bek tau)
Kawan Aku: Hahaha...
Aku: Gelak Jugak haha..
Kawan aku: P LLB La..
Aku: Nak pancig ikan ke skodeng awek ni??
Kawan aku:Haha bak kata pepatah sambil memancing skodeng awek.. haha
Aku: banyak la ang punya pepatah...hahah

so aku n Kawan aku packing la nak p mancing mlam tu kat LLB (LLB tu RNR area bagan .. ada pantai kat situ.)

Aku: cari port cepat...
Kawan aku: kita p area yang tak ramai orang la
Aku: hahah ko nak memancing ker nak berkapel ngan aku ni?
Kawan aku: Cam arammm... hahah ang pun bleh dari takda... haha
aku: Siot jer...
Kawan aku:haha

kami pun cari la port yang agak lengang sikit nak casting joran... so bila dah casting joran kami duk lepak la tunggu si ikan membaham umpan udang geragau kami.
dalam sedang kami tunggu nak naikkan ikan yang macam nak mustahil jer... kami namapak sesuatu yang bergerak2 di balik semak...

Kawan aku: pa benda tu
aku: Ishk jgn teguq malam2 ni
Kawan aku: pungkok ang, macam ada orang berasmara dana jer...
Aku: Kalau asmara dana, kalau sister ngesot apa citer?
Kawan aku:choii mulut ada longkag siot.. hahah
Aku: ang nak serbu ka
Kawan aku: tak bawak kad kuasa...
Aku: aku bawak...
Kawan aku:bawak pa?
aku: Kad...
Kawan aku:kad menda?
Aku: Pengenalan...kihkihkih
...Kelekung...
Aku: adoi..sakit kepala aku siot...
Kawan aku: ha pdan la haha kena sekeh ...merapu jer...

So kami yang tadi macam duk tengok dari jauh...
takut gerk kalu ada makhluk Allah yang lain selain dari bangsa manusia ke haiwan yang muncul...
hampir 1/2 jam kami duk perati, ikan pun tak sangkut lagi...

Kawan aku: ha tgk2...
Aku: Mana2?...
Kawan aku: Tu depan nu...
Aku: Mak aiii
Kawan Aku: macam ni pun boleh...
Aku: asal lepas bro...
Kawan aku:apa nak jadik ...
Aku: jadik pa nak jadik la...
Kawan aku:sengal...
aku: aku ker derang
Kawan aku: dua2la...huhu
aku: haha sama la ang pun
Kawan aku: tula hang aku nak p gegaq ang tak bagi, ju-on la, ceplos la...
aku: Bro....lu yang kecoh tak bawak kad kuasa... ikut aku pakai kad raya pun gua redah bro...
Kawan aku: teruk tui perangai...
aku: kalah kan ungker
Kawan aku: budak sekolah lagi tu
aku: mak bapak dia mana ek??
Kawan aku: kat umah la...
aku: tak concern tui
Kawan aku: pastu dah boyot baru nak cari ko kan...
Aku: Ha'ah kna wat kes akhlak plak....
Kawan aku: wey.. mana joran kita?
Aku: Tu... eh mana?..
Kawan AKu: Ya Allah Dah hanyut la...
Aku: Mak aiiih ayaq naik tak perasan..
Kawan aku: sibuk tgk org.. hhahah
Aku: JOran Sendiri mati kebuluran hahahaha...
Kawan aku: Kejar YOp...
Aku: cam Aram hahahah....

kami pun pulang la kerumah dengan pakaian yg lencun dek kena redah arus amik joran. aku duk tersadai kat sebelah Kawan aku while dia drive balik, mengeletar kesejukan padan la muka sebuk duk skodeng... yg kami nampak adalah kapel yng duk berasamara dana keluar dari semak. n they very young. rasa macam form 3-4 jer. tu yang pelik samada derang tak tau atau derang tau tapi tak nak amik tau... emm
walau pun dah maju dengan macam2 teknologi... tapi masalah beromen dalam semak ni tetap jadik pujaan derang gerk... eran aku... aku tgk member aku sorang ni dah tak mcm orang dah... cian kami nak pancing ikan konon... last2 ikan pancing kami masuk laut... dah macam dugung dah... hahahah


Ayman Siddiq

Selamat BerPUAsa

Di Sebuah rumah  di satu pagi yang hening...

"Bro... bangkit kata nak sok..(sahur)"
"Ermmm.... "
"Lantak pi kat ang la..."
15 minit kemudian...
"Bro... bangkit la, dah nak imsak ni..."
"sat...sat..."
5 Minit sebelum Imsak...
"Last bro aku gerak ang... pi la minum apa ka..."
".....ZZZzzzzZZzzZZZZ..."

esok nya ....

"La ang teruk la tak gerak aku"...
"Pala lutuit ang... aku gerak ang, ang yang tidoq macam org mati"...
"Aduiiii... buluq la kau macam ni"
"Tu la org gerak tak mau bangkit..."

Tengahari yang hening jugak...

"Mangkuk tenuk punya hamlau".....
"Hehehe... buluq la bro..."
"Ang masak pa?"
"megi... mau ka?"
"........."
"pi rebuih sebungkus lagi...:
"tu diaaaa paku dulang..."
"ang mencabar iman aku..."
"ang tu cekikla sok ka... apa ka..kalu dah kaki tuang posa... tuang gerk...



Selamat berpuasa ADAM...jangan tuang  POsa......na.....

Wednesday 25 July 2012

kasihnya Ibu

"Jauh menung...teringatkan sapa?" mak menah menyapa anak terunanya yang dari tadi jauh merenung langit malam . 
"Tak da apa la mak. Mana ada ingat sapa2." jawap Nuqman
 "kau risaukan pasal nak pergi uni versiti tu yer man". 
"Emm... banyak belanja nak kesana mak" 
"Kau jangan risau pandaila mak cari duit". "
Tak payahlah mak... orang kerja jela kat kilang sawit tu" 
"Ehh.. bukan semua orang dapat masuk universiti.. bukan itu ker yang kau nak dari kecik dulu" 
"Mak.. kita kena sedar mana satu angan-angan dan mana satu realiti".. 
" Ahh..kamu jangan banyak alasan.. kau pergi jela belajar. dah senang jangan lupa mak.." 
                                                                       .................
 "Cam ni la menah.. aku dah tak leh bagi kau utang lagi selama Husin duk pinjam satu habuk pun tak di pulangkan." Pak wahab mula berbicara. 
"Bang Wahab, tolong la saya.. man nak masuk universiti banyak nak pakai duit. saya mintak pinjam kali ni jer. tak apa la semua hasil getah saya toreh abang amik bagila saya beberapa ringgit...buat lepas makan minum". Mak Menah betul berharap. 
"berapa sen sangat hasil motong kau tu. kalu kira kau motong seumur idup pun tak leh nak jelaskan utang lama kau, tu la dulu aku nak kau jual mahal... nak sangat kat husin tu, baik la konon..alim sembahayang kat surau tak tingal.. jadi bilal... aku kau anggap kutu berahak aja. Sekarang ni kat kutu ni la yang kau nak minta tolong" Pak wahab meninggikan suara. Puas hatinya dia dapat memulangkan paku buah keras kepada mak menah 
"Bang, tak pernah pun saya anggap sebag
ai kutu, anggapla kita tak da jodoh dahulu.Pasal arwah HUsin janganlah di ungkit-ungkit seksa mayat dalam kubur"Mak menah menenangkan Pak wahab. 
"Emm... berapa kau nak pinjam menah?" " 
2000 bang" Mak aihh... anak kau ku nak belajar kat mana obersea ker, aku boleh bagi 1000 jer. masuk yang ni dah dekat 10 ribu utang kau ngan aku. 
"eh.. saya ni tak sekolah tinggi tapi kira-kira saya tak la bodoh...bukan baru 5000 ke bang"
 "5000 pokok dah dekat 5 taun satu sen pun aku tak nampak dah jadi 10000 la"Ujar pak wahab
. "Yela bang wahab." "
Aku nak geran tanah kau.. tanda cagar. kalau kau tak bayar aku adala jaminan" 
"Takkan tak percaya kat meenah" 
"Percaya... percaya... buatnya kau mati macam husin... dan anak kau buat tak tau jer... utang aku sapa nak bayar.. takan aku nak korek kubur Husin pulak?" 
"Yela bang petang nanti saya bawak akn geran" 
"Kalu macam ni aku boleh tambah utang kau jadi 2000." 
"Terima kasih abang"
 "Satu lagi aku ni bukan jahat sangat. Kau dudukla umah lama kau tu. tapi kalau aku tak namapak sesen pun kau bayar.. kau paham-paham la." 
"Terima Kasih lah Bang Wahab, saya janji saya bayar". tersengeh Mak Meenah apabila Pak Wahab bersetuju untuk berikan pinjaman kepadanya. 
Nuqman hanya memerhati dari balik daun pintu dapur. sebak hatinya melihat ibunya terampu-ampu untuk meminjam duit buat dia belajar
                                                               ..................................                  
                     . 
"Aku nak kamu belajar jer Man, biar aku bergolok bergadai." Ujar Mak Meenah sambil pantas dia melipat kain baju lalu di susun cermat didalam bag. 
"Mak, jangan la susah sebab Man, Man anak jantan, sepatutnya Man yang jaga dan tangung mak. Ni mak pulak yang bergolok bergadai sebab Man." Balas Nuqman, air matanya mula bergenang di sudut mata. 
"Man, aku ada kau ajer. Kau la harta aku yang paling berharga. Mak mana yang tak nak tengok anaknya bahagia dan berjaya". Di kesatnya mata dengan hujung lengan baju. Sebak hatinya nak melihat anak tunggalnya pergi jauh daripadanya. 
"Terima Kasih mak, kalau Man nak ucapkan terima kasih dari atas jasa mak, rasanya seumur hidup Man pun tak terucap mak"
" Dah... kamu jangan la sedih-sedih pergi sana kamu belajar. Belajar rajin-rajin, kalau kamu ingatkan Mak yang dah tua ni kamu belajar laya nak.". Nuqman melabuhkan kepalanya di riba ibunya. 
"Man janji , Man akan belajar baik-baik, pastu kerja dan jaga mak." 
"Ahh, naanti dah ada bini lupa la mak... " Mak Menah beseloroh...
Mereka anak beranak tertawa, hilang kesedihan sementara.

                                                            .........................

"Lama Man tak balik Nah.." Sapa Tijah 
"Sibuk la tu, katanya nak peksa". Jawap Mak Menah perlahan.
"Yela, orang belajau Unibersiti, memang sibuk" Sindir tijah pula.
"Hemm... kita ni kat kampung ni doakan jela dia selamat jah". Jawap Mak Menah acuh tak acuh. 
"Dahla Nah, aku gerak dulu, karang si Karim tu balik dari kilang sawit nak cekik (makan). Anak kita tak pandai kerja ilang sawit jerla. Tapi dapat tenguk batang hidung nya hari-hari." tak habis-habis lagi Tijah menyidir Mak Menah.
Mak Menah hanya tersenyum, kenal benar perangai si Tijah yang mulutnya memang lancang bercakap, 
'Yela, lama dah Man tak balik, menalipon pun jarang... sihat ke idak budak tu?' getus hati Mak menah.. Seraya itu tanggan di tadahkan untuk memohon doa dan sejahtera keatas anaknya.

                                             .................................

"Man kau tak balik ke puasa ni?" 
"Malasla Qi, Aku dah janji nak buka puasa dengan Arissa". Jawap Nuqman lalu meraih tin pepsi lalu meneguknya.
"La... sian mak kau, dah 4 taun kau tak balik kampung" Naqi melabuhkan punggungnya di sebelah Nuqman.
"Mak aku dah tua la Qi, pandai la jaga diri, Aku ni kenalah ambik hati parents Arissa tu, lagi pun kami kan dah nak tunang:. Ujar Nuqman.
"Aku ni kawan kau Man, Nasihat aku balik la. Jangan kamu balik nanti dah tak siapa nak sambut kau di muka pintu man." Naqi bingkas berdiri, Tak tahu apa yang dah terjadi kepada temannya. Semenjak bercinta dengan Arissa, dia berubah..

                                                   .................................

"Agak-agak bila man abis belaja kak?" 
Kalu kira-kira , tahun ni la ti." Kata Mak menah
"ooo lepas ni kerja besau la si Man yerk, untung kau Menah, tak payah noreh lagi" Mak Leha mencelah.
"Iskk, tu kerja dia, duit dia, aku tetap kena kerja, nak bayau kan hutang Abang Wahab," Perlahan sahaja suara MAk Menah.
"Mana boleh macam tu, kau dah bergolok gadai, bagi dia ngaji tinggi, takkan dia tak nak tolong, anak aku si karim tu kerja kilang sawit jer, ada juga mencampak aku sepuluh dua  puluh ringgit sehari." Tijah memprovok pula. 
"Kita ni orang tua , tak pyah nak harapkan duit ank-anak, kalau dia kenang kita dia bagi kalau idak, jangan di mintak". Mak Leha pula bersuara. 
"Ni anak si Munah ni nikah dangan orang mana?" tijah bersuara lagi, namun pantas jari jemarinya mengupas bawang. memang dah jadi adat di kampung kalau ada kenduri kahwin mereka akan berkumpul berewang bersama-sama. 
"Orang Pahang katanya." Suara lain memberitahu.
"Pas ni, kita mkan nasi minyak umah kak Menahla." Usik yang lain pula
"Mudahan, masin mulut korang." Kata Mak Menah.
                                                  
                                                             .................................

"Mak Menah oh mak Menah" Suara Karim garau memangil dari bawh rumah.
" Ya Karim, ada pa nak" sahut Mak Menah
"Ni ha mak kirim kuih," Di sua nya kuih kepada Mak Menah..
"Terima Kasih,"
"Mak Menah, Man tak balik ke, dah nak raya ni".
"Dia kata dia balik raya nanti." Helah Mak Menah
"Ooo... yela."
"Kirim salam dengan Mak kamu ya". Ujar mak menah.
Mak menah duduk di birai pintu. 
'Betul kata Tijah, biar la anak tak belajar tinggi asal pandai jaga orang tua.' bisik Mak Menah.
sejak 3 tahun lepas, takda Man menelifonnya. balik ke kampung jauh sekali. Bila di kirim surat jarang di balas. Man anak tunggalnya benar-benar dah hilang. air mata Mak menah tumpah lagi.

                                         ...................................

"Kamu tak bag tahu mak kamu pasal pertunangan ni Man" Soal Uncle Razwan
"dah Uncle, tapi mak tak dapat datang, dia pergi umrah" Jawap NUqman
"emm, tak pala kita pun tak buat besar2". Ujar Uncle Razwan
"Emmm, Man, bila nak mula kerja ngan Uncle". sambungnya lagi
"Tak kesah la, tomorrow pun boleh". Jawap Nuqman.
"Hahaha... macam tu la, baru la ada semangat.
"Thanks Uncle."
"Harapnya majlis pertuanangan kamu akan berjalan lancar."

                                        .......................................

"Assalamualaikum, Menah"
"Waalaikumsalam, Kak Leha... naik la"
"aku ni ha dengau kau tu sakit" Mak Leha melabuhkan punggungnya di kaki tangga.
"Allah, demam sikit jer kak". 
"Anak kau takda balik yer Nah?"
"Sibuk agaknya"
"Sibuk menda, dah 7 tahun tak jejak tanah kampung."
Mak Menah hanya terdiam
"Aku ni sama-sama beasu kan Man tu. Aku bukan ada anak jantan. Tu la si Man buat main-main dengan arwah bang sudin dulu. Aku anggap man tu macam anak aku. Tapi kalau dah 7 tahun tak jemguk kau, tu bukan harta.. tu saka namanya." Marah sungguh Mak leha .
"Dia sibuk kak, mungkin dia dah kerja kat pekan nu"
"Kalau dah kerja ada di campakkan kau duit sesen dua?'
Mak menah menggiling perlahan.
"Tu namanya lupa diri, tak sedau diri. dah kalau apa-apa kau bagi tau aku, nanti aku minta sakinah hantarkan kau ke hospital". Ujar Mak leha.
"Aku balik dulu Nah." sambungnya lagi.

                                                  ..............................................

"Abang tak pernah bawa sayang balik jumpa mak" Arissa memulakan bicara
"Emmm, mak sibuk." 
"Abang, dah 5 tahun kita kawin, takkan mak sibuk juga".
"Yang awak ni sibuk tanya itu ini apasal?" Marah Man bila di tanya prihal ibunya.
 "sayang tanyakan hal mak, bukan hal lain, yang abang nak marah kenapa?" Balas Arissa.
"Dah la aku nak keluar". Nuqman beredar dari duduknya.
' Apa yang aku buat?. aku langsung tak jenguk mak. Mak masih hidup ker?'. 
Fikirannya melayang jauh.... kereta di pandu semakin laju.
"Man janji mak man kalu man dah kerja man akan jaga mak"  itu janji ku dulu.
"ahh nanti dah berbini lupa mak" 
semuanya bagai diputarkan kembali di hadapan mata. 
Setiap apa yang dilakukan kini semakin jelas di paparkan. 
"Mak... mak...mak..." Air mata Nuqman mengalir tak berhenti. Dia terus memecut. Tanpa di sedari dia terus memasuki lane bertentangan dan.....

                                          .......................................

"Abang, mengucap..." 
Nuqman tercungap... liat benar nyawanya terputus dari badan. Puas di panggil orang bijak pandai menawarkan sakitnya Namun masih gagal. 
"Berapa lama dah  Nuqman macam ni?" Soal Naqi teman baik Nuqman
"Dah dekat 8 bulan Qi. Kadang-kadang dia ok, kadanag macam nazak benar, tapi susah benar nyawanya terpisah dari jasad. saya buntu Qi." Jawap Arissa.
"Riss, kau tahu Man ada mak di kampung?" soal Naqi?
"Aku tahu dia ada mak. Tapi dia tak pernah cakap mak dia kat mana, Bila di tanya di anaik angin" Balas Arissa.
"Kau cari mak dia kat Melaka, dekat Jasin kalau tak salah aku". Naqi 
"Kau teman aku Qi, Aku tak tahu jalan Melaka". Pinta Arissa
"Insayaallah Riss, nanti aku bagi tau Tasha". Balas Naqi.


                                        ...........................................

"Jauh nya la Jasin ni. tak sampai-sampai". runggut Arissa.
"Sabar la, kau nak tengok Man terseksa lagi lama ker" jawap Naqi.
"Tapi kenapa kena bawak mak dia?" tanya Arissa
"Kita ikhtiar, Allah yang maha mengetahui" ujar Naqi.
"Betul ke alamat ni bang?" saial Tasya pula.
"Ni alamat yang di bagi masa kami di u. dia kata mak dia duk sini." kata Naqi pendek.
"kita pergi tanya balai polis la macam tu". Cadang Arissa.
Setelah mendapat arah yang nak di tuju mereka terus menuju ke sana. Kelihatan rumah usang beratapkan zink yang kian karat. Naqi memberi salam namun tak sahutan.  'Parah kalau mak si man dah meninggal' bisik hatinya. Di ulangi salam, namun masih tiada yang menjawap. Di ulanginya lagi, kemudian di sahut dari belakang.
"Nak cari sapa nak?" 
"Saya Naqi, kawan Nuqman, saya nak cari mak dia. Makcik ni mak Nuqman ker?'
"Ha'ah makcik mak Nuqman. Kenapa apa yang boleh mak cik tolong?" 
Arissa merapati wanita tua yang mengaku ibu Nuqman,  Tangan wanita itu di raih lalu di kucup.
"Mak, saya Arissa, isteri Nuqman." 
"Man dah kahwin, sampai hati dia tak beri tahu aku". Mengalir deras airmata Mak menah.
"Mak, abang Nuqman sakit mak." Jelas Arissa
"Aku tak da anak nama Nuqman." tangan nya di tarik dari gengaman Arissa.
"Mak..." Arissa pula mula menanggis.
"Aku takda anak yang derhaka macam tu, dah korang balik. Jangan cari aku. Anak aku dah mati. NUqman dah mati. Berambus korang ari sini" Luluh hati Mak Menah, anak nya yang di sayangi, berbuat begitu kepadanya. Terguris sungguh hatinya. 
"Tak pala Naqi, kau dengan Tasya tunggu kau kat pekan. Aku nak pujuk mak". Ujar Arissa.
 "Ok Riss, pujuklah dia baik-baik" kata Tasya pula.

                                               ...........................................

"Mak... saya tahu mak benci tengok saya, saya tak tahu yang mak ada di sini. Abang Nuqman tak pernah cakap. Mak maafkan Arissa mak, maafkan Nuqman. Abang Nuqman sakit teruk. dah 8 bulan dia koma tak boleh bangun, setiap hari di meracau-racau sebut nama mak. Dia dah nazak mak, selagi amak tak maafkan dia, susah jasad nak lepaskan nyawa mak... Tolongla Mak, Nuqman memang dah dehaka pada mak, Dia memang tak layak di ampunkan, namun belasla kat Nuqman dia terazab tu mak." Arissa merayu di hadapan pintu, Mak menah tidak menjawap walau sepatah. Air matanya tidak di bendung lagi. Marah bercampur sedih dah tak tahu nak kata apa lagi.
Sehingga kepetang Arissa duduk di muka pintu, akhirnya Mak Menah melangkah kelaur siap dengan bertudung.
"Meh, kita pergi tengok laki kau". Ujar Mak Menah.
"Terima Kasih, terima kasih"
Mereka pun bertolak ke KL dengan segera.

                                  ............................................

Setibanya di rumah Nuqman, orang sudah mula ramai. ada yang kata Nuqman dah sampai masa. Jadi Uncle Razwan panggil orang surau. 
Mak Menah melangkah perlahan, melihat tubuh anaknya terkujur kaku. kurus dan tidak berupaya, tak ubah seperti mayat hidup. Air mata mengalir kembali. Tak sanggup dia lihat Nuqman berupa itu. Ingin di segera lepaskan Nuqman dari seksa azab. Tapi bila di pikirkan apa yang Nuqman lakukan, tak layak untuk di gelar anak. Hati kecilnya pedih.
Mak Menah duduk di bibir katil. Tangan anak lelakinya di raih perlahan. 
"Kenapa la kamu ni nak, kamu lupa mak yer. Tak pala mak tak pernah lupa kamu. Setiap hari mak doakan kamu. Tak pernah lupa. Walau lunyai hati mak kau hiris, kau cincang, tapi mak ni mak kau. Tak pernah simpan dendam nak, Mak sakit bila kau sakit, mak terseksa bila kau terseksa. Ahmad Nuqman B Hussin,  Mak maafkan kamu nak, mak halalkan susu mak yang kau teguk dulu. Mak maafkan kau dari hari pertama kau lihat dunia sehingga kini." Ujar mak menah, sayu. Lalu di kucupnya dahi anaknya. Nuqman terbeliak matanya, Di tarik nafas berat, di lepaskan sekali dan....
"Dia dah pergi...." ujar  Mak Menah.
Mak Menah bangun dan menutupi jenazah dengan kain batik yang di bawanya bersama,
" Man kalau nak tidur, mesti nak selimut kain batik mak... kalu tak nanti man rindu.." Terdengar kata-kata Man dulu setaip kali nak tidur itulah pintanya. 
"Semadilah dengan aman nak"....


                                                      ....TAMAT....

Kembali Menaip BlogKU

Salam Ramadhan semua... Nak gelak jap... hahahahahah.... hari ini ayman tak kerja. duk cuti.. melepaskan penat dan lelah. so banyak la masa terluang sambil menantikan nak berbuka ni jam 7.26 pm untuk kawasan melaka, termasuk Jasin.. so gatal la tangan nak baca posting2 dulu di blog diari seorang adam ni. tersenyum kemudian tergelak..dan sedih pulak... mula manaip blog ni tahun 2009 mula2 kena blog dari kawan ayman, Hidayat Rashid. Dia kata blog ni medium baru nak menulis dan mencari kenalan. Bukan semua orang dapat kesempatan macam Tuan JOhar... Kakak Juwie.. yang ada kolum sendiri di akhbar so inilah medium untuk kaki taip macam kami nak bersuara dan berkarya. Bermula dengan satu blog SocPo (social Politics) yang ayman buat Dimana Bumi Dipijak Di situ Langit di junjung... banyak memebicarakan isu politik malaysia. Dari kejatuhan Paklah di Pru 12 sdan kenaikan minyak yang mendadak, sehingga isu anwar meliwat lagi sehingga cerita anak Tun RazaK nak Jadi PM ayman kupas dan bicarakan. Masa tu muda dan ideologi tak sama dengan orang tua. Ini masa kita untuk menceritakan apa yang sebanar dan batil. Berkobar ayman menulis blog SocPo... sehingga ayman jadi malas n rimas dengan isu yang tak habis, macam cabut bulu ketiak, ari cabut esok tumbuh...;. Tulis blog ni pun macam buat lagu jugak, setiap blog pasti ada pengaruhnya. Jalan ceritannya dan cara menceritaknnya. Setalah hampir setahun bergiat aktif suam2 kuku dang blog SocPo, saya terbaca satu blog yang bloggernya menjadikan blog sebagai medium diari untuk di berkongsi. dari situ saya membuat blog kedua yang lebih saya senang untuk berkarya dan menulis kerana isunya lebih ringgan dan bersifat subjektif. Takkan ada yang menganggu kesetabilan politik tanah air. Maka, tercipta satu blog yang di beri nama DIARI SEORANG ADAM, Blog yang ni lah. Blog ni saya banyak cerita perihal ADAM dan HAWA. Perihal CINTA, PENGHARAPAN DAN KEKECEWAAN seorang ADAM. Sebenarnya itu adalah perihal diri Ayman dan Kawan AYMAN yang ayman selitkan dalam blog ini. Saya lihat blog ini lebih menarik minat pembaca. kerana sacuba nak jadikan blog ini tempat rujukan hawa mengenai adam. Kenapa adam ni EGO... Kenapa ADAM penting diri dan sebagainya, banyak yang saya dah kupas secara tidak formal dalam blog ni. Bloh ni manjadi sebahagian dari perjalanan idup saya. CINTA... PERPISAHAN...PERTEMUAN... dan KEGAGALAN dalam hidup AYMAN ada dalm blog ini. Blog ini bukan sahaja DIARI malam pedoman buat AYMAN. Adajuga ayman selitkan cerpen2 pendek untuk hiburan. Cara penulisan ayman yang berselorah buat ayman senag mendampinggi pembaca. Tak drop komen pun tak pa. Janji korang baca dan paham apa yang ayman nak cakap. Nak juga lihat kalau ada pembaca yang nak drop persoalan.. tak da pun so maksudnya dah paham la... BLOGGing ni dah macam goreng pisang lak... dulu top. semua orang nak ada blog. tapi arini kalu kita drop blog kawan2 kita.. senmua last posting 2011 or 2010... mudah nak post in FB kot or tweet jer.. tapi ini lebih sepesel... lebih bagus.. so to all Blogger... so u all teruskan blogging

Thursday 3 November 2011

Abang Redha Pemergian mu sayang

kOMpang duk bunyik pengantin perempuan tak nampak kelibat lagi. Pengantin lelaki dah duk berpeluh menanti. Berdebar hati ank naik pelamin. Yang duk mengiring dah sok-sek kat belakang.... menanti pengantin perempaun tak kunjung jelma. Yang mengherankan mereka bapak pengantin dgn maknya pun tak nampak kelibat. orang ramai keluar masuk. ada yang makan ada yang minum tapi pengantin perempuan dangan pengapitnya tak muncul2. YAng menunggu dah mula merah padan tengah panas duk nunggu. "Kau pergi tengok apa cerita kat dalam tu" Budak yang masuk umur 10 taun tu menurut arahan si tua yang dari tadi dah berbakul-bakul menyumpah. Budak tadi belai sampai hampir tersandung kaki dek akar pokok. "Pak Lang, derang kata pengantin perempuan dah ...." "Dah apa... dah lari" orang tau tadi menyergah budak tadi.. "Bukan"... "Abis tu..." "Assalamualikum... maaf lama nunggu bawah panas ni. masuk la dulu". Lelaki dalam umur 30-an datang menjemput. Si adam taknak la berganjak, melihat hawanya tak muncul. Kompang pun dah lama berhenti. lepas di pujuk-pujuk masuk si adam tanpa di iring hawanya. Dia nak terus melangkah ke pelamin... terus di tegah orang-orang tua yang ada di situ. Merah muka si adam menahan malu dan marah. "Aliff, suara perlahan menyapa pengantin lelaki... "abah" sahut pangantin... "Nak, kamu sabar ya.." "apa pulak ni bah" wajah aliff semakin keliru apa yang nak di sabarkan semalam dah berkad nikah.. dah HALAL ni... "sabar dangan apa yang abah nak cakap" Semua yang hadir mengiring diam seribu kata. Yang tadi sok-sek mengumpat ada yang berbakul-bakul sumpah seranah. dah diam macam ayam kena kapur. "Kenapa ni bah" Si adam dapat rasa ada yang tak kena. "Balqis.. balqis liff" "Kanapa" "Isteri kamu dah meninggal dunia" mengalir air mata dari mata lelaki yang di panggil abah. Terjelepuk si adam jatuh di kaki pelamin. Jatuh tanjaknya kebumi. jari yang merah berinai menakup wajah yang berlinang air mata. Tiba-tiba dia jadi sasau... mangaruk macam orang hilang arah. Mujur ada Pak lang dan Pak long menbaca ayat di telinga Alif. Dia kembali sedar. Aliff masuk kebilik pengantin melihat jenazah isterinya terbujur kaku tak bernyawa. menagislah si adam teresak-esak di pinggir isteri yang kini tiada lagi. Dengan songket masih tersarung di badan.. si adam gagah memandikan jenazah isteri dan menyempurnakannya. dengan songket juga di tutpnya jenazah isteri lalu di solatkan. "abang redha pemergian mu sayang" "semasa hayat mu kamu amat beriman pada Allah dan Rasul mu..damailah kau di sana bersam insan yang soleh wahai isteriku". itula doa si suami buat si isteri.. sedikit pun tiada perasaan kesal dalam dirinya keran dia tahu itu adalah UJIAN ALLAH kepada hambanya yang layak menerimanya. “Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” (HR Tirmidzi dan Ibn Majah) Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34) “Sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kamu sekalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (QS. Al Baqarah:155) “Sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” (QS. Muhammad:31)

Wednesday 2 November 2011

KASIH DAN SAYANG

Kasih dan sayang adalah anugerah yang terindah, Allah mencampak perasaan itu di dalam hati manusia dengan dua tujuan, 1. sebagai anugurah dan amanh 2. sebagai dugaan dan ujian. sebagai manusia di muka bumiNya ini tidak kira sama ada adam mahupun hawa, kita tidak terlepas dari merasai perasaan kasih dan sayang. Kasih kepada Tuhan, kasih kepada rasul, kasih kepada ibu dan bapa, kasih kepada saudara dan kasih kepada sesama manusia. Perasaan kasih dan sayang itu adalah fitrah manusia.  
“Dari Abu Hamzah Anas bin Malik, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, dari Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam beliau bersabda: Tidaklah seorang dari kalian sempurna imannya sampai mencintai untuk saudaranya sesuatu yang ia cintai untuk dirinya"
 Dan bermaaf-maafla jika ada di antara kita yang terguris perasaan sayangnya. Tercalar rasa hatinya.
Allah berfirman diadalam suruh Al Baqarah: فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ
;Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik” (QS. Al Baqarah : 178) 
 Sahabat ku, 
Menyayangi dan mengasihani adalah sifat terpuji. Perasaaan yang di campak di dalam hati manusai sebagi fitrah. Bukan sahaja Allah mencampak ke dalam hati manusia tetapi di dalam semua makhluk yang hidup di muka bumi ni. Namun sedih rasanya, apabila ada diantara kita mnggunakan alasan sayang dan kasih untuk melakukan kemungkaran dan angkuh dengan penciptanya. Bukankah perasaan itu dicampakakn olehNya untuk hambaNya? 
Dengan alasan sayang dan kasih ramai anak-anak gadis terkorban maruahnya kepada lelaki yang bukan halal baginya. dangan alsan itu juga berapa ramai pula yang menjadi mangsa penipuan dan penyelewengan. Mengapa kita sering menjadikan kasih sayang sebagai tiket untuk berbuat mungkar. sedangkan kasih sayang itu ada perasaan yang fitrah dan kurniaan Ilahi?
 Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Percayalah jika si Adam memujuk kamu wahai si Hawa untuk melakukan maksiat terutama zina dengan menggunakan alasan sayang dan cinta.. sesungguhnya ia adalah palsu. dan perasaan Kamu padanya bukan kasih dan saya tetapi Nafsu semata-semata. 
Mencari keredahaan Allah dalam berkasih sayang adalah perkara yang di tuntut. Adam pinangilah hawa yang kamu sayangi dan jadikan ikatan yang sah mengahalalkan semua yang haram bagi kamu. 
Dan sesungguh sebesar-sebesar kasih dan sayang adalah kasih sayang ALLAH kepada HAMBANYA dan Kasih Sayang Rasul pada UMATNYA. Dan tiada yang lebih baik dari meletakan kasih kepada yang mengasihi iaitu ALLAH dan mencintai kepada yang mencintaii iaitu RASULMU. Dan mengahrgai pengorbanan insan yang mengandungkan mu iaiitu IBU dan insan yang berkorban membesarkanmu iaitu BAPA mu. Seterusnya kasih dan sayangla pada saudara-saudara kamu yang berkongsi rahim yang sama. Dan cintaila isteri-isteri kamu yang halal bagi kamu denagn menjaga kehormatannya dan menyayangi Suami mu dengan mentaatinya. Sahabatku, Kasih dan sayang adalah kurniaan Allah yang tidak terniali harganya, Kita harus menggunakan dan mengahayatinya sebaik mungkin.