Isteri: Awak sayang saya tak?
Suami: Mesti La Sayang kalau tak takkan saya
kawin dengan Awak
Isteri: Apa yang buat awak sayang kat saya?
Suami: kena ada sebab ker?
Isteri: Mestilah semua benda mesti ada sebab
Suami: kalau saya kata tak ada sebab saya sayang
awak amacam?
Isteri: Mmg awak tak sayang saya. saya mintak
pun awak jarang nak bagi, kedekut
Suami: kena buktikan pakai wang ker?
Isteri: (diam) Merajuk...
Suami: (senyum)
Dengan takdir yang tersurat di Azali, Isteri yang
baru pulang dari kerja terlibat dengan kecelakaan
jalan raya. Seluruh wajahnya melecur teruk, peti
suranya terkoyak tertusuk kaca cermin kereta, dan
separuh dari tubuhnya dari pingang ke kaki
lumpuh. Si suami yang telah merancang kejutan
sempena ulang tahun ke 2 perkahwinan mereka
tersentak di beritakan mengenai hal ini. Si suami
hanya mampu berserah dan redha dgn ketentuan
Ilahi keran itulah rukun Keimananya.
Si Suami melangkah perlahan menuju kamar isteri
di sudut kiri ruang hospital.
tidak tertahan melihat keadaan isteri terkujur di
katil... namun dia perlu kuat...perlu tabah... demi
isterinya..yang tercinta
Suami: Asalamualaikum
Isteri: (angguk saja)
Suami: (Duduk di sebelah lalu maraih tangan
isterinya)
Isteri: (Pejam mata sedih)
Suami: Ingat tak dulu awak pernah tanya apa
sebab saya sayangkan awak?
Suami: (sambung) saya jawap tiada sebab saya nak
sayang awak, awak marah, merajuk.
Suami: (tarik nafas panjang) sesungguhnya
sememangnya tiada sebab saya mencintai awak.
Jika saya saya awak kerana kecantikan awak, lihat
kini wajah awak cedera teruk, namun saya tetap
sayangkan awak, jika saya sayangkan awak kerana
suara awak, kini awak dah tak mampu nak
bercakap pun. Dan kalu saya sayangkan awak
kerana cantik gaya jalan awak, kini awak dah
lumpuh. Tapi demi Allah saya masih sayang dan
cintakan awakl sepenuh hati saya. Kerana Cinta dan
sayang pada awak ikhlas dari hati dan nikmat
kurniaan tuhan
.Isteri (Menangis teresak-esak)
Suami: Kini saya akan belanjakan semua duit dan
harta saya untuk awak. kerana awak lah harta saya
yang paling bernilai dalam dunia ini.
(si suami mengucup tanggan si isteri)
Isteri: (mengenggam erat tanggan suami, terasa
hangat air mata suami mengalir membasahi
tangganya)
si suami terus mengengam tanggan isterinya...
Suami: Sesungguhnya tiada sebab saya mencintai
awak... kerana jika sebab itu hilang... saya akan
mula melupai awak...dan terus menjauhkan diri
dari awak....
Suami: saya akan Mendukung awak kemana shaja
dan menatap wajah mu sehingga matahari
terbenam... dan mengamati setaip bait gerak bibir
mu...sehingga Izrael menjemput saya...
Isteri ku... aku akan menjadi kaki mu, mata mu,
suara mu,dan tempat kau berlindung... dan aku
akn tetap mencintai mu menyayangimu...
....Taufik Zin...
Sedikit sebanyak mengenai kaum adam, mengenai kehidupan, kerjaya, percintaan dan pemikiran kaum adam. Situs ini hanyalah perjalanan hidup ku Ayman Siddiq di sebalik nama dan cetus pemikiran ku. Kehidupan dan harapan ku sebagai lelaki. Satu situs di mana Ayman Siddiq akan mengungkai misteri diri dan kaum Adam.
Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah
Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.
No comments:
Post a Comment