Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah

Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.

Saturday, 6 October 2012

Di sebalik sehelai kain penutup muka.

Baru-baru ni masa Ayman makan di sebuah kedai makan, Ayman ternampak beberapa gadis cantik berniqap di hadapan Ayman. Saudara Ayman yang seorang ni asik memuji-muji jer keayuan si gadis-gadis di hadapan kami. Aaman pula tidak la terlalu skeptikel dengan cara berpakaian. Namun lazimnya dengan berpakaian bergitu secara lazimnya akan menunjukkan perilaku si pemakai mestilah sopan dan beriman. So sedang Ayman menikmati makanan bersama teman ayman ni, Ayman terdengarlah gadis-gadis niqab ini berbicara dan bergelak ketawa. Mula-mula perlahan sahaja tawanya kemudian semakin deras dan kuat. Sampai terkekek-kekek. Orang di sekeliling mula memerhati. Tapi mereka macam tak kesah. Yelah bukan orang nampak muka mereka. Bila di amati perbualan mereka berkisar tentang Adam. Mungkin suami mereka yang di katakan. Ayman macam malas nak ambil peduli, bukan tak suka, cuma terganggu dengan cara mereka. 

Orang kata Don't judge Da Book By it's Cover... tetapi 65 peratus buku di pasaran kita beli kerana kulit luarnya.... 

Cantik dah bertudung labuh, berniqab lagi. Cantik sungguh luarnya... Namun kalau dah tergelak besar... sampai terkekek-kekek, mana manisnya, menutup muka bagi tontonan ajnabi kerana takut di hampiri fitnah. Bagai mana pula dengan suara yang kuat dan mendatangkan aib kepada perempuan itu? memang benar suara itu bukan aurat.

Imam al-Ghazali juga berkata: “Sesungguhnya suara wanita bukanlah aurat kecuali ketika dia menyanyi - maka pada saat itu suaranya aurat." 


Namun Demikian, wanita tidak disyariatkan untuk membaca bacaan-bacaan dalam sembahyang dengan bacaan yang nyaring pada sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh sebagaimana yang disyariatkan bagi kaum lelaki sewaktu melakukan sembahyang sendirian. Semua ini menunjukkan bahawa wanita mesti menjaga dan berhati-hati terhadap fitnah yang boleh disebabkan oleh suara dan perhiasan mereka, bukan bermakna suaranya dan perhiasan yang zahir merupakan aurat. Di antara yang menggoda lelaki adalah derai tawa (ketawa) seorang wanita di depan mereka, apalagi jenis ketawa yang memberahikan. Demikian pula senyuman diiringi dengan ketawa kecil yang seksi lagi menggoda, inilah yang sangat dilarang oleh agama kerana untuk menjaga harga diri wanita dan juga mencegah daripada timbulnya fitnah. Sama juga membunyikan perhiasan yang tersembunyi di kakinya.

Jika perkara tersebut dikatakan aurat, kenapa Rasulullah s.a.w sendiri pernah mengizinkan isteri baginda melihat pertunjukan dua orang lelaki Habsyi bermain pedang di pekarangan masjid dan mendengar dua wanita bernyanyi di rumahnya.

Ini berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Aisyah r.a, katanya, “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke tempatku. Ketika itu di sampingku ada dua orang gadis yang sedang mendendangkan nyanyian tentang hari Bu’ats. Ku lihat Rasulullah s.a.w berbaring tetapi dengan memalingkan mukanya. Pada saat itulah Abu Bakar masuk dan ia marah kepadaku’. Katanya, ”Di tempat rumah Nabi ada seruling syaitan?” Mendengar seruan itu, Nabi s.a.w menghadapkan muka baginda kepada Abu Bakar dan berkata: “Biarkanlah kedua-duanya, hai Abu Bakar.”

Dalam satu peristiwa lain, Rasulullah s.a.w mendengar nyanyian seorang wanita yang bernazar untuk memukul rebana dan bernyanyi di hadapan Rasulullah s.a.w. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tarmizi, daripada Buraidah, menyebut: ”Suatu hari Rasulullah s.a.w pergi untuk menghadapi suatu peperangan. Setelah baginda pulang dari medan perang, datanglah seorang wanita kulit hitam lalu berkata, ”Ya Rasulullah, aku telah bernazar, iaitu kalau tuan dipulangkan Allah dengan selamat, aku akan menabuh rebana dan bernyanyi di hadapan tuan. Mendengar hal itu, Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Jika demikian nazarmu, maka tabuhlah. Tetapi kalau tidak, maka jangan lakukan.” Di petik dari http://muafakatmembawaberkat.blogspot.com

maka jelaslah jangan hanya menutup muka denagan Niqab untuk hindari fitnah namun suara juga perlu di jaga. Kerana Sememangnya MUKA dan SUARA itu bukanlah aurat yang perlu di litupi. tapi jika anda memilih melindungi wajah anda, maka perbaikilah diri, jagala suara dan tingkah laku yang lain.

Allah s.w.t melarang daripada mendedahkan auratnya (seluruh tubuh) selain daripada muka dan tangannya sahaja, sesuai dengan tafsiran Hibrul Ummah (Sahabat besar Rasulullah, Ibnu Abbas r.a) sendiri, itulah apa yang dimaksudkan dengan firman-Nya yang bermaksud: “… apa yang zahir daripadanya” (An-Nur: 31), iaitu muka dan tangan.
Dalam suatu hadis, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Apabila seorang gadis itu dewasa (sampai umur), maka tidak halal badannya terdedah selain muka dan tangannya sahaja.”

Wallahualam...

Yang Berniqab tu jangan pula terasa. Walaupun mungkin kecil jumlahnya yang berkelakuan spt diatas, namun ia tetap memberikan kesan. Tutup Muka sahaja tak bermakna baik dan suci, asalkan menutup aurat mengikut islam juga cukup. Allah tidak menilai pakaian dan harta kamu, tapi yang tinggi di sisi Allah adalah amal dan ilmu.




No comments:

Post a Comment