Sedikit sebanyak mengenai kaum adam, mengenai kehidupan, kerjaya, percintaan dan pemikiran kaum adam. Situs ini hanyalah perjalanan hidup ku Ayman Siddiq di sebalik nama dan cetus pemikiran ku. Kehidupan dan harapan ku sebagai lelaki. Satu situs di mana Ayman Siddiq akan mengungkai misteri diri dan kaum Adam.
Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah
Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.
Wednesday, 25 July 2012
Kembali Menaip BlogKU
Salam Ramadhan semua...
Nak gelak jap... hahahahahah....
hari ini ayman tak kerja. duk cuti.. melepaskan penat dan lelah. so banyak la masa terluang sambil menantikan nak berbuka ni jam 7.26 pm untuk kawasan melaka, termasuk Jasin.. so gatal la tangan nak baca posting2 dulu di blog diari seorang adam ni. tersenyum kemudian tergelak..dan sedih pulak... mula manaip blog ni tahun 2009 mula2 kena blog dari kawan ayman, Hidayat Rashid. Dia kata blog ni medium baru nak menulis dan mencari kenalan. Bukan semua orang dapat kesempatan macam Tuan JOhar... Kakak Juwie.. yang ada kolum sendiri di akhbar so inilah medium untuk kaki taip macam kami nak bersuara dan berkarya. Bermula dengan satu blog SocPo (social Politics) yang ayman buat Dimana Bumi Dipijak Di situ Langit di junjung... banyak memebicarakan isu politik malaysia. Dari kejatuhan Paklah di Pru 12 sdan kenaikan minyak yang mendadak, sehingga isu anwar meliwat lagi sehingga cerita anak Tun RazaK nak Jadi PM ayman kupas dan bicarakan. Masa tu muda dan ideologi tak sama dengan orang tua. Ini masa kita untuk menceritakan apa yang sebanar dan batil. Berkobar ayman menulis blog SocPo... sehingga ayman jadi malas n rimas dengan isu yang tak habis, macam cabut bulu ketiak, ari cabut esok tumbuh...;.
Tulis blog ni pun macam buat lagu jugak, setiap blog pasti ada pengaruhnya. Jalan ceritannya dan cara menceritaknnya. Setalah hampir setahun bergiat aktif suam2 kuku dang blog SocPo, saya terbaca satu blog yang bloggernya menjadikan blog sebagai medium diari untuk di berkongsi. dari situ saya membuat blog kedua yang lebih saya senang untuk berkarya dan menulis kerana isunya lebih ringgan dan bersifat subjektif. Takkan ada yang menganggu kesetabilan politik tanah air. Maka, tercipta satu blog yang di beri nama DIARI SEORANG ADAM, Blog yang ni lah. Blog ni saya banyak cerita perihal ADAM dan HAWA. Perihal CINTA, PENGHARAPAN DAN KEKECEWAAN seorang ADAM. Sebenarnya itu adalah perihal diri Ayman dan Kawan AYMAN yang ayman selitkan dalam blog ini. Saya lihat blog ini lebih menarik minat pembaca. kerana sacuba nak jadikan blog ini tempat rujukan hawa mengenai adam. Kenapa adam ni EGO... Kenapa ADAM penting diri dan sebagainya, banyak yang saya dah kupas secara tidak formal dalam blog ni.
Bloh ni manjadi sebahagian dari perjalanan idup saya. CINTA... PERPISAHAN...PERTEMUAN... dan KEGAGALAN dalam hidup AYMAN ada dalm blog ini. Blog ini bukan sahaja DIARI malam pedoman buat AYMAN. Adajuga ayman selitkan cerpen2 pendek untuk hiburan. Cara penulisan ayman yang berselorah buat ayman senag mendampinggi pembaca. Tak drop komen pun tak pa. Janji korang baca dan paham apa yang ayman nak cakap. Nak juga lihat kalau ada pembaca yang nak drop persoalan.. tak da pun so maksudnya dah paham la...
BLOGGing ni dah macam goreng pisang lak... dulu top. semua orang nak ada blog. tapi arini kalu kita drop blog kawan2 kita.. senmua last posting 2011 or 2010... mudah nak post in FB kot or tweet jer.. tapi ini lebih sepesel... lebih bagus..
so to all Blogger... so u all teruskan blogging
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment