Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah

Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.

Thursday, 17 September 2009

Sesuci Kasih Balqis



I
Kalau itulah ketentuan Mu, aku sebagai hamba Mu aku redha. Sesungguhnya jika Engkaulah yang Maha Kuasa dan Mengetahui. Walaupun ujian ini, paling getir yang pernah aku lalui, mungkin tidak sehebat ujian kepada para rasul Mu, kepada insan pilihan Jannah Mu, kerana aku sedar aku masih tidak layak menerima ujian seberat itu. Apalah kiranya Engkau pinjam kan aku ketabahan dan kesabaran yang tidak langsung setaraf dengan Kekasih-kekasih Mu, Kerana sebenar-benarnya aku adalah insan yang lemah tidak terdaya aku tanpa Mu ya Rabbul Izzati. “Untuk apa semua ini?” Masih terngiang-ngiang tutur kata ku jelas. Dia hanya tersenyum sambil memandang wajahku yang nyata serius. “Demi cinta, demi janji” Jawap nya lalu mengalihkan pandangannya jauh ke sudut yang aku tidak pasti. “Jadi pengorbanan ini hanya untuk janji, cinta dan sayang? Walaupun kasih saya tidak sejernih cinta Sulaiman pada Balqis, seutuh ikatan kasih Fatimah pada Ali, namun sehiris luka pun takkan saya benarkan hinggap ke tubuh kamu”. Tukasku sambil pandanganku tidak jatuh dari wajahnya, dari anak matanya aku tahu dia nekad, segala yang di tuturnya jujur. Sekali lagi pandangannya lari dari renunganku. Aku sedar dari ingatan lampauku, aku menyusun langkah, berat tapi aku ambil juga. “Its only her and God, nothing much I can do Mikhail. It’s only in His hand now”. Aku rasakan berat untuk Darwish menuturkan katanya, terikat antara etikanya dan persahabatan kami. Aku tahu Darwish sudah cuba menyusun kata agar tidak melanggar keduanya. Aku mencari satu sudut untuk ku duduk menanti sesuatu yang aku terikat pada Qada’ dan Qadar Nya. “Mike, how Natasha? It’s she still in there? Sorry we’re late, the road is closed, some one caught in accident earlier.” Terdengar suara dari belakang menyapaku, agak deras nafasnya pasti dia berkejar ke mari. “She still in OT Abang Long, Darwish said nothing much he can do but…” Kata-kata ku terhenti, “Mike, ajal dan maut di Tangan Allah, right?” Lelaki yang ku panggil Abang Long tadi cuba menenangkan aku. “Are you coming alone? Where are Kak Isha and Mak?” Soal ku menyembunyikan perasaan ku. “Downstairs, Mak ask me to check at you first. She really worried about you and Tasha” Ujarnya lalu melabuhkan punggungnya di sebelahku. “Mikhail, kamu okay nak?” Sapa Mak apabila semakin hampir dengan kami. “Baik, jangan la risau sangat mak.” Balasku seraya bangun dan menuntun langkah Mak menuju ke bangku biru sejajar. “It’s going be just fine, believe me Mike.” Kak Isha mencelah setelah Mak duduk. Aku hanya tersenyum hambar, aku tahu Kak Isha hanya ingin mendamaikan hatiku, tapi bagaimana hati yang kian bergelora ini boleh di damaikan dengan secebis kata?. “Mike, may I have some moment with you please?” Pinta Darwish sejurus keluar dari sebalik pintu OT. Aku mengangguk perlahan. “I have been in this field for many years, however this is a very crucial moments for me, I bound in my etiquette and our fellowship. Tasha is my friend either.” Darwish menanggalkan cermin matanya, aku tahu dia sedang menyusun kata selanjutnya. Aku sudah hampir pasti apakah tuturnya selepas ini. “I need to choose, between Tasha and your daughter, one is your wife and one is your apple of your eye. I ask Tasha, and I sure you know the answer. I tried to save both, but Tasha lost lot of blood. I’m sorry dude.” Kata Darwish bagaikan menyentap jiwa ku. Aku seakan pasti apa yang dia cuba katakan pada awalnya, aku sangka aku cukup kuat untuk menerimanya namun nyata aku salah. Aku tidak lah sekuat yang aku sangka. Nyata aku lemah
………………
II
“Dah lihat anak kita?” Sapa Tasha lemah. Aku kuatkan juga semangat ku, menahan air mata dari gugur. Aku tidak mahu dia melihat aku dalam keadaan sedemikian. She have your eye, mujur tak ikut babahnya kalau tak sure sepet.” Ujarku lalu tangan Tasha ku raih. Dia tersenyum manis, tergambar kepuasan dari dalam wajahnya. “Abang, nak berikan nama apa pada anak kita ni?” Soalnya senyuman tidak lekang di bibirnya. “Nama apa yer…Rogayah Binti Mikhail ok?” Selorohku. “Kenapa pula tidak. Rogayah pun elok juga.” Balasnya. Aku tersenyum. “Eh, tak bestla. Macam orang tua. Tasha sajalah yang beri nama. Abang ikut jer”. Pujukku tangannya ku gengam erat. “Balqis, sedap nama tu, cinta sejati Sulaiman bukan?” Ujarnya lalu menatap wajahku. “Emm, Balqis, Nur Balqis Hidayah, ok tak?”. Cadangku, aku dapat merasakan masa untuk dia sudah begitu hampir. “Elok namanya. Tasha suka. Nur Balqis Hidayah Bt Muhammad Firdaus Mikhail. Semoga peribadinya seindah Balqis dan tingkahnya bersama Hidayah Allah.” Ulasnya sambil tersenyum puas. Aku masih menahan sebak. Suasana hening seketika antara kami. Kami ingin menikmati suasana ini walaupun sedetik. Aku perlu menyusun tuturku agar Tasha tidak terguris. “Maafkan Tasha abang”. Perlahan suaranya aku dapat menghidu sebak di sebaliknya. “Mengapa perlu minta maaf, Tasha tak buat salah pun, kalau adapun masa Tasha masukan garam dalam kopi abang masa kita sama-sama di Adelaide dulu, tu pun abang dah maafkan” Aku cuba menceriakan keadaan yang tidak akan mungkin boleh seceria dulu. “Hem..tak pernah nak serius macam mana nak jaga Balqis nanti?” Marahnya dalam senyuman”. “I have you; we both can raise her, side by side like Mr. & Mrs. Incredible but with out super power la”. Kataku lalu membuat gaya ala superman. “Kalau Tasha tak da macam na?” duganya kepada ku. “Nak pergi mana? Nak ikut leh, tak kan nak tinggalkan abang dangan Balqis, sampai hati.” Aku cuba untuk bersoloroh agar keadaan ini tidak terlalu tegang. Tutur kata ku mungkin dapat menenangkan hati aku sendiri. “Abang jaga la Balqis, Balqis tak boleh ikut Umi dia pergi. Balqis kena tinggal jaga babahnya untuk umi dan babahnya pula kena jaga Balqis untuk umi juga. Janji?’ Aku tergamam, Aku putus kata. Hati ini hanya Tuhan yang tahun bertapa runtuhnya ia. Jururawat membawa anak kami masuk. “Here your beautiful daughter sir”. Lalu menyerahkan Nur Balqis Hidayah dalam dakapan ku. “Allahuakbar, allahuakbar….” Aku mengqamatkan anakku. Mengalir air mataku, yang aku sendiri tidak pasti samada ia air mata gembira atau pun duka. Aku serahkan Balqis kepada Tasha. Tasha rangkul tubuh kecilnya dengan penuh kasih sayang. Di kucupnya seluruh wajah kecil Balqis. “Umi nak pergi jauh, Balqis tinggal dengan Babah, jangan nakal-nakal. Jadi anak yang Solehah. Dengar kata Tok Mak, Ayah Long, Ibu Long, Bantu Babah, kesian babah nanti.” Pesannya kepada anak kecil yang belum mengeri apa-apa. Sesekali, mata Balqis terbuka mungkin untuk menatap wajah ibunya yang mungkin tidak akan dapat di tatapnya buat selamanya. Mak, abang long dan Kak Isha hanya menanti di luar kamar, Kak Isha sudah menangngis teresak-esak dalam dakapan Abang Long, Lebih-lebih lagi selepas mendengar ungkapan amanat Tasha pada anaknya. Mak aku lihat tenang, namun hati ibu mana tidak robek melihat anak gadis kesayangannya dalam keadaan begitu. Aku? Sesungguh Allah itu Maha mengetahui apakah yang tersirat dalam hati ku ini. “Nah, bukti cinta kita dan janji Tasha telah di kota.” Balqis di serahkan kepada ku. Aku dakap Balqis dengan penuh hemat. Lalu ku letakan di dalam katil bayi di pinggir kami. “Maafkan Tasha, halalkan semua makan dan minum Tasha. Tasha rasa letih sangat tapi gembira dan puas.” Aku bungkam. Terdiam. Kata-kata ku kelu. Di lambainya lemah ke arah Mak dan Abang Long. Mak ku tuntun menuju ke kerusi hampir dengan katil Tasha. “Mak, benar kata mak, jadi ibu adalah saat paling mengembirakn walau pun seketika. Abang long dan Kak Isha terima kasih kerana datang ya. Satu lagi, Mak, halalkan susu mak yang Tasha minum dulu ya, makan minum Tasha.” Air mata Tasha gugur deras namun tuturnya tidak terganggu. “Dahla, jangan cakap lagi, sayang penat, just have a good rest okay. Everything will be fine.” Pujukku, mendustakan keadaan, menafikan kebenaran yang kami sedia maklum.” Biarla, Tasha nak cakap, takut tak sempat.” Balasnya dengan senyuman yang benar-benar puas. Mak mengusap kepala Tasha. “Tidur la nak, kamu penat, tapi jangan lupa…” “Lafaz Tauhid kan Mak, mana tahu Israil datang mengambil hak Allah yang di pinjamkan” sahut Tasha. Mak aku lihat tertewas, air mata dari kelopak mata tuanya gugur juga. Mak mengangguk perlahan. “Laillahaillah, Muhammadarasullah” Ucap Tasha lemah, dan matanya terpejam, mesin detik jatung nya berdetik panjang dan … “Nurse.. nurse!!” seru abang long. Darwish dan beberapa jururawat berlari menerpa Tasha., di beleknya anak mata Tasha, kiri dan kanan, Darwish seakan-akan tidak percaya di cubanya sekali lagi chest pressure. Aku tersandar di dinding.” She’s gone doc” Ujar jururawat yang datang bersama. “You need to declare it” Sambungnya lagi. “Time of death 2200” berat tutur Darwish lalu melemparkan pandangan ke arahku. Darwish melangkah kepadaku perlahan dia berbisik “I’m sorry Mike. She has gone. May god has a mercy in her soul”.
…………………
III
“Ya, Rabbi mana pula, aku letak kunci kereta ni.” Aku meraba kocek kiri dan kanan jeans ku. Menilau mata ku mencari mana aku campak kan kunci kereta. “Babah, we going late, Ibu Long have called several times.” Jerit suara kecil dari tingkat bawah. “Wait, I lost my car key la sayang” Balasku lalu membalikkan bantal-bantal di sofa. “Babah jawabla dengan Tok Mak nanti, Qis tak nak tolong” Balasnya pula. ‘Kuat membebel la si Balqis ni. Aku ikat dalam peti ais baru tau’ Aku mengomel sendiri. “Sayang, I can’t find it. So we going by bus..hoorey!” ujarku sambil menuruni tangga. “Babah ni, macam na boleh miss place?” Bebel Balqis. “Eh, budak kecik. You just 10, can you acting like 10 years old girl, stop nagging”. Usik ku lalu menarik telinganya. “How I want to be like 10 years old kid, if my 38 years old lovely Babah act like 6 years old kid” Jawabnya. Aku hanya mencebik bibir, sambil aku mengerakkan bibir menyebut ‘mak nenek’. “Find it…babah oh babah, macam mana kunci kereta babah ada dalam peti ais?’ Soal nya sambil melambung-lambung kunci kereta. “Ada toyol kot…eee seramnye” Ujar ku beseloroh. Aku merampas kunci daripada Balqis, lalu mencium dahinya, “that why I love my little princess”. “Uii, tadi bising nak cepat, lekaslah nanti tok mak bising.” Jerit ku dari luar. “Kak Nom, kunci pintu yer. Thank you,” pinta Balqis kepada Kak Nom pembantu rumah kami. “Babah, Qis tanya sikit leh?” Lalu menoleh kearah aku. “Nak tanya ape?” Jawap ku lalu memperlahankan volume radio. “I think better you get married la Babah.” Aku tidak menjawap. Aku senyap dan membisu. “Sorry kalau, Qis buat Babah marah.” Balasnya setelah melihat aku tidak membalas. Tiada reaksi dari aku. “I can feel tight air around, better I shut it up” ujar Balqis lagi. Aku kagum dengan Balqis. Pada usia begitu muda dia mudah faham perasaan aku dan matang dalam tindakannya. Dia tidak ubah seperti Tasha. Kahwin? kenapa aku tak pernah fikir untuk kahwin ya? Mungkin kerana aku masih dan terlalu mencintai Tasha sehingga tiada rung untuk wanita lain, aku tidak adil pada diri ku sendiri dan paling penting pada Balqis, dia berhak mendapat kasih ibu. Entahla…persoalan yang tepat oleh Balqis namun jawapan yang samar dari aku.
“Assalamualikum, tok mak. Sorry kami lambat. Babah lost his car key, know what, Qis find it in the fridge”. Riuh rumah mak apabila Balqis datang bertandang. “Mak”. Sapaku lalu meraih tangannya untuk bersalaman. Aku terus menuju keruang rehat. Ayman dan Arman sedang asyik bermain PS 3. Mereka bingkas bangun bersalaman dengan aku. “Ayah Su, jom challenge Ayman main WWE, berani tak?” Ajak Ayman lalu memberikan aku Joystick. “Ayah Su dah lama retires la” helahku. “Eleh yeke, ke tak berani? Arman pula memprovok ku. “Ok, one match je” setuju ku. “Riuh rumah mak dengan pekik si Ayman apabila watak permainannya di belasah oleh watak permainan ku. “Okay, ternyata Ayah Su memang legend. Setakat korang dua, sebelah tangan je la.” Aku pula memprovok mereka, masam muka Ayman apabila di kalahkan oleh aku. Kami bertiga menuju ke ruang makan apabila di panggil oleh Kak Isha beberapa kali. Ketika makan, Balqis tak henti-henti bercakap ada saja ceritanya, ini semua aku rasa dia warisi daripada aku. Kadang-kala rasa macam aku nak glue je mulutnya dengan 3 second glue. Dalam perjalanan pulang, kami masing-masing diam. Balqis mungkin penat bercakap. Aku... persoalan Balqis tadi masih menganggu aku.
………………..
IV
“Mike, come and see me”. Kasar suara Nazri menyeruku ke kamarnya. Aku menurutinya dari belakang. Apa yang di mahukan oleh Nazri ni, lain benar nada suaranya. “Mike, I can’t accept these lose. Ini kali kedua kita gagal untuk bid projek di . You tau tak berapa yang company dah spent for bidding this project, it cost me billions”. Ujarnya panjang, mukanya serius. Cerut hitamnya di tarik dalam-dalam. Berkepul asap di hembusnya memenuhi ruang kamarnya. “But boss, itwasn’t my task. I tau kita dah spent banyak untuk project ni. This is Kamal’s project. So, what should I do boss”. Ulasku, bukan mahu membela diri cuma ingin menerangkan situasi yang sebenar. Aku pun tidak jelas mengapa Nazri melempiaskan marahnya pada ku. Aku akur, kerana dia masih lagi CEO ku. “I tahu ni kes Kamal. I bukan nak blame you. Let me make it straight, we going to bid this project once again. For God sake, I can’t risk this bid. Project di Qatar tu ada 10 fasa, kalau kita dapat 2 dari pada 10 fasa pun dah cukup baik. I tak boleh nak serahkan project bidding kepada Kamal lagi. I nak you handle this bidding. Kalau berjaya, I hantar you ke sana untuk handle rest of the project, for 5 or 6 years. I rasa you boleh”. Jelas Nazri, air mukanya berubah, penuh pengharapan. Aku hanya mengangguk perlahan. Jelas akan maksud Nazri. Satu tangungjawap yang di amanahkan perlu di pikul serius. Tapi jika aku berjaya bid projek di Qatar itu nanti, aku perlu meninggalkan Malaysia dalam tempoh yang lama, adakah aku bersedia? Bagaimana dengan Balqis?
Dalam perjalanan pulang aku puas memikirkan prihal bidaan projek di South Australia, tinggal kurang dari dua bulan, sebelum bidaan fasa 5 dan 6 di buka semula. Aku yakin seluruh dunia akan cuba untuk membida projek itu. Pasti proposal dan presentation mereka hebat dan matap. Layak kah aku untuk mewakili syarikat, bagaimana kalau aku gagal? Sesungguhnya aku amat benci kegagalan. “What… how come I fail this paper Mr. Harold. I have done exactly what you ask me to do”. Bentakku. Berang sungguh apabila mendapati kertas Business Management aku di label ‘C’ oleh Mat Saleh botak. Mr. Harold tenang. “Mike, I already check your paper, it’s moderate, I know you try hard to answer all those questions, but that still not enough. Furthermore, ‘C’ is not fail. Learn to be grateful my dear.” Jelas Mr. Harold. Aku hanya akur dengan penjelasannya. Tapi bagi aku ‘C’ sudah cukup memalukan. Aku bukan mahu sempurna, cuma mahu kan yang terbaik. “Tak guna, betul. Aku dapat ‘C’ paper Harold.” Aku melepaskan buku di atas meja makan. Prilaku aku membuat mereka terkejut. “Chill bro. Aku kena repeat paper BM lagi. Takda hal pun”. Santai sahaja tutur Nuqman, lalu membelek-belek kertas tugasan ku. Darwish menghabiskan kunyahannya. “To night, my place on my house. Aku masak tandoori, macamana?” Tiba-tiba Darwish mencelah. Kami tergelak besar, “Tandoori kau rasa ubat la Dar”. Usik Nuqman. “Memangla, aku bius dulu ayam sebelum masak.” Seloroh Darwish. Aku tersenyum sendiri, sedar-sedar aku dah sampai selekoh membelok ke rumah ku. Aku jeling jam di tangan, dah jam 10 malam. Satu hari yang panjang bagi aku. Mungkin seronok juga kalau dapat kembali ke Adelaide. Teringat masa aku menuntut di UNISA dahulu.
“Kak Nom dah makan?” Sapa ku apabila Kak Nom membuka pintu untuk ku. “Sudah, Balqis duk tunggu Mike, dia tak nak makan.” Ujar Kak Nom lalu mengambil slink begku. Aku terus menuju ke ruang makan. “ Kenapa tak sentuh makanan tu?” soalku lalu menarik kerusi, duduk bersebelahan dengan Balqis. “Qis tunggu babahla, nanti takda siapa nak teman babah makan” Ujar Balqis sambil menceduk nasi ke pinggan ku. “Kalau babah lambat balik jangan la tunggu. Qis makan dulu. Teman Kak Nom.” Aku menyambut pinggan yang di sua padaku. Balqis hanya tersengih. “Qis, babah sibuk sikit sekarang, jadi jangan la tunggu babah kalau babah lambat, kan babah call kalau lambat". Aku menyuap nasi ke mulutku. “Yela, babah. Nanti Qis makan”. Pujuknya. Selesai makan aku membantu Kak Nom mengemas meja makan. “Kak Nom, saya busy la sekarang, terlalu banyak beban kerja, tu yang sampai malam baru balik, Kak Nom pujuklah Balqis suruh dia makan dulu. Kadang-kadang saya dah makan kat office”.Aku membantu Kak Nom mengelap pinggan yang sudah di cuci lalu di susun di rak pinggan. “Yela Mike, Akak cuba. Tapi Balqis tu degil, kalau dia kata dia nak tunggu, dia tunggu”. Ujar Kak Nom pula. Aku tinggalkan Kak Nom di dapur. Aku melangkah ke ruang tamu. Balqis sedang menonton TV. “Sayang, have you done your homework?” Tanyaku. Balqis mengangguk. “Anything you want to tell me?” Aku menduga. Aku rasa ada sesuatu yang dia ingin katakan padaku. Jika tidak masakan dia menanti aku pulang walau pun sudah sebegini lewat. “Next week, is mother’s day.” Tuturnya perlahan. “So…” sambungku. “Takda pa la, bah. Qis nak masuk tidor, assalamualaikum night bah”. Ujar Balqis ingin berselindung. “Nur Balqis Hidayah Bt Muhammad Firdaus Mikhail, come here, I know you want to tell me something. I don’t want assume anything bad, better you tell me, young lady”. Kata ku keras namun tidak tinggi nadanya. “Kat sekolah, nanti ada minggu kasih ibu, semua ibu kawan- kawan Qis datang, ada aktiviti untuk ibu dan anak. Tapi…” Penjelasan Balqis terhenti. Aku terdiam. Dia memandang wajahku meminta penjelasan. “Em, kalau babah yang pergi tak boleh ker? Soalku mendungu. “Boleh, babahkan ibu dan ayah Balqis. You are my everything.” Ujar Balqis lalu mendakap ku di ciumnya pipi ku kiri dan kanan. Dia tersenyum,namun aku tahu apa yang di fikirnya. “Dah jom tidor, babah teman kan Qis naik okay”. Kataku. Balqis ku selimuti. Dahi nya ku kucup. “Babah…” “Ya, sayang” “Kan best kalau Umi ada dengan kita.” Ujarnya jujur, matanya di tutup rapat, bantalnya di peluk erat. ‘Babah pun harap begitu Balqis’ tukas hatiku, terbayang wajah Tasha di ruang fikiranku.
…………………………..
V
“Macam mana boleh pending applications ni. I dah bagi tau you 2 weeks before”. Berang ku tidak terkawal, apabila aku mendapati permohonan untuk membida projek di South Australia masih pending. “Saya dah post application form ni lama dah En.Mikhail tapi tak tahu macamana boleh pending” Jawap Shawal gugup. “You tau kenapa, sebab you tak follow up. I tak kira apa pun terjadi. I want these applications must be confirm by today. Or…” Aku mengantung ayatku. Aku pasti Shawal mengerti erti tuturku. Aku menyemak profil syarikat multinasional yang membuka tender untuk projek di South Australia yang akan aku cuba lobi dan bida. ‘TSL Holdings Berhad’ bisikku sendiri. Besar syarikat ni, ramai pekerjanya. Aku perhatikan nama pengurus dan eksekutif yang bernaung di bawahnya. Carian ku terhenti, ‘Natalia Johnson Lois’. Nama itu agak biasa di bibir dan telingaku. Mungkinkah dia… aku terus menyelak pantas helaian prospectus itu. Natalia Johnson Lois, Research and Development Manager, based in Adelaide Australia. She graduates from University Of South Australia major in Acrchitecture and bulding survey. She has been pointed as R&D Manager since January 2011. Aku membaca profil Natalia perlahan. Aku tersenyum sendiri. Kemudian aku tertawa kecil. ‘Kecilnya dunia’. Ujarku. “Stop it Mike, that’s not funny” Ujarnya lalu satu tamparan kecil hinggap di lenganku. “Nope, it’s really hilarious dear. Common smile a bit.” Pujukku. “Kalau tidak di usiknya kita tidak bisa ya” Balasnya. “Bagimana bisa kamu memeluk laki lain, masakan tidak kenal teman laki mu sendiri” Usikku lagi. “Udah, malu aku sih”. Ujarnya berloghat Indonesia. Aku memeluk pinggangnya berjalan menyusur jalan di sekitar Pasar pagi. “ Kapan mau pulang ke Malaysia, aku akan rindu sama kamu” Katanya lalu menyuapkan aiskrim ke mulutku. Aku menelan aiskrim tadi sejuk rasanya. “ Bulan hadapan, apa kira kalau kau pulang bersama-sama aku. Bertemu Mama dan Papa ku”. Tanya ku pula. “Belum tiba masanya lagi sayang” Balasnya pula. “Bila lagi?” Tanyaku lagi. “Bila bulan bisa. bicara dengan Pungguk” tuturnya lalu berpaling meninggalkan ku. “Kalau bulan masih enggan” Dugaku. “Pasti pungguk akan terus merinduinya, sama seperti aku sama kamu” Katanya. “Yala, apa-apa sahaja Nat, aku akan paksa bulan agar bisa bicara”. Menuntun tangan nya mesra dan penuh kasih. Deringan telefon mematikan lamunan ku. “Hello…”

Thursday, 3 September 2009

Adakah ini jalan terakhir.(part 2)


Pagi yang hambar, kehidupan perlu di teruskan jua. Berat langkah Ayman, fikiran kian sempit. Jalan yang Ayman lalui kian kabur. Aku benar-benar dalam duniaku yang tiada penghuni. Langkah Ayman longlai. Tak bermaya di kerling handphone, sunyi. Adakah dia benar-benar nekad dengan keputusannya, dan Ayman akan akur dengan kehendaknya, tidak mempertahankan diri walaupun hati di luka begitu sekali. menjadi pemaaf dan melupakan semuanya, just start the new saga,its never too late. Tapi aku tak mampu. Aku tak mampu mahu menghadapinya. Sekali aku mencurahkan kasih ku tidak mungkin ia dapat di serap balik. Namun murah sangat kah diri ku ini yang ingin merayu membutuhkan cinta pada orang yang dah tak sudi. Ego...ku kian memuncak, takkan ku ulangi peristiwa semalam, takkan ku titiskan air mata dengan mudah kini. Aku perlu kuat, aku perlu tabah. Ayman terus menuju ke tadas untuk berwuduk dan solat subuh. Solat kali ini rasa begitu sayu. Ayman rasakan bagaikan dunia ini kosong dan hanya Allah sahaja yang maha kaya dan mengasih dimana kasihNYA tiada berbelah bagi. Tanpa sedar air mata gugur lagi, gugur kerana kesyahduan dan kehinangan pagi yang kian menganjak dan tegar meninggalkan ayman yang masih butuh kan keheninganya. Hari-hari yang mendatang Ayman rasakan bagaikan satu beban. Bagaimana aku ingin hidup tanpa dia.


Kali ini Ayman nekad, aku mesti call dia. Tak tahan rsanya menanggung marah dan kecewa. Hati Ayman di budak-budakan. Namun kegusaran ternyata benar apabila dia enggan menjawap panggilan Ayman. hati mana tidak merekah? Aduss terasa macam di permainkan. ayman tetap sabar dengan dugaan ini. Allah menguji hambanya kerana Dia sayang pada HambaNya. Adakah aku cukup kuat untuk di uji oleh Nya.

aku renung wajahku di cermin... tersenyum dan tertawa... aku di tibgaglkan oleh HAWA yang aku selalu pandang kecil. Padan Muka aku.... Aku bertanya pada diri sendiri adakah akau cukup tabah untuk semua ini.................



Adakah ini jalan terakhirku????




Bersambung...

Adakah ini jalan terakhir.(part 1)


Termenung seketika Ayman apabila menerima SMS daripada insan yang paling Ayman sayang. Fikiran ayman ligat berfikir...jauh dan akhirnya ayman sesat dalam fikiran ayman sendiri. Ayman baca sekali lagi SMS yang di hantar.... bagai tak percaya...ayman gamam tak tahu apa yang perlu ayman reply. satu dugaan daripada Allah yg berat bagi ayman. Mengapa pada aku Kau turunkan ujian begini berat?? Soalan yang bermain dalam kepala ayman hampir menyenakkan jiwa yang kian berkecemuk. Lama hand phone ayman di biarkan di tepi katil. tidak bersentuh...tiada pula SMS kedua daripadanya. Ayman masih berfikir apakah yag perlu di lakukan. Ayman bangun dari katil terus menuju ke tandas... wuduk ayman ambil..terasa sejuk air mengalir dari kelopak mata turun ke dagu meninitik ke lantai. segar dan dingin. Hanya Dia yang mampu menenangkan hati kecemuk ku. Ayman kerling kearah handphone, masih tidak seberang detik, tida sebarang SMS daripadanya. Apa yang difikirkan nya sekarang. Kalau aku dalam keadaan begini resah bagaimana pula dia? Ya Allah..sesungguh kau maha mengerti dan dan harus bagi sifatMu memperkenankan doa diri ku yang penuh dosa dan batil ini. namun pada siapa lagi harus ku pinta...Ayman terus menunaikan solat hajat 2 rakaat, istiqarah dan di sudahi witir penutup sunat malam. Al-quran di pinggir Ayman, ayman selak dan baca. Surah An-nissa menajdi pilihan...tenang apabila setaiap bait ayat keluar dari hati ditutur ke bibir. Mungkin dia masih menanti jawapan dari ku? Mungkin dia kini sedang hampa dan memerlukan diri ku? ADAM kamu bilang kamu kuat..tabah dan hebat.. sekuat mana kamu sekarang ADAM? Setabah mana kamu kini... kamu gugur.... rebah kerana kasih saorang HAWA. Ayman masih menung menongkat dagu...dalm kegelapan malam segelap perasaan dan fikiran ku. kenapa aku begitu lemah... atau tamparan ini terlalu kuat bagi diri ku ini? Aku megah menjadi ADAM bukan..namun kini adakah aku sekuat HAWA yang ku cintai kini? Apa yang mengalir di pipi ku ini... air mata ? masakan mungkin aku menitiskan air mata? tercalar ego ku... runtuh megah hati ku... aku ADAM... dan aku menitiskan airmata kerana HAWA... Betapa lemahnya kau ADAM. Ayman mencapai handphone, ayman sendiri tidak pasti adakah tindakan ini betul atau tidak...tindak yang akan mengubah keseluruhan perjalanan skrip hidup ayman. Tak kuat rasanya Ayman untuk menghubunginya. Lidah ayman yang Allah kurnaikan petah berhujah kini kelu... hanya SMS yang mampu ayman gagahi...Inbox ayman buka sekali lagi, SMS nay ayman baca perlahan, penuh hati-hati agar tidak tersalah erti. Bibir ayman terkumat kamit memebaca setiap patah isi SMS itu.. Sebak dalm hati... titis air mata turun lagi... mengigil jari jemari ayman untuk membalas SMS itu.. namun perkara ini perlu di selesaikan. Baik buruk kesannya adalh pilihan Ayman dan ayman akan menanggung semuanya. tiba masa untuk auman menjadi ADAM yang kuat..bertanggungjawab. SMS yang menggubah pendirian ayman.." Salam awak, sering kali awak bergurau ingin mencari teman baru mengantikan saya. Tapi saya tahu, itu sekadar gurauan dan sememangnya saya tahu awak gemar bergurau. Pernah awak tanya kenapa saya jatuh cinta pada awak? Dan saya tidak mahu menjawapnya.. keran saya tidak ada jawapan mengapa saya mencintaai awak. Namun sifat awk yang 'gila-gila' dan joke awak membuat saya tenang dan gembira bersama awak. sebenarnya saya tak suka apabila awk membandingkan diri awak dengan kawan2 lelaki saya yang dahulu, sesungguhny awak yang terbaik yang pernah saya kenal. Berat rasanya hati ini, mungkin dah tiba awak pergi... tinggalkan saya dan mulakan hidup lain bersama wanita lain..bikan kah itu gurauan awak yang selalu awak tuturkan? Pergilah... saya rela permergain awak." SMS yang dihantar itu benar-benar menyentap jiwa ku. Mengapa? mangapa begitu drastik sekali tingkahnya? Dia sudah bertemu lelaki lain dan aku di tinggalkan seperti sisa yang tidak berguna? Bergetar Ego Ayman.. Marah dan keliru....

Marah dan keliru....

Ayman meraub muka ayman yang basah, peluh dan airmata... Ayman tabahkan hati keypad handphone ayman taip satu persatu..." Soalan Yang sudah pasti jawapannya, keliru yang dah pasti puncanya, marah yang dah pasti redanya,rajuk yang pasti pujuknya tapi tindakan yang belum pasti hasilnya, fikiran yang tadak tahu warasnya, sebab yang tak pasti alasannya. Secara tiba-tiba? Ego saya meletakan awak di bawah kini... namun rasional saya menafikannya. Fikiran saya mengutuk awak, menghamun awak kini, manun cinta dan sayang tak penah lekang melindungi awak. Saya tak cukup KUAT, tamparan yang kuat yang buat ADAM ini jatuh. Rasional saya kian pudar. Namun sayang dan cinta tetap utuh...apa pun sebab dan alasan awak saya terima namun bukan saya redha..." Hati ayman bagaikan di hiris-hiris, namun tiap2 baik ayat ayman tuliskan tegar. Persoalan perlu di ungkai. teka-teki perlu di di jelaskan. Ayman merebahkan diri. Bantal di alas. Kepala di letakan sarat..padat... Tak mampu lagi ayman untuk menahan marah, keliru. Akhirnya ayman terlena...lena yang tidak pasti nyenyaknya..dan mimpi yang belum pasti indahnya....









Bersambung..................









Tuesday, 1 September 2009

Mengapa Kita berbeza?


Thank You Kat Meero...aku amik photo dia

Kami Adam
Dalam otak kami kaum adam ni terbahagi kepada beberapa kotak yang menempat beberapa benda yang berbeza dan saling tidak bergantungan. Dalam otak kami ada kotak yang khusus bagi setiap menda yang kami ada dan akan lakukan, sbg contoh ada kotak untuk kereta, isteri atau awek, kerja. kewangan dan yang pasti kotak2 ini tidak berkait anatra satu sama lain. Adam boleh spend modified kereta tanpa membiarkan anak dan isteri mereka kebuluran... apa yang lebih unik otak adam ada kotak dan dalam kotak itu pula ada bahagian2 yang tidak langsung menganggu gugat keadaan perjalanan otak secara keseluruhan. Dalam kotak awek, ada lagi bahagian untuk awek-awek mengikut tempat, atau pun kelawaan mereka dan sekali lagi ia bahagian ini tidak berkaitan dengan bahagian dalam kotak yang sama.sebaba itulah adam lebih sistematik dan rasional dari pada wanita. ia mudah untuk menggunakan otak nya kera telah di bahagikan kepada kotak-kotak kecil. Namun ada satu kotak yang paling di gemari oleh ADAM kotak itu di kenali sebagai kotak KOSONG... di mana kotak itu kosong dan mengambil ruang yang paling besar dalam otak ADAM. KOtak itu tiada ada apa dan ia kosong. adam bebas melakukan apa sahaja dalm kotak itu kerana ianya KOSONG... sebab itu pada satu ketika ADAM akan kelihatan BLANK....BLUR...atau wat tak tau jer... ini kerana mereka berada di dalam KOTAK KOSONG mereka...dan itu lah yang buat kami Genius.... kerana kami boleh memebuat idup yang tough ni jadi BLANK.... hawa tak leh wat... comfirm...




Kamu Hawa...

Otak hawa ni complicated sungguh... takda bahagian, ,mahupun kotak.. semua berselirat dan bersangkut antara satu sama lain... kalau kereta tak servis boleh menyebabkan anak tidak di ambil dari sekolah. sampai mcam tu sekali. Kerana terlalau berselirat jaringan dalam otak hawa, meraka selalu lupa. Selain itu meraka terlalu sensitif pada benda yang kecil. seperti bau perfume perempuan pada baju suami... dan kerana serabut jaringan itu sering JEM dan memnjadikan wanita cepat cemburu dan kurang rasional. Semua berkaitan.. ia berkait rapat dari dalam otak wanita itu sendiri.Otak wanita takda space untuk diri wanita itu sendiri. Link2 yang banyak lazim nya kan menghubungkan kepada SUAMI,ANAK,UMAH TANGGA,MAK MERTUA, JIRAN SEBELAH, RAKAN SEKERJA...dan link antara ini membuat kan mereka lebih Nosy... dan suka Mengumpat.. meraka tiada raung untuk diri mereka sendiri. so Mereka suka menumpang link perkara lain. seperti link SUAMi yang sibuk di sekat oleh persaan cemburu dan merosakkan fungsi SUAMI....Pernah tak tgk HAWA macam blank??? Blurr...tau kenapa kerana Networking kadang2 fail...dan system jadi down... tu la sebabanya...
Hawa perlu lebih terbuka mindanya... bukan hanya berada dalam cara yang lama. Namun.... walaupun tinggi manapun merak belajar atau tinggi mana pun jawatan mereka...otak mereka, mereak tetap tak boleh nak bagikan ikut partion otak meraka. sekali device corrupt...hang la semau sistem... seabab itu ramai wanita ni jadi kurang centere.....



Tulah dia perbezaan KAMI ADAM dan KAMU HAWA....












Ayman Siddiq