Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah

Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.

Sunday, 21 December 2008

Hidup ku sebagai lelaki


Di lahir kan sebagai lelaki adalah salah satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Lelaki adalah salah satu makhluk ciptaan Allah dalam kategori Manusia yang amat unik. Lelaki tidak lah se rumit kaum hawa. Ah.. mungkinkerana aku lelaki, mudah untuk aku berbicara. Namun menjadi lelaki akan menyandang satu jawatan yang tidak mudah untuk dipikul. Jawatan sebagai ketua. Ketua pada keluarga dan seterusnya kepada masyarakat. Mengapa kaum adam ini di lantik sebagai ketua bukanya kaum wanita. Antara sebabnya adalah:
1. Kaum lelaki lebih rasional dalam membuat sebarang keputusan. Berbanding kaum hawa. Ini terbukti dengan letaknya kuasa talak di tangan lelaki. walaupun lelaki tidak seteliti wanita, namun pemikiran dan pertimbangannya lebih dalam dari kaum hawa. Misal mudah jika berlaku pentengkaran di antara suami dan isteri, sudah tentu si isteri akan lebih emosional dari suami dan kadar peratus untuk si isteri mengugurkan talak (jika ditangannya) lebih tinggi. Mujurlah talak di tangan suami, maka pertimbangan suami lebih rasional dan akhirnya talak tidak di gugurkan.

2. Bagaimana kaum adam menenangkan perasaannya? Lelaki ini mudah, walaupun dalam masalah kaum lelaki masih boleh ketawa dan tersenyum. Cara melepaskan tekanan mudah, layan bola ker, lepak dengan member kat mamak sampai 2-3 pagi, atau pun lepak depan rumah dengan berbekalkan kopi dan rokok. Lelaki jarang berkongsi masalah, tapi bagi kaum hawa ini di anggap ego, namun hakikatnya, kami lelaki lebih suka menyelesaikan masalah kami sendiri dan tak mahu menyusahkan orang lain lebih2 lagi pasangan ataupun isteri. Itu adalah kualiti ketua yang baik. Namun lelaki tidak pernah berasa terganggu apabila pasangan atau isteri mengadu masalahnya, dan cuba sedaya uapaya untuk membantu, kerana dia sedar bahawa kaum hawa perlukan kaum adam dalam hidupnya begitu juga sebaliknya.

3. Lelaki agak jarang menngumpat hal lelaki lain. Bagi mereka lelaki lain adalah sebahagian daripada alam adam yang tidak perlu di perbesarkan. Mungkin nasib mereka lebih baik kereta besar, wife cantik dan gaji berribu2. Kami hanya akan cuba memperbaiki apa yang suadah ada. berbanding hawa yang suka cemburu dan mengumpat hawa yang lain.

4. Man Talk... apa yang lelaki gemar untuk bersembang lazimnya ada 4:
i Kerata
iiKerja /gaji
iii Awek...
iv Sport

Women Talk... lazimnya terlalu banyak antaranya:
i. Make up
ii. jiran sebelah umah
iii. sales
iv. shoopingggg
v. rambut
vi. Enpon
dan lain2 banyak sangat nak ulas.


Menjadi lelaki ini amat lah menyeronokan. tapi kehidupan lelaki adalah satu cabaran yang menajdikan kita lebih matang dari kaum yang lain. kerana kita memang di amanahkan menjadi ketua dalam rumah tangga.

Menjadi lelaki ni perlu lebih tabah dan kuat dari kaum hawa, kerana kita adalah tempat bagi mereka bergantung. Namun tanpa hawa, adam akan terus kesunyian. Itu lah sebabnya Adam a.s meminta pada Allah swt menciptakan hawa bagi teman hidup nya.
So Chill,


Jadilah lelaki yang benar2 lelaki.

No comments:

Post a Comment