Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah

Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.

Thursday, 26 July 2012

Lelaki ini bergelar Abah


Dari tadi angah duduk tercatuk di pinggir jendela. Di tinjau-tinjaunya jauh ke luar jalan besar. Hujan yang dari tadi turun renyai kian lebat. Riuh bunyi air hujan menujah atap-atap zink rumah ada juga yang mula bergenang air tunggu nak jatuh ke lantai. Cepat-cepat ibu menadah dengan tin minyak masak cap sauh, takut-takut mencurah air basah pulak tempat anak-anak nak tidur. Ibu duduk semula di tengah rumah menyambung melipat kain. Along tengah buat kerja sekolah, ucu pulak sedang sibuk bermain kapal terbang kertas yang angah buatkan tadi. Angah masih lagi termanggu di tepi jendela. Ibu perhatikan sahaja tidak di tegurnya . Ibu tahu angah tunggu siapa. Dalam hujan lebat angah nampak susuk manusia terkial-kial mengayuh basikal meredah hujan dan angin yang menggila. Semakin lama semakin menghampiri laman rumah. 'Abah' bisik angah. terpalit satu senyuman di wajah angah. Lelaki yang dah separuh abad tu menongkat basikal cermat di bawah rumah. Basah bajunya tapi satu bungkusan plastik di kibasnya. takut betul kalau-kalau basah. Angah melompat ke tanah. Tangan abah di raih untuk bersalam. Senyuman angah ketelinga apabila terpandang bungkusan plastik merah di tangan kiri abah. Angah membuntuti abah naik kerumah. Ibu dah sediakan tuala dan kain pelikat untuk abah bersalin. Abah bersalin baju, baju yang basah di sidai di tepi rumah. Abah duduk di atas pangkin sambil menggulung rokok daun tembakau jawa. Semerbak bau tembakau jawa apabila abah nyalakan rokok, ibu turun ke pangkin bawakkan secawan kopi cap tupai kegemaran abah. Abah menghirup kopi panas, abah tersenyum puas.
"Ado di bolikan barang si angah tu bang"
"ado ni ha, pueh sey cari, mujur jumpo'
"berapo hargo eh"
"RM19.90..."
"Cukup ko duit sey baie tadi"
"Em...pinjam si Budin...tak cukup Limo inggit"
"Ishk..malu jo ngan si Budin"
"Nak buek macam mano dah tak cukup"
"Daie tongah hari laie si angah duk nunggu abang, makan pun cuit-cuit jo"
"Ah.. si angah bukan tak kenal...kalau dia nak...mano buleh di tidak-tidak."
"Sukala si angah tu nanti"
"Cubo ekau panggilkan si angah nu"
"Angah...maie turun ni abah ekau panggil ni"
Angah yang dari tadi duduk di balik pintu bingkas bangun.
"yo bah, panggil angah ko?"
"Nah"
Satu bungkusan palstik merah di hulurkan oleh abah.
Angah terus menyambut dengan senyuman. Di belek-beleknya bungkusan merah.
"Bukak la mano ko jadi eh ko belek sampulnyo"
Angah membuka bungkusan di raihnya isi dalam bungkusan di bawa keluar.
"Suko, pueh abah ko caie, mujur jumpo"
Angah tersenyum sahaja.
abah menghisap rokoknya dalam, diam tak berkata. Gembira tengok anak terunanya gembira, biarpun terpasa berhutang denagan budin.
"ha, acu la.. muek ke tak"
"abang boli ikut tali rapia tu kan?"
abah hanya mengangguk.
Angah duduk di sebelah ibu di kibasnya tapak kaki kiri dan kanan.
"Longgar sikit la bu"
"Yola kan ekau nak pakai stoking"
Anggah mengangguk setuju. Cantik bisik hatinya.
"Ni dah dapek kasut bola ni, jangan asik main jo. Bolaja..."
"Sey tau la, Sey nak poie wakil sekolah ni, bukan poie suko-suko"
"ha...jawap..."
Anggah tersenyum. Dia pergi kesisi abah dan mencium pipi abah.
"Terimo Kasih Abah"
Abah hanya tersenyum dan mengangguk.
"Banyak dah utang kito ngan si budin"
"Adola dokek RM25"
"Banyak dah tu, kang tak dapek kita bayor"
"Pandaila sey carik"
Ibu banggun meninggalkan abah.
Abah duduk sendirian di pangkin. Rokok daun di balut lagi. Hari ni angah mintak kasut bola, esok lusa along nak mintak beli buku. ucu nak masuk sekolah. Abah pening kepala. Tapi abah tetap senyum depan anak-anak depan ibu. Abah kena marah, kena perli,kena maki dengan orang, nak pinjam duit abah diam. untuk anak-anak.
Abah sanggup. Biar abah bodoh kena maki, janji anak-anak dapat apa yang dia nak

No comments:

Post a Comment