
Termenung seketika Ayman apabila menerima SMS daripada insan yang paling Ayman sayang. Fikiran ayman ligat berfikir...jauh dan akhirnya ayman sesat dalam fikiran ayman sendiri. Ayman baca sekali lagi SMS yang di hantar.... bagai tak percaya...ayman gamam tak tahu apa yang perlu ayman reply. satu dugaan daripada Allah yg berat bagi ayman. Mengapa pada aku Kau turunkan ujian begini berat?? Soalan yang bermain dalam kepala ayman hampir menyenakkan jiwa yang kian berkecemuk. Lama hand phone ayman di biarkan di tepi katil. tidak bersentuh...tiada pula SMS kedua daripadanya. Ayman masih berfikir apakah yag perlu di lakukan. Ayman bangun dari katil terus menuju ke tandas... wuduk ayman ambil..terasa sejuk air mengalir dari kelopak mata turun ke dagu meninitik ke lantai. segar dan dingin. Hanya Dia yang mampu menenangkan hati kecemuk ku. Ayman kerling kearah handphone, masih tidak seberang detik, tida sebarang SMS daripadanya. Apa yang difikirkan nya sekarang. Kalau aku dalam keadaan begini resah bagaimana pula dia? Ya Allah..sesungguh kau maha mengerti dan dan harus bagi sifatMu memperkenankan doa diri ku yang penuh dosa dan batil ini. namun pada siapa lagi harus ku pinta...Ayman terus menunaikan solat hajat 2 rakaat, istiqarah dan di sudahi witir penutup sunat malam. Al-quran di pinggir Ayman, ayman selak dan baca. Surah An-nissa menajdi pilihan...tenang apabila setaiap bait ayat keluar dari hati ditutur ke bibir. Mungkin dia masih menanti jawapan dari ku? Mungkin dia kini sedang hampa dan memerlukan diri ku? ADAM kamu bilang kamu kuat..tabah dan hebat.. sekuat mana kamu sekarang ADAM? Setabah mana kamu kini... kamu gugur.... rebah kerana kasih saorang HAWA. Ayman masih menung menongkat dagu...dalm kegelapan malam segelap perasaan dan fikiran ku. kenapa aku begitu lemah... atau tamparan ini terlalu kuat bagi diri ku ini? Aku megah menjadi ADAM bukan..namun kini adakah aku sekuat HAWA yang ku cintai kini? Apa yang mengalir di pipi ku ini... air mata ? masakan mungkin aku menitiskan air mata? tercalar ego ku... runtuh megah hati ku... aku ADAM... dan aku menitiskan airmata kerana HAWA... Betapa lemahnya kau ADAM. Ayman mencapai handphone, ayman sendiri tidak pasti adakah tindakan ini betul atau tidak...tindak yang akan mengubah keseluruhan perjalanan skrip hidup ayman. Tak kuat rasanya Ayman untuk menghubunginya. Lidah ayman yang Allah kurnaikan petah berhujah kini kelu... hanya SMS yang mampu ayman gagahi...Inbox ayman buka sekali lagi, SMS nay ayman baca perlahan, penuh hati-hati agar tidak tersalah erti. Bibir ayman terkumat kamit memebaca setiap patah isi SMS itu.. Sebak dalm hati... titis air mata turun lagi... mengigil jari jemari ayman untuk membalas SMS itu.. namun perkara ini perlu di selesaikan. Baik buruk kesannya adalh pilihan Ayman dan ayman akan menanggung semuanya. tiba masa untuk auman menjadi ADAM yang kuat..bertanggungjawab. SMS yang menggubah pendirian ayman.." Salam awak, sering kali awak bergurau ingin mencari teman baru mengantikan saya. Tapi saya tahu, itu sekadar gurauan dan sememangnya saya tahu awak gemar bergurau. Pernah awak tanya kenapa saya jatuh cinta pada awak? Dan saya tidak mahu menjawapnya.. keran saya tidak ada jawapan mengapa saya mencintaai awak. Namun sifat awk yang 'gila-gila' dan joke awak membuat saya tenang dan gembira bersama awak. sebenarnya saya tak suka apabila awk membandingkan diri awak dengan kawan2 lelaki saya yang dahulu, sesungguhny awak yang terbaik yang pernah saya kenal. Berat rasanya hati ini, mungkin dah tiba awak pergi... tinggalkan saya dan mulakan hidup lain bersama wanita lain..bikan kah itu gurauan awak yang selalu awak tuturkan? Pergilah... saya rela permergain awak." SMS yang dihantar itu benar-benar menyentap jiwa ku. Mengapa? mangapa begitu drastik sekali tingkahnya? Dia sudah bertemu lelaki lain dan aku di tinggalkan seperti sisa yang tidak berguna? Bergetar Ego Ayman.. Marah dan keliru....
Marah dan keliru....
Ayman meraub muka ayman yang basah, peluh dan airmata... Ayman tabahkan hati keypad handphone ayman taip satu persatu..." Soalan Yang sudah pasti jawapannya, keliru yang dah pasti puncanya, marah yang dah pasti redanya,rajuk yang pasti pujuknya tapi tindakan yang belum pasti hasilnya, fikiran yang tadak tahu warasnya, sebab yang tak pasti alasannya. Secara tiba-tiba? Ego saya meletakan awak di bawah kini... namun rasional saya menafikannya. Fikiran saya mengutuk awak, menghamun awak kini, manun cinta dan sayang tak penah lekang melindungi awak. Saya tak cukup KUAT, tamparan yang kuat yang buat ADAM ini jatuh. Rasional saya kian pudar. Namun sayang dan cinta tetap utuh...apa pun sebab dan alasan awak saya terima namun bukan saya redha..." Hati ayman bagaikan di hiris-hiris, namun tiap2 baik ayat ayman tuliskan tegar. Persoalan perlu di ungkai. teka-teki perlu di di jelaskan. Ayman merebahkan diri. Bantal di alas. Kepala di letakan sarat..padat... Tak mampu lagi ayman untuk menahan marah, keliru. Akhirnya ayman terlena...lena yang tidak pasti nyenyaknya..dan mimpi yang belum pasti indahnya....
Bersambung..................
No comments:
Post a Comment