Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah

Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.

Sunday, 12 June 2011

tempayan buruk

Suka atau tidak dia perlu juga kahwin dengan
pilihan org tuanya, lagi pun dia memang tidak ada
pilihan hati. Selepas kekasihnya meninggalkan nya
duhulu, tiada yang mampu menarik hatinya.
Mungkin ini lah di katkan jodoh.
Persiapan sudah hampir lengkap hanya tunggu
masa sahaja untuk di ijab Kabulkan. Hati hanya
bedebar bagaimanakah keadaan si isteri kelak.
Namun dia tetap percaya pada jodohnya.
Maka mereka pun di ijab kabulkan. Dan di
sandingkan.
Suami: cantik sungguh dirimu wahai isteri.
Alhamdulillah.
Isteri: Ya Allah, kenapala laki aku ni macam
tempayan buruk jer aku tgk… dah nasib…
Selepas majlis selesai mereka pulang memulakan
hidup sebagai suami isteri. Namun si isteri jelas
tidak gembira bersama si suami. Si suami terus
cuba untuk mencuri hati isterinya namun si isteri
kadang kala bersikap dingin. Dia sedar dirinya jauh
berbeza dari isterinya. Dia tak la ensem, pendek,
gemuk. Berbanding si isteri yang cantik. Kerja pun
tak sehebat si isteri yang bergaji besar, sedang si
suami hanya site supervisor. Namun dia tetap
cuba menjadi suami yang baik. Pernah satu hari si
isteri tidak menyediakan pakaiannya, bila di tanya,
si isteri hanya menjuihkan bibirnya kearah almari.
Dia tak ambil hati, dia boleh sediakan sendiri.
Apabila di ajak makan, si isteri selalu menolak dan
diet sering di jadikan alasan. Namun si suami tak
pernah ambil hati, dia akan bungkus dan makan
dirumah. Walaupun kadang-kadang dia makan
sendiri , dia senang melihat isterinya yang lebih
seronok melayan Tv dari melayan dia makan.
Satu hari, si suami pergi membuat site survey.
Malang menimpa si suami, satu biji batu blok
telah jatuh menimpa kepala si suami. Si suami di
kejarkan ke hospital. Si suami kehilangan banyak
darah. Si isteri yang di beritakan terus datang. Sayu
hatinya melihat si suami terlantar di katil tidak
sedarkan diri. Dengan kuasa Allah si suami sedar
dan mula pulih dari satu hari ke satu hari. Si isteri
mula melayan si suami dengan agak baik. Namun
masih jelas si isteri tidak begitu senang.
Pada satu petang mereka duduk-duduk di beranda.
Maka si suami memulakan kata:
Suami: awak, kalau awak ada yang tak suka ker, tak
berkenan ke dangan saya apa kata awak beri tahu
saya. Jangan la diam aje saya tak tau. Kalu awak
bagi tahu boleh saya ubahnya….
Isteri: Tak dapa la.
Suami: Haa…tak pun awak tulis.. wat list pastu
awak bgi kat saya k?
Isteri:… ..(angguk)
Semenjak kejadian kemalangan tu, si suami selalu
sakit-sakit kepala yg teruk. Namun dia tak pernah
bagitahu si isteri takut kalau2 si isteri bimbang. Si
suami tersentak bila dia di beritahu hasil Scan
terdapat segumpal darah beku dalam otaknya yang
tak boleh di keluarkan. Dokter juga tak pasti berapa
lama lagi dia akan bolehh bertahan kerana ketulan
itu kian membesar. Si suami hanya berserah. Tak
sanggup dia memberitahu si isteri maka dia hanya
menyimpan dalam hatinya.
Si isteri menyerahkan envelope kepadanya pada
satu pagi.
Suami: apa ni?
Isteri: List
Suami: List??
Isteri: Kan awak suruh wat list apa yang saya tak
suka pasal awak
Suami membuka dan mengeluarkan isinya.
Suami: mak aii… sampai 5 helai??
Isteri: awak yang suruh..
Suami: awak baca la saya nak dgr.
Isteri: Ok.. 1) awak tido berdengkur macam enjin
kapal. 2)awak berbau 3) awak kedekut 4)awak kuat
makan. 5) awak itu… awak ini.
Satu persatu lembaran dibaca isteri…
Suami: Byk nyer…semua awak tak suka….hampir
semua awak tak suka..hehe
Isteri: tau tak per
Suami: emm tak pa saya akn cuba ubah ye..
Isteri: awak punya list mana… mesti lagi banyak
kan ntah2 satu buku…
Suami: emm tak buat lagi la… nnti la yer..
Isteri: sukatila…
Si suami sedar yang isterinya tidak suka akann
dirinya. Dia hanya tergelak dan tersenyum. Kerana
dia isterinya dan dia amat mencintainya
SI isteri menerima satu pengillan telefon,
mengatakan si suami pitam di site.“macam-
macam la pitam la pulak’ gerutu hati si isteri.
Setibanya di hospital. Kelihatan si suami terbaring
di katil. Si isteri duduk di tepi suami,
Isteri: ok tak ni?
Suami: Ok tak de pa la
Isteri: dah tau tak tahan p site wat menda?
Suami: dah keja saya kan
Isteri: degil..
Suami: senyum..
Isteri: kalau takda per saya balik ofis lu..kerja
berlambak2. Nanti petang saya datang
Suami: emm awal sikit tak boleh ker?
Isteri: saya ada lunch meeting jap lagi. Tgk la kalau
sempat saya singgah .
Suami; emm yelah, kalu sempat yer.
Isteri: K…
Si isteri berlalu pergi selepas bersalaman. Si suami
call adiknya untuk datang ke hospital. Setiba di
hospital si suami menyerahkan satu envelope
kepada adiknya. Bercucuran air mata adiknya
mendengar pesan si abg. Mereka berpelukan.
Si suami mengerling jam di dinding dah jam 3.00
ptg si isteri tak singgah melawat. Si suami pergi ke
surau untuk bersolat. Selapas itu pulang semula ke
biliknya menanti petang untuk melihat wajah
isterinya.
Si isteri tiba di kamar si suami. Katilnya kosong.
“Mana pulak la pegi dia ni. Sakit-sakit pun nak
merayap’getus hati si isteri. Di tunggu si suami
kembali. Hampir lima minit si suami masih tidak
kungjung tiba. Marah betul hatinya. Dia fikir untuk
beredar. Kemudian di sapa oleh adik iparnya.
Isteri: Abg kamu mana? Sakit-sakit nak merayap
lagi.
Adik: abg dah tak da kak
Isteri: (keliru) mana pergi
Adik: (mula menanggis) dia dah tinggalkan kita.
Isteri: (tergamam)…
Adik: Nah..
Isteri: menda ni (masih keliru)
Adik: abg pesan bagi kat akak ptg nanti masa akak
dtg.
Envelope di raih dan isi nya di keluarkan satu
persatu. Ada geran rumah, buka akaun bank, buku
ASB, polosi insuren dan selembar surat. Mengigil
jari-jemari si ieteri membuka lembaran perasaan
sebak mula menyelubungi di rinya.
Salam isteriku…
Emm macam na nak cakap ni ek, awak
ingat tak awak ada suruh saya wat list apa yang
saya tak suka pada awak. Awak kata mesti saya ada
banyak yang saya tak suka. Tapi saya tak dapat cari
satu pun cela pada awak. Dari hari kita di ijab
kabulkan awak adalah yang benda yang terbaik
dalam dunia ini yang saya pernah ada. Setiap tutur,
tingkah laku awak membuat saya tenang. Denagn
melihat bayang awak pun cukup buat saya bahagia.
Saya terima awak sebagaimana awak. Tidak ada cela
pun bagi saya. Awak terlalu baik untuk saya.
Saya nak mintak maaf….kalau dengkuran saya
menganggu lena awak, emm tak pa lepas ni tak da.
Hhee
Saya mintak maaf gerk… kalau saya berbau, saya ni
kuat berpeluh. Puas saya sembur perfume tapi
masih bau kan. Tak pala pas ni tak bau dah…
Emm pasal makan… saya selera besar hehe… sori
la kalau cara saya makan wat awak tak selera.. pas
ni awak makan la saya tgk jer hehe…
Saya bukan kedekut… gaji saya kecik saya kena
berjimat. Nak simpan nak beli rumah, simpan
untuk awak. Saya tau gaji awak besar…tapi saya
tetap bertangungjawap nak bagi nafkah kat awak.
Maaf la tak dapat bagi banyak. Saya dah beli rumah
yang awak nak tu. Harap awak suka. Saya wat loan
bank. Tapi tak per dia kan potong saya punya EPF.
Awak duduk la nanti. Saya ada saving sikit2 mana
tau emergency nnti. Saya gerk ada beli insuren
mana la tau kan…
Awak, saya tahu saya tak sempurna, saya tahu awak
tak bahagia dengan saya… saya minta maaf sgt.
Awak saya mencintai awak sepenuh hati saya. Dan
saya selalu harap ada sayang dalam ati awak untuk
tempayan buruk ini..walaupun sikit dah cukup wat
saya bahagia…
Awak saya nak mintak satu benda… saya tak pernah
minta apa-apa sebelum ni..
Saya nak awak jangan bersedih dan Nanggis bila
saya tak da… tu pun kalau awak rasa nak nanggisla
kan.hehe perasan jer kan… tak berbaloi nak sedih
untuk tempayan buruk… hahaha…
Love u as much as I can
Suamimu…
Si isteri terjelepuk ke lantai.. air matanya
bercucuran . Tidak tertahan kesedihannya.
Isteri: Bila abg meninggal?
Adik: Tengahari tadi kak.
Terdengar suara si suami di telinga si isteri..” yela
Kalau Sempat”

No comments:

Post a Comment