Sedikit sebanyak mengenai kaum adam, mengenai kehidupan, kerjaya, percintaan dan pemikiran kaum adam. Situs ini hanyalah perjalanan hidup ku Ayman Siddiq di sebalik nama dan cetus pemikiran ku. Kehidupan dan harapan ku sebagai lelaki. Satu situs di mana Ayman Siddiq akan mengungkai misteri diri dan kaum Adam.
Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah
Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.
Thursday, 3 November 2011
Abang Redha Pemergian mu sayang
kOMpang duk bunyik pengantin perempuan tak nampak kelibat lagi.
Pengantin lelaki dah duk berpeluh menanti. Berdebar hati ank naik pelamin.
Yang duk mengiring dah sok-sek kat belakang.... menanti pengantin perempaun tak kunjung jelma.
Yang mengherankan mereka bapak pengantin dgn maknya pun tak nampak kelibat.
orang ramai keluar masuk. ada yang makan ada yang minum tapi pengantin perempuan dangan pengapitnya tak muncul2.
YAng menunggu dah mula merah padan tengah panas duk nunggu.
"Kau pergi tengok apa cerita kat dalam tu"
Budak yang masuk umur 10 taun tu menurut arahan si tua yang dari tadi dah berbakul-bakul menyumpah.
Budak tadi belai sampai hampir tersandung kaki dek akar pokok.
"Pak Lang, derang kata pengantin perempuan dah ...."
"Dah apa... dah lari" orang tau tadi menyergah budak tadi..
"Bukan"...
"Abis tu..."
"Assalamualikum... maaf lama nunggu bawah panas ni. masuk la dulu". Lelaki dalam umur 30-an datang menjemput.
Si adam taknak la berganjak, melihat hawanya tak muncul.
Kompang pun dah lama berhenti.
lepas di pujuk-pujuk masuk si adam tanpa di iring hawanya.
Dia nak terus melangkah ke pelamin... terus di tegah orang-orang tua yang ada di situ.
Merah muka si adam menahan malu dan marah.
"Aliff, suara perlahan menyapa pengantin lelaki...
"abah" sahut pangantin...
"Nak, kamu sabar ya.."
"apa pulak ni bah" wajah aliff semakin keliru apa yang nak di sabarkan semalam dah berkad nikah.. dah HALAL ni...
"sabar dangan apa yang abah nak cakap"
Semua yang hadir mengiring diam seribu kata. Yang tadi sok-sek mengumpat ada yang berbakul-bakul sumpah seranah. dah diam macam ayam kena kapur.
"Kenapa ni bah" Si adam dapat rasa ada yang tak kena.
"Balqis.. balqis liff"
"Kanapa"
"Isteri kamu dah meninggal dunia" mengalir air mata dari mata lelaki yang di panggil abah.
Terjelepuk si adam jatuh di kaki pelamin. Jatuh tanjaknya kebumi. jari yang merah berinai menakup wajah yang berlinang air mata.
Tiba-tiba dia jadi sasau... mangaruk macam orang hilang arah. Mujur ada Pak lang dan Pak long menbaca ayat di telinga Alif. Dia kembali sedar.
Aliff masuk kebilik pengantin melihat jenazah isterinya terbujur kaku tak bernyawa. menagislah si adam teresak-esak di pinggir isteri yang kini tiada lagi.
Dengan songket masih tersarung di badan.. si adam gagah memandikan jenazah isteri dan menyempurnakannya. dengan songket juga di tutpnya jenazah isteri lalu di solatkan.
"abang redha pemergian mu sayang"
"semasa hayat mu kamu amat beriman pada Allah dan Rasul mu..damailah kau di sana bersam insan yang soleh wahai isteriku". itula doa si suami buat si isteri.. sedikit pun tiada perasaan kesal dalam dirinya keran dia tahu itu adalah UJIAN ALLAH kepada hambanya yang layak menerimanya.
“Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha kepadanya, maka ia akan masuk syurga.” (HR Tirmidzi dan Ibn Majah)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)
“Sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kamu sekalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikan kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (QS. Al Baqarah:155)
“Sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu sekalian agar Kami mengetahui orang-orang yang berjuang dan orang-orang yang sabar di antara kamu sekalian.” (QS. Muhammad:31)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment