Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah

Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.

Sunday, 12 June 2011

tempayan buruk

Suka atau tidak dia perlu juga kahwin dengan
pilihan org tuanya, lagi pun dia memang tidak ada
pilihan hati. Selepas kekasihnya meninggalkan nya
duhulu, tiada yang mampu menarik hatinya.
Mungkin ini lah di katkan jodoh.
Persiapan sudah hampir lengkap hanya tunggu
masa sahaja untuk di ijab Kabulkan. Hati hanya
bedebar bagaimanakah keadaan si isteri kelak.
Namun dia tetap percaya pada jodohnya.
Maka mereka pun di ijab kabulkan. Dan di
sandingkan.
Suami: cantik sungguh dirimu wahai isteri.
Alhamdulillah.
Isteri: Ya Allah, kenapala laki aku ni macam
tempayan buruk jer aku tgk… dah nasib…
Selepas majlis selesai mereka pulang memulakan
hidup sebagai suami isteri. Namun si isteri jelas
tidak gembira bersama si suami. Si suami terus
cuba untuk mencuri hati isterinya namun si isteri
kadang kala bersikap dingin. Dia sedar dirinya jauh
berbeza dari isterinya. Dia tak la ensem, pendek,
gemuk. Berbanding si isteri yang cantik. Kerja pun
tak sehebat si isteri yang bergaji besar, sedang si
suami hanya site supervisor. Namun dia tetap
cuba menjadi suami yang baik. Pernah satu hari si
isteri tidak menyediakan pakaiannya, bila di tanya,
si isteri hanya menjuihkan bibirnya kearah almari.
Dia tak ambil hati, dia boleh sediakan sendiri.
Apabila di ajak makan, si isteri selalu menolak dan
diet sering di jadikan alasan. Namun si suami tak
pernah ambil hati, dia akan bungkus dan makan
dirumah. Walaupun kadang-kadang dia makan
sendiri , dia senang melihat isterinya yang lebih
seronok melayan Tv dari melayan dia makan.
Satu hari, si suami pergi membuat site survey.
Malang menimpa si suami, satu biji batu blok
telah jatuh menimpa kepala si suami. Si suami di
kejarkan ke hospital. Si suami kehilangan banyak
darah. Si isteri yang di beritakan terus datang. Sayu
hatinya melihat si suami terlantar di katil tidak
sedarkan diri. Dengan kuasa Allah si suami sedar
dan mula pulih dari satu hari ke satu hari. Si isteri
mula melayan si suami dengan agak baik. Namun
masih jelas si isteri tidak begitu senang.
Pada satu petang mereka duduk-duduk di beranda.
Maka si suami memulakan kata:
Suami: awak, kalau awak ada yang tak suka ker, tak
berkenan ke dangan saya apa kata awak beri tahu
saya. Jangan la diam aje saya tak tau. Kalu awak
bagi tahu boleh saya ubahnya….
Isteri: Tak dapa la.
Suami: Haa…tak pun awak tulis.. wat list pastu
awak bgi kat saya k?
Isteri:… ..(angguk)
Semenjak kejadian kemalangan tu, si suami selalu
sakit-sakit kepala yg teruk. Namun dia tak pernah
bagitahu si isteri takut kalau2 si isteri bimbang. Si
suami tersentak bila dia di beritahu hasil Scan
terdapat segumpal darah beku dalam otaknya yang
tak boleh di keluarkan. Dokter juga tak pasti berapa
lama lagi dia akan bolehh bertahan kerana ketulan
itu kian membesar. Si suami hanya berserah. Tak
sanggup dia memberitahu si isteri maka dia hanya
menyimpan dalam hatinya.
Si isteri menyerahkan envelope kepadanya pada
satu pagi.
Suami: apa ni?
Isteri: List
Suami: List??
Isteri: Kan awak suruh wat list apa yang saya tak
suka pasal awak
Suami membuka dan mengeluarkan isinya.
Suami: mak aii… sampai 5 helai??
Isteri: awak yang suruh..
Suami: awak baca la saya nak dgr.
Isteri: Ok.. 1) awak tido berdengkur macam enjin
kapal. 2)awak berbau 3) awak kedekut 4)awak kuat
makan. 5) awak itu… awak ini.
Satu persatu lembaran dibaca isteri…
Suami: Byk nyer…semua awak tak suka….hampir
semua awak tak suka..hehe
Isteri: tau tak per
Suami: emm tak pa saya akn cuba ubah ye..
Isteri: awak punya list mana… mesti lagi banyak
kan ntah2 satu buku…
Suami: emm tak buat lagi la… nnti la yer..
Isteri: sukatila…
Si suami sedar yang isterinya tidak suka akann
dirinya. Dia hanya tergelak dan tersenyum. Kerana
dia isterinya dan dia amat mencintainya
SI isteri menerima satu pengillan telefon,
mengatakan si suami pitam di site.“macam-
macam la pitam la pulak’ gerutu hati si isteri.
Setibanya di hospital. Kelihatan si suami terbaring
di katil. Si isteri duduk di tepi suami,
Isteri: ok tak ni?
Suami: Ok tak de pa la
Isteri: dah tau tak tahan p site wat menda?
Suami: dah keja saya kan
Isteri: degil..
Suami: senyum..
Isteri: kalau takda per saya balik ofis lu..kerja
berlambak2. Nanti petang saya datang
Suami: emm awal sikit tak boleh ker?
Isteri: saya ada lunch meeting jap lagi. Tgk la kalau
sempat saya singgah .
Suami; emm yelah, kalu sempat yer.
Isteri: K…
Si isteri berlalu pergi selepas bersalaman. Si suami
call adiknya untuk datang ke hospital. Setiba di
hospital si suami menyerahkan satu envelope
kepada adiknya. Bercucuran air mata adiknya
mendengar pesan si abg. Mereka berpelukan.
Si suami mengerling jam di dinding dah jam 3.00
ptg si isteri tak singgah melawat. Si suami pergi ke
surau untuk bersolat. Selapas itu pulang semula ke
biliknya menanti petang untuk melihat wajah
isterinya.
Si isteri tiba di kamar si suami. Katilnya kosong.
“Mana pulak la pegi dia ni. Sakit-sakit pun nak
merayap’getus hati si isteri. Di tunggu si suami
kembali. Hampir lima minit si suami masih tidak
kungjung tiba. Marah betul hatinya. Dia fikir untuk
beredar. Kemudian di sapa oleh adik iparnya.
Isteri: Abg kamu mana? Sakit-sakit nak merayap
lagi.
Adik: abg dah tak da kak
Isteri: (keliru) mana pergi
Adik: (mula menanggis) dia dah tinggalkan kita.
Isteri: (tergamam)…
Adik: Nah..
Isteri: menda ni (masih keliru)
Adik: abg pesan bagi kat akak ptg nanti masa akak
dtg.
Envelope di raih dan isi nya di keluarkan satu
persatu. Ada geran rumah, buka akaun bank, buku
ASB, polosi insuren dan selembar surat. Mengigil
jari-jemari si ieteri membuka lembaran perasaan
sebak mula menyelubungi di rinya.
Salam isteriku…
Emm macam na nak cakap ni ek, awak
ingat tak awak ada suruh saya wat list apa yang
saya tak suka pada awak. Awak kata mesti saya ada
banyak yang saya tak suka. Tapi saya tak dapat cari
satu pun cela pada awak. Dari hari kita di ijab
kabulkan awak adalah yang benda yang terbaik
dalam dunia ini yang saya pernah ada. Setiap tutur,
tingkah laku awak membuat saya tenang. Denagn
melihat bayang awak pun cukup buat saya bahagia.
Saya terima awak sebagaimana awak. Tidak ada cela
pun bagi saya. Awak terlalu baik untuk saya.
Saya nak mintak maaf….kalau dengkuran saya
menganggu lena awak, emm tak pa lepas ni tak da.
Hhee
Saya mintak maaf gerk… kalau saya berbau, saya ni
kuat berpeluh. Puas saya sembur perfume tapi
masih bau kan. Tak pala pas ni tak bau dah…
Emm pasal makan… saya selera besar hehe… sori
la kalau cara saya makan wat awak tak selera.. pas
ni awak makan la saya tgk jer hehe…
Saya bukan kedekut… gaji saya kecik saya kena
berjimat. Nak simpan nak beli rumah, simpan
untuk awak. Saya tau gaji awak besar…tapi saya
tetap bertangungjawap nak bagi nafkah kat awak.
Maaf la tak dapat bagi banyak. Saya dah beli rumah
yang awak nak tu. Harap awak suka. Saya wat loan
bank. Tapi tak per dia kan potong saya punya EPF.
Awak duduk la nanti. Saya ada saving sikit2 mana
tau emergency nnti. Saya gerk ada beli insuren
mana la tau kan…
Awak, saya tahu saya tak sempurna, saya tahu awak
tak bahagia dengan saya… saya minta maaf sgt.
Awak saya mencintai awak sepenuh hati saya. Dan
saya selalu harap ada sayang dalam ati awak untuk
tempayan buruk ini..walaupun sikit dah cukup wat
saya bahagia…
Awak saya nak mintak satu benda… saya tak pernah
minta apa-apa sebelum ni..
Saya nak awak jangan bersedih dan Nanggis bila
saya tak da… tu pun kalau awak rasa nak nanggisla
kan.hehe perasan jer kan… tak berbaloi nak sedih
untuk tempayan buruk… hahaha…
Love u as much as I can
Suamimu…
Si isteri terjelepuk ke lantai.. air matanya
bercucuran . Tidak tertahan kesedihannya.
Isteri: Bila abg meninggal?
Adik: Tengahari tadi kak.
Terdengar suara si suami di telinga si isteri..” yela
Kalau Sempat”

kamu syg saya

Isteri: Awak sayang saya tak?
Suami: Mesti La Sayang kalau tak takkan saya
kawin dengan Awak
Isteri: Apa yang buat awak sayang kat saya?
Suami: kena ada sebab ker?
Isteri: Mestilah semua benda mesti ada sebab
Suami: kalau saya kata tak ada sebab saya sayang
awak amacam?
Isteri: Mmg awak tak sayang saya. saya mintak
pun awak jarang nak bagi, kedekut
Suami: kena buktikan pakai wang ker?
Isteri: (diam) Merajuk...
Suami: (senyum)
Dengan takdir yang tersurat di Azali, Isteri yang
baru pulang dari kerja terlibat dengan kecelakaan
jalan raya. Seluruh wajahnya melecur teruk, peti
suranya terkoyak tertusuk kaca cermin kereta, dan
separuh dari tubuhnya dari pingang ke kaki
lumpuh. Si suami yang telah merancang kejutan
sempena ulang tahun ke 2 perkahwinan mereka
tersentak di beritakan mengenai hal ini. Si suami
hanya mampu berserah dan redha dgn ketentuan
Ilahi keran itulah rukun Keimananya.
Si Suami melangkah perlahan menuju kamar isteri
di sudut kiri ruang hospital.
tidak tertahan melihat keadaan isteri terkujur di
katil... namun dia perlu kuat...perlu tabah... demi
isterinya..yang tercinta
Suami: Asalamualaikum
Isteri: (angguk saja)
Suami: (Duduk di sebelah lalu maraih tangan
isterinya)
Isteri: (Pejam mata sedih)
Suami: Ingat tak dulu awak pernah tanya apa
sebab saya sayangkan awak?
Suami: (sambung) saya jawap tiada sebab saya nak
sayang awak, awak marah, merajuk.
Suami: (tarik nafas panjang) sesungguhnya
sememangnya tiada sebab saya mencintai awak.
Jika saya saya awak kerana kecantikan awak, lihat
kini wajah awak cedera teruk, namun saya tetap
sayangkan awak, jika saya sayangkan awak kerana
suara awak, kini awak dah tak mampu nak
bercakap pun. Dan kalu saya sayangkan awak
kerana cantik gaya jalan awak, kini awak dah
lumpuh. Tapi demi Allah saya masih sayang dan
cintakan awakl sepenuh hati saya. Kerana Cinta dan
sayang pada awak ikhlas dari hati dan nikmat
kurniaan tuhan
.Isteri (Menangis teresak-esak)
Suami: Kini saya akan belanjakan semua duit dan
harta saya untuk awak. kerana awak lah harta saya
yang paling bernilai dalam dunia ini.
(si suami mengucup tanggan si isteri)
Isteri: (mengenggam erat tanggan suami, terasa
hangat air mata suami mengalir membasahi
tangganya)
si suami terus mengengam tanggan isterinya...
Suami: Sesungguhnya tiada sebab saya mencintai
awak... kerana jika sebab itu hilang... saya akan
mula melupai awak...dan terus menjauhkan diri
dari awak....
Suami: saya akan Mendukung awak kemana shaja
dan menatap wajah mu sehingga matahari
terbenam... dan mengamati setaip bait gerak bibir
mu...sehingga Izrael menjemput saya...
Isteri ku... aku akan menjadi kaki mu, mata mu,
suara mu,dan tempat kau berlindung... dan aku
akn tetap mencintai mu menyayangimu...
....Taufik Zin...

hingga akhir

Kelihatan dua pasangan yang telah menjenguk usia
senja sedang duduk berehat di depan tasik.
Romentik sahaja keadaan mereka. sambil melihat
matahari terbenam.
Ister: cantikan bang.
Suami: Cantik. tapi tidak terbanding lagi kecantikan
awak.
Isteri: Ada-ada jer abg ni.
Suami: Senyum
Mereka berdiam diri melihat keindahan alam di
hidangkan di depan mereka.
Isteri: Abg ingat lagi masa kita mula-mula jumpa?
Suami: Ntah tak berapa ingat. dah lama benor dah
tu
Isteri: La... menda mcamtu abg leh lupa.
Suami: dah tua Kot saya ni. hehe
Isteri: Turut tersenyum.
Isteri: Masa tu kan kita jumpa kat sini la.
Suami: Ha'ah masa tu awak bukan main lagi jual
mahal..
Isteri: Ha tadi kata lupa...
Suami: dah ingat balik... haha
Isteri: Mestila kita kan anak dara lagi masa tu kena
la jaga tingkah laku...
suami: Yela... anak dara pak Deraman kan...(Usik
nya lalu mencubit pipii isterinya)
Isteri: Hah...tau pun.
Mereka berpandangan dan kemudian tersenyum
terimbas kenangan lalu...
Isteri: dan sampai sekarang abg masih di sisi
saya...
Suami: Isshkk dah saya suami awak.
Isteri: Abg byk berkorban...
Suami: Tangungjawap saya...
Isteri: Banyak terseksa...
Suami: Ha mula la tu...
Isteri: Maaf kan saya ye bang..
Suamu: Tunggu raya jela mintak maaf...
Isteri tersenyum, tenang hatinya mendengar gurau
suaminya. Suaminya tabah dan kuat...
si Isteri mula meraih tangan suami yang kian kedut
seribu...
Isteri: Kenapa abg sanggup wat semua ni?
Suami: Nak kena jawap ker?
Isteri: (tersenyum) tanggan suaminya di genggam
erat
suami: sebab Saya sayang kan awak la.
Isteri: Bukan ke sayang abg tak bersebab?
Suami: ahh.. dah mula la tu..
isteri: saya tak sanggup tengok abg terseksa..
Suami: Mana ada saya terseksa.. ok jer pun
Isteri: Abg kuat... tabah..
Suami: Abg kan minum kopi Jantan...
Isteri dan suami tersenyum...
Si suami mengucup dahi isterinya...
Isteri; terima kasih abang...
Suami: Tak payah la
Isteri: tiada ungkapan lain yang dapat saya ucapkan
Suami: dah tak payah ucap..
isteri: abg...
Suami: apa lagi ni...
isteri: sesungguhnya tiada sebab untuk saya
bersedih sekarang...
Suami: ...
Isteri: Saya mencintai abg sehingga akhir nafas
saya..
suami: semoga Allah melimpah rahmat pada kita..
Suami: dah jom balik nak maghrib.. nnti nak pi
masjid nak solat jemaah..
Isteri mengangguk...
Suami bangkit perlahan...di geliatnya kiri dan
kanan membetulkan pinggang...
Suami: Ha jom...
Suami merangkul pinggang si isteri di kendong
cermat
Si isteri merangkul erat leher si suami...
Si suami mengatur langkah... isteri dikendong
cermat... perlahan langkah si suami namun
gagah...
Isteri: Kenapa la tak di gunakan kerusi roda?
suami: saya kan ada.
isteri: Abg tak larat nanti..
Suami: dah 25 tahun saya kendong awak... kemana
sahaja..
Isteri: ...
Suami: dan selagi saya mampu berdiri saya akan
kendong awak...
Isteri: Mengalir air matanya...
Suami: tangungjawap saya... selepas saya berakad
27 tahun dulu... awak menjadi tangungjawap
saya...
saya kan dah janji akan menjaga awak. awak ingat
saya tackle awak lu kat sini lu janji kosong ker??
Isteri: Saya tahu...
Suami: Tahu tak pa
Berkendongan si isteri dalam dakapan suami...
melangkah hari tua bersama...
Isteri: saya ni tak guna la... lumpuh, cacat...tak
boleh bagi abg kebahagian..
Suami: Ishk... merepek la tu... Bahagia bukan di
ukur dengan fizikal... abg bahagia bersama awak
isteri: terima kasih abang... kerena mengendong
saya selama 25 tahun... walaupun saya tidak
pernah melayan abg selama 25 tahun.. namun abg
tetap teguh untuk saya berpaut....
Suami: emmm dah la.. Cinta saya pada awak tidak
bersebab dan tidak ada kesudahan..

Saturday, 11 June 2011

adam untuk hawa dan hawa bagi adam

siapa yang lebih peka dalam perihal cinta dan rumahtangga? adakah adam ataupun hawa? lazim adam akan di pandang sering memandang enteng prkara yang ini. sifat selamba adam dan sifat prihatin hawa akan mnjadi perbezaan. adakah adam benar tidak peka atau si hawa yang trlalu over dalm hal prcintaan?...

Adam sering melihat satu isu dlam perspektif yang berbeza. menukar masalah kpada kelebihan memudahkam adam merancana setiap solusi bagi mengatasi masalh yang timbul dalm percintaan mahupun perkahwinan. ini sering di pandang sebagai adam lebih mudah ambil mudah dan sambil lewa dalam perhubungan. adam tidak mahu mmbesarkan hal2 yang kecil. tapi tidaklah pula menendahkan kesan dan impak kepada setiap perhubungan.

namun hawa akan kekal dngan sifat emosi dan brfikiran objektif. setiap maslah perlu di atasi dan di fikrkan penyelesaiannya secara terus. dan ini akan menyebabkan si hawa akan pening dan beremosi... secara lahiriahnya hawa mmg insan uamg praktikel dan objektif. stiap perkara perlu ada asas. setiap masalh perlu penyebab dan jawapan. hawa akan melihat satu prkara hanya di luaran bukannya secara keseluruhan penyelesai hanya di permukaan. tiada konsep sebab...kesan...dan tiada istilah mungkin. mereka akan memikirkan masalh sebagai masalah dn lazim.menjadi ancaman kpd mereka.

adam pula akan cuba menutural situasi dan mencari solusi bgi mengurangkan kesan pada prhubungan. bukan tdak acuh dgb sebab pencetus tapi lebih pnting mengekakalkan hubungan pada masa panjang. adam akan mencari jalan seprti brdiam. ini akan mnyejukkan keadaan. adam merasakan ada hal yg perlu di ambil berat dan ada perkara yang hanya prlu di sentuh scara luar.

namun hawa akan mengambil semua perkara berkaitan prhububgab dngn serius... dan ini membebankan hawa. trmasuk julat sms setiap minggu. kekerpan call.setiap bulan. kekerapan brjumpa dan sbgainya. dan jika ini tidak mnyenangkan hawa ia akan mjadi masalah.

berbanding adam...lebih gemar bersifa trbuka. melihat perkara dlam kotak yg berbeza. cinta tidak plu di ucap setiap hari. kasih tidak per dihantar ke sms setiap hari. ada banyak hal lain yang perlu diambil kira... dan hal ini juga sma penting bg menjamin kelangsungan perhubungan spt kerja.

adam ada caranya dan hawa juga ada caranya. dan inilah kindahan ciptaan Allah. dimana adam melengkapi hawa dan hawa menyempurnakan adan.

Tuesday, 7 June 2011

hatiku tidak sehebat sekeras Adam

Berkenalan dgn dia buat ayman berfikir panjang. Apa yang buat dia boleh bertukar dan berubah. Perkenalan yg tdak dh rancang. Hanya sekadar bertegur sapa akhirnya menjadi tman brtukar cerita. Kisah hidupnya yang membuat ayman berfikir sejauh itu dia boleh pergi. Mulanya ayman tidakla begitu tertarik untk mendengar dan mengenali dia hanya teman biasa yg ayman sering jumpa ketika membeli barang d kedai sbaneka 24 jam. Ayman yang sering singgah ke kedai itu mula tertarik dengan dia dan mula mahu mengenalinya lebih dekat. Dina itulah nama yang di beritahu pada ayman pada awal.perkenalan. Ayman menerima dina seperti teman yang lain. Walau pun dia nyata berbeza. Mulanya dia tidak mahu bercerita banyak.akan perihal hidupnya. Dan ayman juga tidak bercadang untuk teeus beeranyakan hal itu. Mungkin ianya agak peribadi baginya dan dia berhak untuk dihormati. Bila kami sering berborak tatkala ayman singah untuk.menbeli rokok dina nyata selesa untuk mula bercerita serba sedikit ttg dirinya. Dan ayman menghargai kejujurannya. Tak di nafilan pada awalnya ayman agak sukar untuk menerima akan diri dina. Namun lama kelamaan ayman buka sedikt penerimaan terhadap dina. Satu hari selepas selesai membayar bungkusan rokok dan malam tu tak ramai pula pelanggan yang singgah. Ayman mula berbicara,

Dina selesa dengan keadaan dina skarang?
Selesa...dina suka...
Bukan lebih baik jika kekal sperti asal?
Tak da beza pun...skarang ker dulu ker. Skarang dina lebih yakin.
Aik...knp ckap macm tu?
Sekarang dina boleh buat pa yang dina tak boleh buat dulu. Dina lebih.bebas...lebih di sayangi...
Kenapa dulu dina tak bebas ker?
Dulu tak...orang ejek dina..hina dina..kata dina macm2. Sekarang org tak kutuk dina.dina dah ada boyfren...ada kawan..
Tapi dina tak rindu ker nak jadi seperti asal dina...
Buat apa..ayman nak ke hidup di hina...di keji...sedangkan kita tak buat salah pun...
Ayman faham...ayman pun tak sanggup..tapi tidak terlalu drstik ker?
Ayman tak faham...ayman tak pernah rasa apa yang dina rasa...ayman bangga jadi adam..dominan..kuat..tp dina tak mampu..dina tak kuat..dina lemah...dina nyahhhh...
Jgn la ckp mcm tu...manusia ada kelebihan n kkurangan...dina kena percya pada qadaq n qadar...
Kalau tuhan betul syg kan dina knp dia buat dina macm ni....
Subhanallah dina..kufur menidakkan nikmat dan kurniaan Allah...
Dina lemas...rimas..kena.ejek.n.caci...sepupu dina sendiri liwat dina...rogol dina...bila dina ckap ngan ayah..dia kata ko tu jantan.. Biasala gurau kasar...tapi dina yang tangung... Bila dina mula minat masak... Ayah baling dina dengan periuk..dia kata dia malu ada ank jantan tapi daghal... Salah ker dina minat masak...minat jahit...itu jiwa dina...
Lepaa ayah mati.dina nekad dan lari dari kg. Kat sini takda orng nak hina dina...dina suka hidup macm ni...

Ayman terdiam mendengar cerita luahan dina..subhanallah...sesungguhnya Engkau maha mengentahui apa yang Engkau ciptakan...

Dina..ayman cuma nak dina fikirkan apa yang nk jadi pada dina nnti?.dina tuhan menjadikan hambanya untuk menyembahnya dan mengamalkan apa yang di khendaki... Allah tak pernah kejam pada hambany..keran Dia.Arahman n Arahim..mHa pengampun dosa besar.

Biarla dina...jika ayman dengan kebangaan ayman sbg adam biarla dina sng menyerupai hawa...biarla ayman tq sbb sudi nasihatkan dan berkongsi dgn dina...

Ayman berslam dan terus beredar...

Dina bukanlah cerita asing bg dunia! Adam yg ilang arah dn taksup menjadi hawa.kerana bosan atau tkanan dlm hdup sbgai adam. Renungkan

Monday, 6 June 2011

kembali kepada asalku

Agak lama ayman tak menulis...kesibukan kerja wat ayman lupa untuk menulis. Malam ni tiba2 rasa nak menulis pulak. Banyak yang berlaku pada ayman sejak kebelakangan ni.kekuatan ayman sbg adam benar2 di duga oleh Pencipta. Kalau nak di ikutkan rsa hati dan perasaan mahu ajer ayman amik tindakan yang bodoh. Mujur ada kawan2 dan keluarga yang banyak membantu ayman mengharungi.saat itu. Ayman bersyukur walau pun kehilangan cinta dan insan.yamg diharapka untuk mnjadi suri hidup ayman..ayman akhir sedar dlm hidup masih banyak insan lain yang masih syg pada kita cuma kita shaja yang kadang kala sedar. Terima kasih mama n ayah yg sentiasa faham dn berh dorongan pd ayman yang tak pernah kira bertapa byknya kesalahan dlam hidup ini yg telah di lakukan. Cuma khilangan insan yg telah miletakan arapan dan impian amat la menyakit. Ayman juga merasakannya
ayman kini sudah kmbali pd asal ku. Kmbali kpd keluarga n Allah. Krana apa yg di tentukan adalah Qadaq n qadarNya



ayman siddiq

melaka