"Jauh menung...teringatkan sapa?" mak menah menyapa anak terunanya yang dari tadi jauh merenung langit malam .
"Tak da apa la mak. Mana ada ingat sapa2." jawap Nuqman
"kau risaukan pasal nak pergi uni versiti tu yer man".
"Emm... banyak belanja nak kesana mak"
"Kau jangan risau pandaila mak cari duit".
"
Tak payahlah mak... orang kerja jela kat kilang sawit tu"
"Ehh.. bukan semua orang dapat masuk universiti.. bukan itu ker yang kau nak dari kecik dulu"
"Mak.. kita kena sedar mana satu angan-angan dan mana satu realiti"..
"
Ahh..kamu jangan banyak alasan.. kau pergi jela belajar. dah senang jangan lupa mak.."
.................
"Cam ni la menah.. aku dah tak leh bagi kau utang lagi selama Husin duk pinjam satu habuk pun tak di pulangkan." Pak wahab mula berbicara.
"Bang Wahab, tolong la saya.. man nak masuk universiti banyak nak pakai duit. saya mintak pinjam kali ni jer. tak apa la semua hasil getah saya toreh abang amik bagila saya beberapa ringgit...buat lepas makan minum". Mak Menah betul berharap.
"berapa sen sangat hasil motong kau tu. kalu kira kau motong seumur idup pun tak leh nak jelaskan utang lama kau, tu la dulu aku nak kau jual mahal... nak sangat kat husin tu, baik la konon..alim sembahayang kat surau tak tingal.. jadi bilal... aku kau anggap kutu berahak aja. Sekarang ni kat kutu ni la yang kau nak minta tolong" Pak wahab meninggikan suara. Puas hatinya dia dapat memulangkan paku buah keras kepada mak menah
"Bang, tak pernah pun saya anggap sebag
ai kutu, anggapla kita tak da jodoh dahulu.Pasal arwah HUsin janganlah di ungkit-ungkit seksa mayat dalam kubur"Mak menah menenangkan Pak wahab.
ai kutu, anggapla kita tak da jodoh dahulu.Pasal arwah HUsin janganlah di ungkit-ungkit seksa mayat dalam kubur"Mak menah menenangkan Pak wahab.
"Emm... berapa kau nak pinjam menah?"
"
2000 bang"
Mak aihh... anak kau ku nak belajar kat mana obersea ker, aku boleh bagi 1000 jer. masuk yang ni dah dekat 10 ribu utang kau ngan aku.
"eh.. saya ni tak sekolah tinggi tapi kira-kira saya tak la bodoh...bukan baru 5000 ke bang"
"5000 pokok dah dekat 5 taun satu sen pun aku tak nampak dah jadi 10000 la"Ujar pak wahab
.
"Yela bang wahab."
"
Aku nak geran tanah kau.. tanda cagar. kalau kau tak bayar aku adala jaminan"
"Takkan tak percaya kat meenah"
"Percaya... percaya... buatnya kau mati macam husin... dan anak kau buat tak tau jer... utang aku sapa nak bayar.. takan aku nak korek kubur Husin pulak?"
"Yela bang petang nanti saya bawak akn geran"
"Kalu macam ni aku boleh tambah utang kau jadi 2000."
"Terima kasih abang"
"Satu lagi aku ni bukan jahat sangat. Kau dudukla umah lama kau tu. tapi kalau aku tak namapak sesen pun kau bayar.. kau paham-paham la."
"Terima Kasih lah Bang Wahab, saya janji saya bayar". tersengeh Mak Meenah apabila Pak Wahab bersetuju untuk berikan pinjaman kepadanya.
Nuqman hanya memerhati dari balik daun pintu dapur. sebak hatinya melihat ibunya terampu-ampu untuk meminjam duit buat dia belajar
..................................
.
"Aku nak kamu belajar jer Man, biar aku bergolok bergadai." Ujar Mak Meenah sambil pantas dia melipat kain baju lalu di susun cermat didalam bag.
"Mak, jangan la susah sebab Man, Man anak jantan, sepatutnya Man yang jaga dan tangung mak. Ni mak pulak yang bergolok bergadai sebab Man." Balas Nuqman, air matanya mula bergenang di sudut mata.
"Man, aku ada kau ajer. Kau la harta aku yang paling berharga. Mak mana yang tak nak tengok anaknya bahagia dan berjaya". Di kesatnya mata dengan hujung lengan baju. Sebak hatinya nak melihat anak tunggalnya pergi jauh daripadanya.
"Terima Kasih mak, kalau Man nak ucapkan terima kasih dari atas jasa mak, rasanya seumur hidup Man pun tak terucap mak"
" Dah... kamu jangan la sedih-sedih pergi sana kamu belajar. Belajar rajin-rajin, kalau kamu ingatkan Mak yang dah tua ni kamu belajar laya nak.". Nuqman melabuhkan kepalanya di riba ibunya.
"Man janji , Man akan belajar baik-baik, pastu kerja dan jaga mak."
"Ahh, naanti dah ada bini lupa la mak... " Mak Menah beseloroh...
Mereka anak beranak tertawa, hilang kesedihan sementara.
.........................
"Lama Man tak balik Nah.." Sapa Tijah
"Sibuk la tu, katanya nak peksa". Jawap Mak Menah perlahan.
"Yela, orang belajau Unibersiti, memang sibuk" Sindir tijah pula.
"Hemm... kita ni kat kampung ni doakan jela dia selamat jah". Jawap Mak Menah acuh tak acuh.
"Dahla Nah, aku gerak dulu, karang si Karim tu balik dari kilang sawit nak cekik (makan). Anak kita tak pandai kerja ilang sawit jerla. Tapi dapat tenguk batang hidung nya hari-hari." tak habis-habis lagi Tijah menyidir Mak Menah.
Mak Menah hanya tersenyum, kenal benar perangai si Tijah yang mulutnya memang lancang bercakap,
'Yela, lama dah Man tak balik, menalipon pun jarang... sihat ke idak budak tu?' getus hati Mak menah.. Seraya itu tanggan di tadahkan untuk memohon doa dan sejahtera keatas anaknya.
.................................
"Man kau tak balik ke puasa ni?"
"Malasla Qi, Aku dah janji nak buka puasa dengan Arissa". Jawap Nuqman lalu meraih tin pepsi lalu meneguknya.
"La... sian mak kau, dah 4 taun kau tak balik kampung" Naqi melabuhkan punggungnya di sebelah Nuqman.
"Mak aku dah tua la Qi, pandai la jaga diri, Aku ni kenalah ambik hati parents Arissa tu, lagi pun kami kan dah nak tunang:. Ujar Nuqman.
"Aku ni kawan kau Man, Nasihat aku balik la. Jangan kamu balik nanti dah tak siapa nak sambut kau di muka pintu man." Naqi bingkas berdiri, Tak tahu apa yang dah terjadi kepada temannya. Semenjak bercinta dengan Arissa, dia berubah..
.................................
"Agak-agak bila man abis belaja kak?"
Kalu kira-kira , tahun ni la ti." Kata Mak menah
"ooo lepas ni kerja besau la si Man yerk, untung kau Menah, tak payah noreh lagi" Mak Leha mencelah.
"Iskk, tu kerja dia, duit dia, aku tetap kena kerja, nak bayau kan hutang Abang Wahab," Perlahan sahaja suara MAk Menah.
"Mana boleh macam tu, kau dah bergolok gadai, bagi dia ngaji tinggi, takkan dia tak nak tolong, anak aku si karim tu kerja kilang sawit jer, ada juga mencampak aku sepuluh dua puluh ringgit sehari." Tijah memprovok pula.
"Kita ni orang tua , tak pyah nak harapkan duit ank-anak, kalau dia kenang kita dia bagi kalau idak, jangan di mintak". Mak Leha pula bersuara.
"Ni anak si Munah ni nikah dangan orang mana?" tijah bersuara lagi, namun pantas jari jemarinya mengupas bawang. memang dah jadi adat di kampung kalau ada kenduri kahwin mereka akan berkumpul berewang bersama-sama.
"Orang Pahang katanya." Suara lain memberitahu.
"Pas ni, kita mkan nasi minyak umah kak Menahla." Usik yang lain pula
"Mudahan, masin mulut korang." Kata Mak Menah.
.................................
"Mak Menah oh mak Menah" Suara Karim garau memangil dari bawh rumah.
" Ya Karim, ada pa nak" sahut Mak Menah
"Ni ha mak kirim kuih," Di sua nya kuih kepada Mak Menah..
"Terima Kasih,"
"Mak Menah, Man tak balik ke, dah nak raya ni".
"Dia kata dia balik raya nanti." Helah Mak Menah
"Ooo... yela."
"Kirim salam dengan Mak kamu ya". Ujar mak menah.
Mak menah duduk di birai pintu.
'Betul kata Tijah, biar la anak tak belajar tinggi asal pandai jaga orang tua.' bisik Mak Menah.
sejak 3 tahun lepas, takda Man menelifonnya. balik ke kampung jauh sekali. Bila di kirim surat jarang di balas. Man anak tunggalnya benar-benar dah hilang. air mata Mak menah tumpah lagi.
...................................
"Kamu tak bag tahu mak kamu pasal pertunangan ni Man" Soal Uncle Razwan
"dah Uncle, tapi mak tak dapat datang, dia pergi umrah" Jawap NUqman
"emm, tak pala kita pun tak buat besar2". Ujar Uncle Razwan
"Emmm, Man, bila nak mula kerja ngan Uncle". sambungnya lagi
"Tak kesah la, tomorrow pun boleh". Jawap Nuqman.
"Hahaha... macam tu la, baru la ada semangat.
"Thanks Uncle."
"Harapnya majlis pertuanangan kamu akan berjalan lancar."
.......................................
"Assalamualaikum, Menah"
"Waalaikumsalam, Kak Leha... naik la"
"aku ni ha dengau kau tu sakit" Mak Leha melabuhkan punggungnya di kaki tangga.
"Allah, demam sikit jer kak".
"Anak kau takda balik yer Nah?"
"Sibuk agaknya"
"Sibuk agaknya"
"Sibuk menda, dah 7 tahun tak jejak tanah kampung."
Mak Menah hanya terdiam
"Aku ni sama-sama beasu kan Man tu. Aku bukan ada anak jantan. Tu la si Man buat main-main dengan arwah bang sudin dulu. Aku anggap man tu macam anak aku. Tapi kalau dah 7 tahun tak jemguk kau, tu bukan harta.. tu saka namanya." Marah sungguh Mak leha .
"Dia sibuk kak, mungkin dia dah kerja kat pekan nu"
"Kalau dah kerja ada di campakkan kau duit sesen dua?'
Mak menah menggiling perlahan.
"Tu namanya lupa diri, tak sedau diri. dah kalau apa-apa kau bagi tau aku, nanti aku minta sakinah hantarkan kau ke hospital". Ujar Mak leha.
"Aku balik dulu Nah." sambungnya lagi.
..............................................
"Abang tak pernah bawa sayang balik jumpa mak" Arissa memulakan bicara
"Emmm, mak sibuk."
"Abang, dah 5 tahun kita kawin, takkan mak sibuk juga".
"Yang awak ni sibuk tanya itu ini apasal?" Marah Man bila di tanya prihal ibunya.
"sayang tanyakan hal mak, bukan hal lain, yang abang nak marah kenapa?" Balas Arissa.
"Dah la aku nak keluar". Nuqman beredar dari duduknya.
' Apa yang aku buat?. aku langsung tak jenguk mak. Mak masih hidup ker?'.
Fikirannya melayang jauh.... kereta di pandu semakin laju.
"Man janji mak man kalu man dah kerja man akan jaga mak" itu janji ku dulu.
"ahh nanti dah berbini lupa mak"
semuanya bagai diputarkan kembali di hadapan mata.
Setiap apa yang dilakukan kini semakin jelas di paparkan.
"Mak... mak...mak..." Air mata Nuqman mengalir tak berhenti. Dia terus memecut. Tanpa di sedari dia terus memasuki lane bertentangan dan.....
.......................................
"Abang, mengucap..."
Nuqman tercungap... liat benar nyawanya terputus dari badan. Puas di panggil orang bijak pandai menawarkan sakitnya Namun masih gagal.
"Berapa lama dah Nuqman macam ni?" Soal Naqi teman baik Nuqman
"Dah dekat 8 bulan Qi. Kadang-kadang dia ok, kadanag macam nazak benar, tapi susah benar nyawanya terpisah dari jasad. saya buntu Qi." Jawap Arissa.
"Riss, kau tahu Man ada mak di kampung?" soal Naqi?
"Aku tahu dia ada mak. Tapi dia tak pernah cakap mak dia kat mana, Bila di tanya di anaik angin" Balas Arissa.
"Kau cari mak dia kat Melaka, dekat Jasin kalau tak salah aku". Naqi
"Kau teman aku Qi, Aku tak tahu jalan Melaka". Pinta Arissa
"Insayaallah Riss, nanti aku bagi tau Tasha". Balas Naqi.
...........................................
"Jauh nya la Jasin ni. tak sampai-sampai". runggut Arissa.
"Sabar la, kau nak tengok Man terseksa lagi lama ker" jawap Naqi.
"Tapi kenapa kena bawak mak dia?" tanya Arissa
"Kita ikhtiar, Allah yang maha mengetahui" ujar Naqi.
"Betul ke alamat ni bang?" saial Tasya pula.
"Ni alamat yang di bagi masa kami di u. dia kata mak dia duk sini." kata Naqi pendek.
"kita pergi tanya balai polis la macam tu". Cadang Arissa.
Setelah mendapat arah yang nak di tuju mereka terus menuju ke sana. Kelihatan rumah usang beratapkan zink yang kian karat. Naqi memberi salam namun tak sahutan. 'Parah kalau mak si man dah meninggal' bisik hatinya. Di ulangi salam, namun masih tiada yang menjawap. Di ulanginya lagi, kemudian di sahut dari belakang.
"Nak cari sapa nak?"
"Saya Naqi, kawan Nuqman, saya nak cari mak dia. Makcik ni mak Nuqman ker?'
"Ha'ah makcik mak Nuqman. Kenapa apa yang boleh mak cik tolong?"
Arissa merapati wanita tua yang mengaku ibu Nuqman, Tangan wanita itu di raih lalu di kucup.
"Mak, saya Arissa, isteri Nuqman."
"Man dah kahwin, sampai hati dia tak beri tahu aku". Mengalir deras airmata Mak menah.
"Mak, abang Nuqman sakit mak." Jelas Arissa
"Aku tak da anak nama Nuqman." tangan nya di tarik dari gengaman Arissa.
"Mak..." Arissa pula mula menanggis.
"Aku takda anak yang derhaka macam tu, dah korang balik. Jangan cari aku. Anak aku dah mati. NUqman dah mati. Berambus korang ari sini" Luluh hati Mak Menah, anak nya yang di sayangi, berbuat begitu kepadanya. Terguris sungguh hatinya.
"Tak pala Naqi, kau dengan Tasya tunggu kau kat pekan. Aku nak pujuk mak". Ujar Arissa.
"Ok Riss, pujuklah dia baik-baik" kata Tasya pula.
...........................................
"Mak... saya tahu mak benci tengok saya, saya tak tahu yang mak ada di sini. Abang Nuqman tak pernah cakap. Mak maafkan Arissa mak, maafkan Nuqman. Abang Nuqman sakit teruk. dah 8 bulan dia koma tak boleh bangun, setiap hari di meracau-racau sebut nama mak. Dia dah nazak mak, selagi amak tak maafkan dia, susah jasad nak lepaskan nyawa mak... Tolongla Mak, Nuqman memang dah dehaka pada mak, Dia memang tak layak di ampunkan, namun belasla kat Nuqman dia terazab tu mak." Arissa merayu di hadapan pintu, Mak menah tidak menjawap walau sepatah. Air matanya tidak di bendung lagi. Marah bercampur sedih dah tak tahu nak kata apa lagi.
Sehingga kepetang Arissa duduk di muka pintu, akhirnya Mak Menah melangkah kelaur siap dengan bertudung.
"Meh, kita pergi tengok laki kau". Ujar Mak Menah.
"Terima Kasih, terima kasih"
Mereka pun bertolak ke KL dengan segera.
............................................
Setibanya di rumah Nuqman, orang sudah mula ramai. ada yang kata Nuqman dah sampai masa. Jadi Uncle Razwan panggil orang surau.
Mak Menah melangkah perlahan, melihat tubuh anaknya terkujur kaku. kurus dan tidak berupaya, tak ubah seperti mayat hidup. Air mata mengalir kembali. Tak sanggup dia lihat Nuqman berupa itu. Ingin di segera lepaskan Nuqman dari seksa azab. Tapi bila di pikirkan apa yang Nuqman lakukan, tak layak untuk di gelar anak. Hati kecilnya pedih.
Mak Menah duduk di bibir katil. Tangan anak lelakinya di raih perlahan.
"Kenapa la kamu ni nak, kamu lupa mak yer. Tak pala mak tak pernah lupa kamu. Setiap hari mak doakan kamu. Tak pernah lupa. Walau lunyai hati mak kau hiris, kau cincang, tapi mak ni mak kau. Tak pernah simpan dendam nak, Mak sakit bila kau sakit, mak terseksa bila kau terseksa. Ahmad Nuqman B Hussin, Mak maafkan kamu nak, mak halalkan susu mak yang kau teguk dulu. Mak maafkan kau dari hari pertama kau lihat dunia sehingga kini." Ujar mak menah, sayu. Lalu di kucupnya dahi anaknya. Nuqman terbeliak matanya, Di tarik nafas berat, di lepaskan sekali dan....
"Dia dah pergi...." ujar Mak Menah.
Mak Menah bangun dan menutupi jenazah dengan kain batik yang di bawanya bersama,
" Man kalau nak tidur, mesti nak selimut kain batik mak... kalu tak nanti man rindu.." Terdengar kata-kata Man dulu setaip kali nak tidur itulah pintanya.
"Semadilah dengan aman nak"....
....TAMAT....
No comments:
Post a Comment