Kelihatan dua pasangan yang telah menjenguk usia
senja sedang duduk berehat di depan tasik.
Romentik sahaja keadaan mereka. sambil melihat
matahari terbenam.
Ister: cantikan bang.
Suami: Cantik. tapi tidak terbanding lagi kecantikan
awak.
Isteri: Ada-ada jer abg ni.
Suami: Senyum
Mereka berdiam diri melihat keindahan alam di
hidangkan di depan mereka.
Isteri: Abg ingat lagi masa kita mula-mula jumpa?
Suami: Ntah tak berapa ingat. dah lama benor dah
tu
Isteri: La... menda mcamtu abg leh lupa.
Suami: dah tua Kot saya ni. hehe
Isteri: Turut tersenyum.
Isteri: Masa tu kan kita jumpa kat sini la.
Suami: Ha'ah masa tu awak bukan main lagi jual
mahal..
Isteri: Ha tadi kata lupa...
Suami: dah ingat balik... haha
Isteri: Mestila kita kan anak dara lagi masa tu kena
la jaga tingkah laku...
suami: Yela... anak dara pak Deraman kan...(Usik
nya lalu mencubit pipii isterinya)
Isteri: Hah...tau pun.
Mereka berpandangan dan kemudian tersenyum
terimbas kenangan lalu...
Isteri: dan sampai sekarang abg masih di sisi
saya...
Suami: Isshkk dah saya suami awak.
Isteri: Abg byk berkorban...
Suami: Tangungjawap saya...
Isteri: Banyak terseksa...
Suami: Ha mula la tu...
Isteri: Maaf kan saya ye bang..
Suamu: Tunggu raya jela mintak maaf...
Isteri tersenyum, tenang hatinya mendengar gurau
suaminya. Suaminya tabah dan kuat...
si Isteri mula meraih tangan suami yang kian kedut
seribu...
Isteri: Kenapa abg sanggup wat semua ni?
Suami: Nak kena jawap ker?
Isteri: (tersenyum) tanggan suaminya di genggam
erat
suami: sebab Saya sayang kan awak la.
Isteri: Bukan ke sayang abg tak bersebab?
Suami: ahh.. dah mula la tu..
isteri: saya tak sanggup tengok abg terseksa..
Suami: Mana ada saya terseksa.. ok jer pun
Isteri: Abg kuat... tabah..
Suami: Abg kan minum kopi Jantan...
Isteri dan suami tersenyum...
Si suami mengucup dahi isterinya...
Isteri; terima kasih abang...
Suami: Tak payah la
Isteri: tiada ungkapan lain yang dapat saya ucapkan
Suami: dah tak payah ucap..
isteri: abg...
Suami: apa lagi ni...
isteri: sesungguhnya tiada sebab untuk saya
bersedih sekarang...
Suami: ...
Isteri: Saya mencintai abg sehingga akhir nafas
saya..
suami: semoga Allah melimpah rahmat pada kita..
Suami: dah jom balik nak maghrib.. nnti nak pi
masjid nak solat jemaah..
Isteri mengangguk...
Suami bangkit perlahan...di geliatnya kiri dan
kanan membetulkan pinggang...
Suami: Ha jom...
Suami merangkul pinggang si isteri di kendong
cermat
Si isteri merangkul erat leher si suami...
Si suami mengatur langkah... isteri dikendong
cermat... perlahan langkah si suami namun
gagah...
Isteri: Kenapa la tak di gunakan kerusi roda?
suami: saya kan ada.
isteri: Abg tak larat nanti..
Suami: dah 25 tahun saya kendong awak... kemana
sahaja..
Isteri: ...
Suami: dan selagi saya mampu berdiri saya akan
kendong awak...
Isteri: Mengalir air matanya...
Suami: tangungjawap saya... selepas saya berakad
27 tahun dulu... awak menjadi tangungjawap
saya...
saya kan dah janji akan menjaga awak. awak ingat
saya tackle awak lu kat sini lu janji kosong ker??
Isteri: Saya tahu...
Suami: Tahu tak pa
Berkendongan si isteri dalam dakapan suami...
melangkah hari tua bersama...
Isteri: saya ni tak guna la... lumpuh, cacat...tak
boleh bagi abg kebahagian..
Suami: Ishk... merepek la tu... Bahagia bukan di
ukur dengan fizikal... abg bahagia bersama awak
isteri: terima kasih abang... kerena mengendong
saya selama 25 tahun... walaupun saya tidak
pernah melayan abg selama 25 tahun.. namun abg
tetap teguh untuk saya berpaut....
Suami: emmm dah la.. Cinta saya pada awak tidak
bersebab dan tidak ada kesudahan..
Sedikit sebanyak mengenai kaum adam, mengenai kehidupan, kerjaya, percintaan dan pemikiran kaum adam. Situs ini hanyalah perjalanan hidup ku Ayman Siddiq di sebalik nama dan cetus pemikiran ku. Kehidupan dan harapan ku sebagai lelaki. Satu situs di mana Ayman Siddiq akan mengungkai misteri diri dan kaum Adam.
Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah
Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.
No comments:
Post a Comment