Kasih dan sayang adalah anugerah yang terindah, Allah mencampak perasaan itu di dalam hati manusia dengan dua tujuan,
1. sebagai anugurah dan amanh
2. sebagai dugaan dan ujian.
sebagai manusia di muka bumiNya ini tidak kira sama ada adam mahupun hawa, kita tidak terlepas dari merasai perasaan kasih dan sayang. Kasih kepada Tuhan, kasih kepada rasul, kasih kepada ibu dan bapa, kasih kepada saudara dan kasih kepada sesama manusia. Perasaan kasih dan sayang itu adalah fitrah manusia.
“Dari Abu Hamzah Anas bin Malik, pembantu Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam, dari Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam beliau bersabda: Tidaklah seorang dari kalian sempurna imannya sampai mencintai untuk saudaranya sesuatu yang ia cintai untuk dirinya"
Dan bermaaf-maafla jika ada di antara kita yang terguris perasaan sayangnya. Tercalar rasa hatinya.
Allah berfirman diadalam suruh Al Baqarah:
فَمَنْ عُفِيَ لَهُ مِنْ أَخِيهِ شَيْءٌ فَاتِّبَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ
“;Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik” (QS. Al Baqarah : 178)
Sahabat ku,
Menyayangi dan mengasihani adalah sifat terpuji. Perasaaan yang di campak di dalam hati manusai sebagi fitrah. Bukan sahaja Allah mencampak ke dalam hati manusia tetapi di dalam semua makhluk yang hidup di muka bumi ni. Namun sedih rasanya, apabila ada diantara kita mnggunakan alasan sayang dan kasih untuk melakukan kemungkaran dan angkuh dengan penciptanya. Bukankah perasaan itu dicampakakn olehNya untuk hambaNya?
Dengan alasan sayang dan kasih ramai anak-anak gadis terkorban maruahnya kepada lelaki yang bukan halal baginya. dangan alsan itu juga berapa ramai pula yang menjadi mangsa penipuan dan penyelewengan. Mengapa kita sering menjadikan kasih sayang sebagai tiket untuk berbuat mungkar. sedangkan kasih sayang itu ada perasaan yang fitrah dan kurniaan Ilahi?
Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Percayalah jika si Adam memujuk kamu wahai si Hawa untuk melakukan maksiat terutama zina dengan menggunakan alasan sayang dan cinta.. sesungguhnya ia adalah palsu. dan perasaan Kamu padanya bukan kasih dan saya tetapi Nafsu semata-semata.
Mencari keredahaan Allah dalam berkasih sayang adalah perkara yang di tuntut. Adam pinangilah hawa yang kamu sayangi dan jadikan ikatan yang sah mengahalalkan semua yang haram bagi kamu.
Dan sesungguh sebesar-sebesar kasih dan sayang adalah kasih sayang ALLAH kepada HAMBANYA dan Kasih Sayang Rasul pada UMATNYA. Dan tiada yang lebih baik dari meletakan kasih kepada yang mengasihi iaitu ALLAH dan mencintai kepada yang mencintaii iaitu RASULMU. Dan mengahrgai pengorbanan insan yang mengandungkan mu iaiitu IBU dan insan yang berkorban membesarkanmu iaitu BAPA mu.
Seterusnya kasih dan sayangla pada saudara-saudara kamu yang berkongsi rahim yang sama. Dan cintaila isteri-isteri kamu yang halal bagi kamu denagn menjaga kehormatannya dan menyayangi Suami mu dengan mentaatinya.
Sahabatku,
Kasih dan sayang adalah kurniaan Allah yang tidak terniali harganya, Kita harus menggunakan dan mengahayatinya sebaik mungkin.
Sedikit sebanyak mengenai kaum adam, mengenai kehidupan, kerjaya, percintaan dan pemikiran kaum adam. Situs ini hanyalah perjalanan hidup ku Ayman Siddiq di sebalik nama dan cetus pemikiran ku. Kehidupan dan harapan ku sebagai lelaki. Satu situs di mana Ayman Siddiq akan mengungkai misteri diri dan kaum Adam.
Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah
Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.
No comments:
Post a Comment