Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah

Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.

Tuesday, 23 December 2008

Hawa Vs Adam


Bab 2 (percintaan)

Diari Adam.

Minggu depan anniversary aku ngan dia yang ke tiga, lama gerk aku bercinta dengan dia ni. rekod ni. Nak bagi gift menda ek... bagi teddy bear jela senang. Budget dalam berapa ek.. 100 cukup kot. cukup la, mahal2 bukan leh wat per pun. Ni jap lagi mesti call la ni. Ehh, jap2 bukan last year dah bagi beruang ker?? em ni kena tukar modos operandi ni. Apalak nak bagi ek.. jap la minggu depan lama lagi. ( tgk laptop) alamak proposal projek kat Nilai tak setel lagi. Siap kanla dulu kang bos nak dah ready. Jeling jam kat dinding... la dah kul 9 malam. Mandi jap la. ari-ari minggu macam ni la leh mandi jam-jam. baru nak mandi, enset bunyi, nama SAYANG naik, elo yang b nak mandi la. kol balik dalam 30 minit. Ha.. yela baru nak mandi ni.. k bye. mandi siap2 dah nak gerak pi layan match MAN U ni member dah tunggu kat mapeley ni. match idup mati ni. enset bunyi lagi, sayang lagi kol... elo, baru lepas mandi, b nak kuar ni. nak tgk match MAN U ni, (cerita lak pasal match MU) kalau kalah ni, jatuh la rank. Ye..tau.. K la nak gerak dah ni, member dah tunggu... lelaki la... k luv u bye... yer nnti b msg k. ye... k..k..k bye.muah....Layan bola then balik tido. Esok pagi p kerja dan terus berkerja, petang sikit nak dekat abis kerja baru ingat ari ni ada date, (dalam otak) nak makan mana ni, maka tempat biasa jer r, janji kul 8 skang kul 6, tak yah balik r, kang jem lak. pakai baju opis pun ok gerk. Ni nak amik dia lagi ni, tak pa la kang kul 7.30 pi la amik. Sambung wat kerja yang masih tak siap lagi.... ya Allah dah kul 8.00 tak sedar siot, pack up laptop terus chow. Sampai umah dia dah lambat, dah kul 8.30 wat muka tak bersalah jer, sori jalan jemla... bawak pi makan, tempat biasa penuh... last2 makan Mcd jela, drive through je. Dalm kul 10 antar balik. Bye2 luv u muah, Sampai umah tkar baju, layan DVD, tepon bunyi, dia kol lagi, ye.. yang, b nak tdo dah ni. haaa baru nak tdo. dah tarik selimut dah. k esok jer la jumpa. k lUv you yayang.... (dalam ati) hemm nak layan transporter 3 pun kacau.....


Catatan Hawa.

Minggu depan anniversary aku ngan dia, alhamdulillah kekal aku ngan dia, mungkin jodoh aku memang dengan dia. Aku nak bagi dia hadiah paling istimewa, harga bukan lah satu ukuran, taun lepas dah bagi jam tangan Tag Huer yang dia nak sgt tu, taun ni nak bagi aper yer, kena cepat ok ni minggu depan bukan lama lagi, esok kena ajak ani teman cari hadiah ni. Ke nak ajak ari ni, ari ni pun sunday...tak pala pagi esok masa lunch leh cari. Baju banyak tak basuh la, basuh baju lu la, (bebrapa jam kemudian) dah kul 9 la, la napa dia tak sms aku ari ni dari pagi tadi. BAik aku call mana tau dia tak sihat ker, elo.. b kat ner, hemm baru nak mandi ker, emm tadi p mana, tak masg pun...lagi 30 minit, emm ok lah, luv u bye... em baru nak mandi, tak pa la jap pas mandi sure dia msg. dah dekat 40 minit senyap jer, lemas dalam kolah ker boy fren aku ni, (call balik) eloo, dah sudah mandi ker, emm nak kuar pi mana, tgk bola.... emm match penting...kuar ngan saper...laki ke pompuan(nada cemburu sikit) ... k bye luv u b.Emm nak wat per ni ek, baju dah basuh, dah lah esok kerja, laa baju nagan tudung tak gosok lagi, gosok lu la..., dah siap gosok kemas katil dan ulangi langkh nak tido, bukak inbox, baca msg yg dia bagi, senyum sorang, bukak lak outnox simpan msg masa mula2 bercinta, tgk galery usha gambar dulu-dulu...senyum sorang2 pas tu terlelap...(yang boifrennya still terjerit2 kat tgk bola...GOLLLLLL). Esok paginya...emm malam ni dah janji nak kuar ngan dia...emm nak pakai baju pa ek... la baru kul 9 pagi lamabat tul nak malam, kerja pun tak da mood la. ni lunch nak pi cari hadiah lak.. em belikan dia set perfume faveret dia la, ari tu tgk dalm RM 350.00 ok lah tu still dalam bajet lagi.Emm ni report nak kena antar petang ni, teruk tul la bos ni. La dah kul 6 kena balik cepat ni nak tukar baju lagi, nak kena cantik2, kul 7 dah sampai umah, siap2 kul 8 dah terpacak depan umah, tunggu punya tunggu, 8.30 baru sampai, berleter lak sedas dua, panas jer ati dia wat tak paham jer. sabar jer la, dia nak bawak p mana, ntah2 dia nak pre celebrate kot, emm la tempat biasa ker, tak pa la asal kan dia ikhlas, penuh lak tempat ni. Sure pi mCd.. emm betul tekaan ku...mcD pun tak pa janji dapat makan dengan dia. aku dah cukup bahagia. Kul 10 balik umah sebelum tido, kena kol dulu wish nite... (capai enpon).. elooo, b dah nak tido ker, alaa cian nya b penat yer, k la cayang bye luv you, nnti kita jumpa esok k, muahh... Kesian boifren aku mayb dia penat sangat... Tutup lampu tarik selimut tido...



Life is to short, hargai la apa yang anda perolehi

Lelaki Vs Wanita


Ingin Di ingatkan bahawa article bukanla bersifat keJenTinaan atau diskriminasi.

Bab Satu ( Perkenalan)

Dairi Adam.

Pergh, loheh kepala lutut aku, sampai petang kerja kat opis melantak banyak. Dari pagi sampai petang tak abis. Eh esok, kena p workshop ni, keta tak servis lagi, minggu depan nak p Kuantan ada Talk, mahu berasap keta kalau tak servis. (jalan p kat keta)... Cili Bangla betul, banyak2 keta keta aku di beraknya dek burung, (amik kain buruk, basah kan dengan air mineral pagi tadi, gosok sampai ilang) macam ni baru ok baru da Bomb.... start keta jalan. (dalam otak) esok ada meeting kul 10. pastu ada appointment kul 12. Bila masa nak pi servis...tak leh kena pi ni. dah dekat 4000 Km ni. Patut berat jer keta ni. Sampai umah, sembur keta ngan air. lap bekas taik burung. Kunci setereng, lock gear. setel. Pap... lupa fail dalam keta... pi amik lak, tgk kat spot rim ada kesan lumpur, gagah, pi berus sikit, kang karat lak. Masuk umah, bukak kemeja sidai, pastu tune in tV tgk EspN ker Sport world, tgk preview match semalam walau pun dah tgk live telecast smalam, cis maki sorang tgk Man U seri lawan kelab bodoh... dalam marah capai towel pi toilet, siram badan, amik shower gel mandi 5 minit udah. Dah pakai t shirt rasmi untuk tido ngan boxer, nyala rokok isap lu. Layan movie citer menda bukan peduli pun, pi dapur cari meggi, masak air... dan makan, malas nak tapau tadi jalan jem. Nak kuar balik malas mood tido dah ni. Kul sepuluh nak tido dah, usha astro guide tgk kalau ada match MAN U malam ni, tgk2 arsenal nya match je, tak leh layan BADI. tutup Tv, tutup lampu, sebelum tido sembayang isyak lu. Katil pun tak berkemas, layan jela.. bammm..terus tamat...


Diari Hawa.

Kerja banyak la, tak sempat nak pi cari barang. Ni body lotions pun dah nak abis, Compact powder dah tgk serdak, esok kalu tak da ilang la seri. Emm... mana lak kunci keta ni, tadi ada dalam beg tangan, ni tak da lak, kena cari ni, (bukak hand bag, kuarkan bedak, gincu, maskara, lip liner, celak, hand phone sebijik, hand phon lagi sibijik, kad top up bulan lepas, resit bank, sikat rambut, brouch, pin tudung, cermin kecik, resit beli-belah kat sogo...) ha.. jumpa pun.. Jalan p kat keta, singgah jap kat depan cermin pintu tarik-tarik baju, oter-oter tudung, check lipstick, ok ngam. Jalan kat keta. dari sebatu dah Unlock keta, jalan... tgk keta pun kena berak, tak pa la ujung minggu nak basuh keta ni. Start keta, (dalam Kepala) esok aku dah janji ngan Ani nak pi teman dia cari perfume, kat ner ok ek... KLcc ok kot, Lupa lak nak pi singgah kat outlet Loreal nak cari compact powder, dah abis kan. Ala kat watsons kat sana aku ta suka kena singgah mid valley ni nak cari body lotions. Emm, kenapa keta ni berat semacam, nak kena servis kot, (tgk meter) laa dah kat 10,000km, usha tepi windshield, la patut kena servis 5000 km la. tak pa la minggu depan leh p. Lagi pun keta baru, takan problems lak. Lantak la, ni nak beli kat mana makan ni, payah tul, singgah mCd, pandu lalu jer, tak nak makan berat-berat, tadi petang dah makan karipap, emm sedap tul karipap tu... order (dekat 15 minit pk) keta kat belakang dah penuh.. haa, bagi saya sunday coklat, ngan apple pai, air bagi milo k. (mintak tiga menda, pk sampai 15 min) setel, kuar pi balik. Sampai umah, turun keta bawak kuar bag tangan terus masuk umah, dalam umah, ehhh lupa kunci. Dah la duk appartment, dari tingkat dua lock keta pakai remote. Keta baru. Bukak tudung, terus pergi dapur tgk pinggan ada tak cuci lagi, pi cuci lak. pas tu masak air nak wat milo, pap.. lupa milo dah beli kat Mcd tadi. Tak pa bukak baju nak mandi, singgah kat dapur jap check air dah masak lum, bukak tingkap rasa baju dah kering lum, amik baju asing kan mana, dalam mana luar. baru masuk toilet, kuar balik, lupa nak tutup tingkap bukak tadi, masuk balik, kuar balik lupa nak on heater. mandi dah dekat 30 min. Kuar pakai baju, tgk baju banyak tak lipat , lipat lu.. pastu on tv tgk lestary ker drama melayu la. bukak mCd,... alamak aiskrim lupa masuk fridge... cair dah... terus buang dalam tong sampah. makan apple pie ngan biskut jacobs weatmeal, perut lapar lagi, tapi tak leh makan byk nanti gEmuk... tgk sampai habis cerita. Tgk jam dah kul 11. Tak leh solat CUTI, masuk bilik, cari baju nak pakai esok. gosok tudung ngan baju. pi kat luar tgk plak kasut menda yang padan. dah asing kan. kemas katil, yang sedia kemas. anak patung kasi empok-empok. teddy bear kasi tegak, tepuk bantal berkali-kali. set alarm, tutup lampu dan tamat..ehh bangun balik, check tingakap dapur ngan pintu dah lock ke belum. singgah dapur minum air, cuci cawan lak. then mengulangi langkah nak tido tadi dan tido.

Ha...
ada betul ka???
so nantikan Lelaki Vs Wanita Bab 2

Sunday, 21 December 2008

Hidup ku sebagai lelaki


Di lahir kan sebagai lelaki adalah salah satu anugerah Allah yang tidak ternilai. Lelaki adalah salah satu makhluk ciptaan Allah dalam kategori Manusia yang amat unik. Lelaki tidak lah se rumit kaum hawa. Ah.. mungkinkerana aku lelaki, mudah untuk aku berbicara. Namun menjadi lelaki akan menyandang satu jawatan yang tidak mudah untuk dipikul. Jawatan sebagai ketua. Ketua pada keluarga dan seterusnya kepada masyarakat. Mengapa kaum adam ini di lantik sebagai ketua bukanya kaum wanita. Antara sebabnya adalah:
1. Kaum lelaki lebih rasional dalam membuat sebarang keputusan. Berbanding kaum hawa. Ini terbukti dengan letaknya kuasa talak di tangan lelaki. walaupun lelaki tidak seteliti wanita, namun pemikiran dan pertimbangannya lebih dalam dari kaum hawa. Misal mudah jika berlaku pentengkaran di antara suami dan isteri, sudah tentu si isteri akan lebih emosional dari suami dan kadar peratus untuk si isteri mengugurkan talak (jika ditangannya) lebih tinggi. Mujurlah talak di tangan suami, maka pertimbangan suami lebih rasional dan akhirnya talak tidak di gugurkan.

2. Bagaimana kaum adam menenangkan perasaannya? Lelaki ini mudah, walaupun dalam masalah kaum lelaki masih boleh ketawa dan tersenyum. Cara melepaskan tekanan mudah, layan bola ker, lepak dengan member kat mamak sampai 2-3 pagi, atau pun lepak depan rumah dengan berbekalkan kopi dan rokok. Lelaki jarang berkongsi masalah, tapi bagi kaum hawa ini di anggap ego, namun hakikatnya, kami lelaki lebih suka menyelesaikan masalah kami sendiri dan tak mahu menyusahkan orang lain lebih2 lagi pasangan ataupun isteri. Itu adalah kualiti ketua yang baik. Namun lelaki tidak pernah berasa terganggu apabila pasangan atau isteri mengadu masalahnya, dan cuba sedaya uapaya untuk membantu, kerana dia sedar bahawa kaum hawa perlukan kaum adam dalam hidupnya begitu juga sebaliknya.

3. Lelaki agak jarang menngumpat hal lelaki lain. Bagi mereka lelaki lain adalah sebahagian daripada alam adam yang tidak perlu di perbesarkan. Mungkin nasib mereka lebih baik kereta besar, wife cantik dan gaji berribu2. Kami hanya akan cuba memperbaiki apa yang suadah ada. berbanding hawa yang suka cemburu dan mengumpat hawa yang lain.

4. Man Talk... apa yang lelaki gemar untuk bersembang lazimnya ada 4:
i Kerata
iiKerja /gaji
iii Awek...
iv Sport

Women Talk... lazimnya terlalu banyak antaranya:
i. Make up
ii. jiran sebelah umah
iii. sales
iv. shoopingggg
v. rambut
vi. Enpon
dan lain2 banyak sangat nak ulas.


Menjadi lelaki ini amat lah menyeronokan. tapi kehidupan lelaki adalah satu cabaran yang menajdikan kita lebih matang dari kaum yang lain. kerana kita memang di amanahkan menjadi ketua dalam rumah tangga.

Menjadi lelaki ni perlu lebih tabah dan kuat dari kaum hawa, kerana kita adalah tempat bagi mereka bergantung. Namun tanpa hawa, adam akan terus kesunyian. Itu lah sebabnya Adam a.s meminta pada Allah swt menciptakan hawa bagi teman hidup nya.
So Chill,


Jadilah lelaki yang benar2 lelaki.