

Ingin Di ingatkan bahawa article bukanla bersifat keJenTinaan atau diskriminasi.
Bab Satu ( Perkenalan)
Dairi Adam.
Pergh, loheh kepala lutut aku, sampai petang kerja kat opis melantak banyak. Dari pagi sampai petang tak abis. Eh esok, kena p workshop ni, keta tak servis lagi, minggu depan nak p Kuantan ada Talk, mahu berasap keta kalau tak servis. (jalan p kat keta)... Cili Bangla betul, banyak2 keta keta aku di beraknya dek burung, (amik kain buruk, basah kan dengan air mineral pagi tadi, gosok sampai ilang) macam ni baru ok baru da Bomb.... start keta jalan. (dalam otak) esok ada meeting kul 10. pastu ada appointment kul 12. Bila masa nak pi servis...tak leh kena pi ni. dah dekat 4000 Km ni. Patut berat jer keta ni. Sampai umah, sembur keta ngan air. lap bekas taik burung. Kunci setereng, lock gear. setel. Pap... lupa fail dalam keta... pi amik lak, tgk kat spot rim ada kesan lumpur, gagah, pi berus sikit, kang karat lak. Masuk umah, bukak kemeja sidai, pastu tune in tV tgk EspN ker Sport world, tgk preview match semalam walau pun dah tgk live telecast smalam, cis maki sorang tgk Man U seri lawan kelab bodoh... dalam marah capai towel pi toilet, siram badan, amik shower gel mandi 5 minit udah. Dah pakai t shirt rasmi untuk tido ngan boxer, nyala rokok isap lu. Layan movie citer menda bukan peduli pun, pi dapur cari meggi, masak air... dan makan, malas nak tapau tadi jalan jem. Nak kuar balik malas mood tido dah ni. Kul sepuluh nak tido dah, usha astro guide tgk kalau ada match MAN U malam ni, tgk2 arsenal nya match je, tak leh layan BADI. tutup Tv, tutup lampu, sebelum tido sembayang isyak lu. Katil pun tak berkemas, layan jela.. bammm..terus tamat...
Diari Hawa.
Kerja banyak la, tak sempat nak pi cari barang. Ni body lotions pun dah nak abis, Compact powder dah tgk serdak, esok kalu tak da ilang la seri. Emm... mana lak kunci keta ni, tadi ada dalam beg tangan, ni tak da lak, kena cari ni, (bukak hand bag, kuarkan bedak, gincu, maskara, lip liner, celak, hand phone sebijik, hand phon lagi sibijik, kad top up bulan lepas, resit bank, sikat rambut, brouch, pin tudung, cermin kecik, resit beli-belah kat sogo...) ha.. jumpa pun.. Jalan p kat keta, singgah jap kat depan cermin pintu tarik-tarik baju, oter-oter tudung, check lipstick, ok ngam. Jalan kat keta. dari sebatu dah Unlock keta, jalan... tgk keta pun kena berak, tak pa la ujung minggu nak basuh keta ni. Start keta, (dalam Kepala) esok aku dah janji ngan Ani nak pi teman dia cari perfume, kat ner ok ek... KLcc ok kot, Lupa lak nak pi singgah kat outlet Loreal nak cari compact powder, dah abis kan. Ala kat watsons kat sana aku ta suka kena singgah mid valley ni nak cari body lotions. Emm, kenapa keta ni berat semacam, nak kena servis kot, (tgk meter) laa dah kat 10,000km, usha tepi windshield, la patut kena servis 5000 km la. tak pa la minggu depan leh p. Lagi pun keta baru, takan problems lak. Lantak la, ni nak beli kat mana makan ni, payah tul, singgah mCd, pandu lalu jer, tak nak makan berat-berat, tadi petang dah makan karipap, emm sedap tul karipap tu... order (dekat 15 minit pk) keta kat belakang dah penuh.. haa, bagi saya sunday coklat, ngan apple pai, air bagi milo k. (mintak tiga menda, pk sampai 15 min) setel, kuar pi balik. Sampai umah, turun keta bawak kuar bag tangan terus masuk umah, dalam umah, ehhh lupa kunci. Dah la duk appartment, dari tingkat dua lock keta pakai remote. Keta baru. Bukak tudung, terus pergi dapur tgk pinggan ada tak cuci lagi, pi cuci lak. pas tu masak air nak wat milo, pap.. lupa milo dah beli kat Mcd tadi. Tak pa bukak baju nak mandi, singgah kat dapur jap check air dah masak lum, bukak tingkap rasa baju dah kering lum, amik baju asing kan mana, dalam mana luar. baru masuk toilet, kuar balik, lupa nak tutup tingkap bukak tadi, masuk balik, kuar balik lupa nak on heater. mandi dah dekat 30 min. Kuar pakai baju, tgk baju banyak tak lipat , lipat lu.. pastu on tv tgk lestary ker drama melayu la. bukak mCd,... alamak aiskrim lupa masuk fridge... cair dah... terus buang dalam tong sampah. makan apple pie ngan biskut jacobs weatmeal, perut lapar lagi, tapi tak leh makan byk nanti gEmuk... tgk sampai habis cerita. Tgk jam dah kul 11. Tak leh solat CUTI, masuk bilik, cari baju nak pakai esok. gosok tudung ngan baju. pi kat luar tgk plak kasut menda yang padan. dah asing kan. kemas katil, yang sedia kemas. anak patung kasi empok-empok. teddy bear kasi tegak, tepuk bantal berkali-kali. set alarm, tutup lampu dan tamat..ehh bangun balik, check tingakap dapur ngan pintu dah lock ke belum. singgah dapur minum air, cuci cawan lak. then mengulangi langkah nak tido tadi dan tido.
Ha...
ada betul ka???
so nantikan Lelaki Vs Wanita Bab 2
No comments:
Post a Comment