Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah

Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.

Tuesday, 7 June 2011

hatiku tidak sehebat sekeras Adam

Berkenalan dgn dia buat ayman berfikir panjang. Apa yang buat dia boleh bertukar dan berubah. Perkenalan yg tdak dh rancang. Hanya sekadar bertegur sapa akhirnya menjadi tman brtukar cerita. Kisah hidupnya yang membuat ayman berfikir sejauh itu dia boleh pergi. Mulanya ayman tidakla begitu tertarik untk mendengar dan mengenali dia hanya teman biasa yg ayman sering jumpa ketika membeli barang d kedai sbaneka 24 jam. Ayman yang sering singgah ke kedai itu mula tertarik dengan dia dan mula mahu mengenalinya lebih dekat. Dina itulah nama yang di beritahu pada ayman pada awal.perkenalan. Ayman menerima dina seperti teman yang lain. Walau pun dia nyata berbeza. Mulanya dia tidak mahu bercerita banyak.akan perihal hidupnya. Dan ayman juga tidak bercadang untuk teeus beeranyakan hal itu. Mungkin ianya agak peribadi baginya dan dia berhak untuk dihormati. Bila kami sering berborak tatkala ayman singah untuk.menbeli rokok dina nyata selesa untuk mula bercerita serba sedikit ttg dirinya. Dan ayman menghargai kejujurannya. Tak di nafilan pada awalnya ayman agak sukar untuk menerima akan diri dina. Namun lama kelamaan ayman buka sedikt penerimaan terhadap dina. Satu hari selepas selesai membayar bungkusan rokok dan malam tu tak ramai pula pelanggan yang singgah. Ayman mula berbicara,

Dina selesa dengan keadaan dina skarang?
Selesa...dina suka...
Bukan lebih baik jika kekal sperti asal?
Tak da beza pun...skarang ker dulu ker. Skarang dina lebih yakin.
Aik...knp ckap macm tu?
Sekarang dina boleh buat pa yang dina tak boleh buat dulu. Dina lebih.bebas...lebih di sayangi...
Kenapa dulu dina tak bebas ker?
Dulu tak...orang ejek dina..hina dina..kata dina macm2. Sekarang org tak kutuk dina.dina dah ada boyfren...ada kawan..
Tapi dina tak rindu ker nak jadi seperti asal dina...
Buat apa..ayman nak ke hidup di hina...di keji...sedangkan kita tak buat salah pun...
Ayman faham...ayman pun tak sanggup..tapi tidak terlalu drstik ker?
Ayman tak faham...ayman tak pernah rasa apa yang dina rasa...ayman bangga jadi adam..dominan..kuat..tp dina tak mampu..dina tak kuat..dina lemah...dina nyahhhh...
Jgn la ckp mcm tu...manusia ada kelebihan n kkurangan...dina kena percya pada qadaq n qadar...
Kalau tuhan betul syg kan dina knp dia buat dina macm ni....
Subhanallah dina..kufur menidakkan nikmat dan kurniaan Allah...
Dina lemas...rimas..kena.ejek.n.caci...sepupu dina sendiri liwat dina...rogol dina...bila dina ckap ngan ayah..dia kata ko tu jantan.. Biasala gurau kasar...tapi dina yang tangung... Bila dina mula minat masak... Ayah baling dina dengan periuk..dia kata dia malu ada ank jantan tapi daghal... Salah ker dina minat masak...minat jahit...itu jiwa dina...
Lepaa ayah mati.dina nekad dan lari dari kg. Kat sini takda orng nak hina dina...dina suka hidup macm ni...

Ayman terdiam mendengar cerita luahan dina..subhanallah...sesungguhnya Engkau maha mengentahui apa yang Engkau ciptakan...

Dina..ayman cuma nak dina fikirkan apa yang nk jadi pada dina nnti?.dina tuhan menjadikan hambanya untuk menyembahnya dan mengamalkan apa yang di khendaki... Allah tak pernah kejam pada hambany..keran Dia.Arahman n Arahim..mHa pengampun dosa besar.

Biarla dina...jika ayman dengan kebangaan ayman sbg adam biarla dina sng menyerupai hawa...biarla ayman tq sbb sudi nasihatkan dan berkongsi dgn dina...

Ayman berslam dan terus beredar...

Dina bukanlah cerita asing bg dunia! Adam yg ilang arah dn taksup menjadi hawa.kerana bosan atau tkanan dlm hdup sbgai adam. Renungkan

Monday, 6 June 2011

kembali kepada asalku

Agak lama ayman tak menulis...kesibukan kerja wat ayman lupa untuk menulis. Malam ni tiba2 rasa nak menulis pulak. Banyak yang berlaku pada ayman sejak kebelakangan ni.kekuatan ayman sbg adam benar2 di duga oleh Pencipta. Kalau nak di ikutkan rsa hati dan perasaan mahu ajer ayman amik tindakan yang bodoh. Mujur ada kawan2 dan keluarga yang banyak membantu ayman mengharungi.saat itu. Ayman bersyukur walau pun kehilangan cinta dan insan.yamg diharapka untuk mnjadi suri hidup ayman..ayman akhir sedar dlm hidup masih banyak insan lain yang masih syg pada kita cuma kita shaja yang kadang kala sedar. Terima kasih mama n ayah yg sentiasa faham dn berh dorongan pd ayman yang tak pernah kira bertapa byknya kesalahan dlam hidup ini yg telah di lakukan. Cuma khilangan insan yg telah miletakan arapan dan impian amat la menyakit. Ayman juga merasakannya
ayman kini sudah kmbali pd asal ku. Kmbali kpd keluarga n Allah. Krana apa yg di tentukan adalah Qadaq n qadarNya



ayman siddiq

melaka

Friday, 25 June 2010

Kekasih GelapKU


Somewhere area Seberang Jaya....

Aku: Nak p mana ni?
Kawan Aku: Kata nak p makan
Aku: Yala Nak Makan mana?
Kawan Aku: Kedai makan la, takan kedai ketuk radiator...
Aku: Cam Aram....(Jgn Gunakan Bahasa Ini)

So aku drivela ke kedai Mamak area Sunway Carnival

Aku: Ha Makan Sinila...
kawan Aku: Sini ker?
Aku: Yela kan kedai makan ni, bukan kedai ketuk radiator..
Kawan Aku: Haha..Ok

So Kami pesanla makanan

Mamak: Minum Pa?
Aku: Nescafe ais Kaw2 Kasi...
Kawan Aku: Teh O ais
Mamak: Makan?
Aku: Megi goreng tak nak kobes
kawan aku: Sama tapi mo Kobes...
Mamak: Ok..

So sedang kami tunggu pesan...kami tengok ada sorang marka ni bek punya dok sowang2.

Aku: Uiks Marka bek punya...
Kawan AKu: MAna2?
Aku: Tu belakang tepi peti ais
Kawan Aku: Marka Ka Peti ais haha...
Aku: Marka la turr
Kawan Aku: Masyuk juga bro, solo tu ada beran... pi la ayat....ang kan mat romeo
Aku: haha... ada la tu sat lagi balak dia sure mai...
Kawan aku: Ang takut, haha cakap ja besaq...
Aku: Cool man, not my style...

Order kami pun sampai... dengan lahapnya aku sapu abis megi goreng...

Aku: Fuhh lazat
Kawan Aku: Ahh Ang, bagi batu pun lazat..hahah
Aku: Cam aram ...
Kawan Aku: haha
Kwan aku: wey bro, balak di BLACK la...
Aku: pa, Black Mentor ka??
Kawan Aku: Black MenTor Kejdahnya... Black Man laa...
Aku segera toleh dengan rakusnya...
Aku: Mak ai Awang Black out la...
Kawan Aku: Ciss marka melayu, comey, putih cukup dapat kat Awang Black la.. Gugi....
Aku: la dah dia suka, awaat hang tu bukan cerah sangat pun... hahaha
KAwan aku: Mulut ada longkang tui, aku sawo matang...but aku melayu... tau..
Aku: MAMAK.. haha
KAwan AKu: HAha yala mamak melayu..
Aku tengok minah n Black dia tu, punya la gediks... hhaha bukan jeles.. but geli... haha..
Pastu aku tgk drang belah beriringan sambil si Awang ni duk peluk baik punya marka tadi, n si marka duk lentuk kat dada Awang blackout tadi....

Kawan aku: awat ha marka melayu la ni suka Negro la Indon la, Bangla la...
Aku: (diam) senyum nyalakan Rokok
Kawan aku: Tak cukup baik ka kita ni, rupa ada, malaysian lagi
Aku: 1 Malaysia Kot..HAHA
Kawan Aku: Pungkok la ..
Aku: Haha...satu reason ja...
Kawan aku: Awat
Aku: Aweks sekarang ni suma suka Import Goods. tak suka Local...
Kawan AKu: (....) so
Aku: So, Ko tu Local... Indon, bangla, negro tu IMPORT..
kawn aku: Hahah...
Aku n Kawan aku: INTERNATIONAL hahahha,,,,


So pas tu kami pun belah dari mamak stall tu, balik ke rumah. Lepas melantak Megi Goreng n Teh O Ais member aku terbongkang kat sebelah.
On da way tu aku pikir gerk kenapa ekk HAWA di malaysia ni mudah sgt terpengaruh... aku tak kata mamat negro tu jahat ka apa ka...tapi dah ramai kena jadi kurier dadah... kena tipu dek derang ni... tak sedar ker...atau ada benda lain yang ADAM takkan paham....hanya HAWA jer yang paham... Emm Entahlah...




Ayman Siddiq
ISM

Tuesday, 8 June 2010

Seponser ker tak??


Ayman: Ayah kalau orangg kawin janda ok tak?

Ayah: Kalau kau dah suka...

Ayman: Ayah tak kesah dapat menatu janda?

Ayah: Bukan aku yang nak kawin, kau yang nak kawin.

Ayman: Nanti dapat Cucu Tiri pulak...

Ayah: Cucu Tiri jumpa Sebulan tak sekali, ko yang nak jumpa anak tiri ko ari-ari...

Ayman: Kalau ayah jadi orang la janda macam mana yang ayah nak?

Ayah: Ko ni, aku pulak ko tanya ko yang nak kawin ker aku yang nak kawin....(ayah senyap)

Paling Kurang macam Rozita Che' Wan pun ok...(ayah Gelak)

Ayman: Like Fader Like Son...hahaha...Betul tak kesah nak kawin ngan janda ni, nanti orang

mengata ayah malu

Ayah: Kalau ko dah suke nak kawin ngan janda, lantak la apa orang nak kata. Lagi pun duit ko

bukan duit aku...

Ayman: Ciss soal duit lak...bukan ke makan ayah nak seponser...ker

Ayah : Ha'ah tapi tu pun kalau ko kawin dengan anak dara...

Ayman: Pulak dah?

Ayah: Ko nak aku seponser tak?

Ayman: Mesti la nak...

Ayah: So tak paham2....

Ayman: Hahaha....ayah...ayah...


(Sebenarnya parents susah nak terima jika anak teruna or dara mereka nak berkahwin dengan lelaki or wanita yang berstatus Janda Or Duda... Kerana takut di kata orang sekeliling...Namun jika hati dah berkenan...apa salah perkenan kan aja la permintaan anak...

Kawin anak dara sekarang masih samar kesahihannya....

Kawin janda dah terbukti KEJANDAANNYa...)




ayman siddiq

Institut sosial Malaysia




Monday, 7 June 2010

Cari Jodoh


Mama, orang dah abis pk dah ni, by hook or by crook i want to setle down la.... by next year for sure. Mama aku senyum jer, Nyindir nampaknyer. Aku masih merenung mukanya menanti jawapan. Duit cukup ker nak kawin? Soal mama, Bank Rakyat Ada...jawap ku. Dah cukup ilmu nak bimbing anak orang??...Mama Kan Ustazaah, sure leh tolong skit2 Ujar ku lagi. Mama senyum lagi. Dah ada harta nak sara ank orang? Tanya mama pula. Kenari sebijik..comfirm jer leh wat loan rumah kerajaan murah sikit. Plan ku lancar. Jangan fikir sedap jer nak kawin, tangungjawab macam mana dah ready nak pikul? Soal mama lagi, Orang tua, budak kena dera, budak kena buang bleh di bela ini kan pula nasib anak n isteri insyallah.Jawap ku lancar. kMama tersenyum lagi lebar, terdengar mama giggles skit. aku buat muka tegar jer. Dah ada calon, orang mana, family macam na? Soalan mama mematikan akal ku...Aku senyum lebar...tak da jawapan... mama memandang membutuhkan jawapan siapa kah calon menantu perempuan wanita sulungnya. aku masih gamam..Siapa tanya mama lagi? Tu yang masalahnya... takda lagi...hahah, nak suruh mama carik kan .... Aku tertawa besar sambil mencubit pipi mama... merah muka mama menahan marah dan geli hati... aku melangkah meninggalkan mama yang kegeraman dangan keletah anak terunanya.... aku bersiul lagu CARI JODOH dari wali band....



tapi jauh dalam hati aku ni....

masih tertanya milik siapakah hati ini......






ayman siddiq

Umbai Melaka

Kat Umah mama masa cuti last week...

Sunday, 6 June 2010

Awas Wanita Kini Lebih bahaya....

Jangan di sangka air tenang tak de buaya. Kini wanita amat bahaya berbanding kaum ADAM. Kebangkitan kaum HAWA ini adalah salah satu teori yang telah lama di ramalkan oleh DARWIN... kata Darwin Secara Lumrahnya, Female Ape akan bertindak agresif terutama ketika mate season dan ini menjadikan Female APEs akan mengganas. Maka keganasan kaum hawa ini telah ada secara fitrah cuma mereka saja nak menutupnya. kes keganasan rumah tangga buka sahaja membabit adam yang mencederakan hawa, tpi kini peratus si isteri memukul suami semakin tinggi. Jika tidak di dera secara fizikal, si isteri akan mendera secara halus... seperti tak nak masak, tak nak gosok baju, bersifat dingin dan yang paling nyata adalah bersifat amarah yang tak kena tempat. seksaaan mental di tambahkan teruknya apabila si isteri akan mula membebel tanpa henti secara total. Ini memaksa ramai suami menajadi kurang waras dan akhirnya bernikah satu lagi....
dan malangnya isteri kedua si suami juga adalah HAWA juga.



Bersambung....

Sunday, 23 May 2010

Air Mata ADAM


Meneroka dunia Adam adalah satu perkara yang sukar. Melihat dari kaca mata adam adalah subjektif. ADAM sering di takrifkan sebagai insan yang kuat, tabah, tekun dan cool. dan apabila sentuh pula tentang Hawa, sering di pandang Lemah, kebergantungan, dan emosional. Namun, ramai yang tidak sedar bahawa adam juga tidak lah seGah mana seperti gambarannya. AdaM mempunyai perasaan yang sukar untuk di tafsirkan. Air mata ADAM adalah perkara yang memalukan, mengaibkan apabila gugur. Namun sedar atau tidak air mata adam sering gugur tanpa di ketahui. Bukan mudah untuk menggugurkan air mata adam. adam akan bersifat ego, defensive, manupulative, mereka takkan menunjukkan kelemahan mereka di hadapan orang lain terutama hawa. tetapi adam tetap akan menggugurkan air matanya tanpa sedar adam itu sendiri. Menjadi kebiasaan dunia ADAM akan di lihat kuat, namun sekuat mana kah adam??
Hanya Hawa yang akan bisa mengubat duka si adam kerana itu lah fitrah kejadiannya. ADAM juga adalah insan biasa yang lemah secara fitrah dan asal kejadiannya namun, dunia telah meletakkan taraf adam yang tinggi dan menggalaskan satu tangungjawap ke atas bahu ADAM... dan seterus menjadikan air mata adam itu mustahil....




Ayman Siddiq

Sunday, 9 May 2010

Mencari sebahagian Dari Rusuk Mu ADAM

Gambar Hiasan...

"Tidak dijadikan dikau dari kepalaku untuk ku junjung,

Bukan juga dari kaki ku untuk ku injak,

Tapi dari rusuk ku, supaya dekat di hati untuk di sayangi, dan mudah untuk ku lindungi."



Adam dan hawa saling melengkapi. Kewujudan hawa dalam hidup adam menambahkan seri dan seterusnya melengkapi khidupan satu sama lain.


Dan dijadikan kamu berpasang-pasanagan dan betebaran la kamu di muka bumi Allah ini untuk mencari rezeki.


Hawa adalah insan yang amat istemewa. Dari rahim seorang HAWA akan lahir satu lagi insan lain kemuka bumi ALLAH ini. Maka hawa wajar di berikan satu layanan yang istimewa oleh diri mu ADAM. Memilih hawa untuk hidup adam bukan la mudah. Hawa adalah Wanita yang akan menghiasi hidup adam buat selamanya. Isteri di dunia adalah bidadari di syurga.


Mencari wanita bukanlah mudah, namun dengan cara yang betul adam pasti akan bertemu dengan sebahagian dari rusuknya. Wanita ini amat itu amat unik ciptaaannya. Ia boleh menjadi penyebab berlakunya sesuatu perkara...dan itulah fitrah kejadiannya.


wanita ini boleh di urai makna nya dengan menguraikan huruf2 yg membentuk perkataan wanita itu sendiri;


W- Wawasan- hawa yang mempunyai wawasan dan impian adalah hawa yang akan berpegang teguh pada pendiriannya


A-Akal- Hawa yang mempunyai akal fikiran yang waras dan baik bisa membezakan baik dan buruk dan akan menjaga maruah dah nasabnya


N-Nikmat- Hawa adalah Nikmat yang Allah kurniakan kepada ADAM, tatkala Nabi Allah AdAM kesorangan MAka ALLAH Jadikan HAWA dari Rusuknya sebagai teman dan Nikmat dari AllAH


I-Iman-"Jika kau berkahwin seseorang hawa itu kerana IMANnya nescaya kau akan bahagia"


T-Tabah- katabahan HAWA sungguh unggul, HAWA sanggup menanggug kesakitan ketika mengandung dan melahir dimana tidak dapat di tanggung oleh ADAM. Percayalah


A-Amanah- Hawa adalah AMANAH kepada ADAm, Jadi jangan ADAM persiakan.



MEncari Sebahagian Dari Rusuk ku adalah satu perjalanan yang jauh... dalam mencari yang terbaik adakah kita ADAM cukup baik untuk menanggung amanah ini? Mencari kebahagian dalam hidup ini memerlukan kesabaran dan DOA... Semoga HAwa kan menemui ADAM yang sesuai dan di takdir kan olehNya... dan ADAM carila HAWA yang kau rasakan sesuai untuk mu...



Ayman Siddiq

Friday, 30 April 2010

Mencapai separuh dari agama mu.


Setiap manusia di muka bumi Allah ini pasti ingin mempunyai keluarga dan bahagia. Namun ada juga di kalangan kita yang masih lagi belum berkesempatan untuk mengecapinya. Ada sahaja masalah yang timbul apabila mula niat itu terbit dari sanubari. Halangan yang datang kadang kala melemahkan semangat untuk meneruskannya.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh penganalisis bebas, rata-rata 4 dari 10 wanita di Malaysia masih belum berumah tangga dan angka itu kian membesar saban tahun. Manakala 2 dari 10 lelaki di Malaysia pula lebih suka hidup membujang. Apakah faktor terjadinya fanomena ini?. Suka saya untuk ingatkan posting ini bukanlah satu kajian fakta yang benar, ia adalah daripada pemerhatian dan pengamatan saya sebagai ADAM.

Pelbagai alasan dan faktor dapat di berikan dalam menyokong kenyataan saya ini, melalui pemerhatian dan pengalaman saya faktor ini boleh di bahagikan kepada 3;


1. Faktor Diri


2. Faktor Persekitaran


3.Faktor Ekonomi.



FAKTOR DIRI.


"Kita mungkin boleh membawa kuda ke kolam, namun tidak mungkin memaksa ia untuk minum"


Satu ungkapan Inggeris yang telah di alih bahasakan, sering kita dengar. Setiap manusia bersifat individualistik dan unik. Satu manusia tidak akan sama dengan manusia yang lain. Sejauh mana keinginan individu untuk berumah tangga dan berkeluarga tertakluk kepada diri mereka sendiri. Namun rata-rata individu yang saya jumpa dan bertanyakan perihal ini sering menjawab mereka tidak bersedia dan tidak mampu untuk memikul komitment selepas berumah tangga. Mereka merasakan hidup mereka akan terkongkong. Bagi saya Pucuk Pangkalnya HATI. Kesedian kita untuk bergelar suami atau isteri bermula dengan keinginan dan niat. Kalau memang tak pernah terlintas untuk kearah itu kita maka selamanya kita tidak akan bersedia. Ketika kita mula melangkah pada usia 1-2 tahun, kita sememangnya belum bersedia. Jika boleh di tanya pada kanak-kanak itu, pasti mereka enggan berjalan dan lebih suka di dukung. namun mereka mesti berjalan kerana itu ada peringkat azali yang kita harus lalui. Keyakinan diri perlu di bentuk. Posting saya yang terdahulu Mencari isteri buat ADAM dan Suami Buat HAWA, telah saya huraikan pengertian SUAMI DAN ISTERI. Maka jelaslah diri sendiri adalah salah satu faktornya. pengalaman silam juga adalah satu dari pada faktor dalam diri yang mempengaruhi keputusan. Mungkin kita pernah di kecewakan dan ini menjadi sebab tidak mahu berkahwin, namun seperti saya katakan tadi, setiap individu itu berbeza.



FAKTOR PERSEKITARAN


"Jika kau berkawan denagn tukang pembuat minyak wangi, nescaya akan terpalit haruman di bajumu, dan jika kau berkawan dengan tukang besi, nescaya akan berlubang bajumu terkena percikan api".


Why u nak kawin ngarut jer... tgk macam I single takda sapa nak larang, kalu nak "BENDA TU" ala berlambak kat luar, nak melayu, omputih, siam semua ada. Ehh..takk bosan ke "MAKAN" "LAUK" sama setiap ari? tersentap tak bila dengar ada kawan-kawan kita yang mengeluarkan statement macam tu apabila kita nak menyuarakan hasrat untuk berumah tangga? Apa yang di maksudkan oleh perkahwinan, kahwin ni semata-mata nak sexs sahaja ker? SALAH sungguh anggapan demikian, sesungguhnya perkahwinan ini lebih dari itu.perkongsian dua jiwa yang akn melayari bahtera kehidupan. Jadi sememangnya kawan2 dan persekitaran ini akan menerencatkan niat anda untuk berkahwin, denagn berita2 kes cerai berai yang tak abis. lagilah mengigil perut nak kawin. tapi jgn kuatir jika tulus niat kita mka akan di permudahkan oleh ALLAH.



FAKTOR EKONOMI


"Kalau U Nak kawin ngan I, hantaran yang papa I mintak just 20 K jer... plus belanja hangus 10K jer boleh kan B??'


Sound familiar?? hantaran... belanja hangus...dan dulang2nya.... saya pun seram sejuk juga mendengarnya. Bajet majlis, katering, pelamin,bilik tidur, baju, door gift macam2 lagi la. Kalu macam ni baik tak kawin....

ekonomi yang kian sesak ini makin ramai la yang tak kahwin, mana taknya satu majlis makan belanja berpuluh ribu. Tak boleh la nak salah kan sapa2 sememangnya majlis pekahwinan kini amat tinggi belanjanya. Namun ia boleh di atasi dengn muzakarah.

Hawa jangan la minta hantaran yang tinggi2 melampau. Saidina Ali berkahwin dengan Fatima Al Zahara just hantaran CICIN BESI jer. tapi tu zaman dahulu, kalu kini trend hantaran 10k, minta sahajala 10 k. Insyallah cukup, Kita perlu ingat kehidupan selepas perkahwinan, bukan majlis shaja. Kalau dah nak kawin pinjam berpuluh2 ribu di bank nnti dah kahwin yang nak bayarnya kan kita juga. takkan la nak di birth certificate anak nnti ada cop hak milik bank pulak. so rancang ekonomi dan perbelanjaan anda. jangan ikut sedap jer berbelanja untuk majlis perkahwinan.



Kesimpulanya. ...

Mencari separuh dari agamamu adalah sunnah. Berkahwin la dengan wanita dan lelaki yng baik2. nescaya akan bahagia. rancang perbelanjaan perkahwinan dan ekonomi selepas perkahwinan. Perbincangan adalah kunci kepada penyelesaian masalah. Yang penting rujuklah IBU DAN BAPA sebelum membuat sebarang keputusan. mudahan rancangan anda untuk berumahtangga akan di mudahkan OLEH ALLAH dan mendapat sponser dari IBU N AYAH.



INSAYALLAH





Aymas Siddiq