Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah

Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.

Friday, 30 April 2010

Mencapai separuh dari agama mu.


Setiap manusia di muka bumi Allah ini pasti ingin mempunyai keluarga dan bahagia. Namun ada juga di kalangan kita yang masih lagi belum berkesempatan untuk mengecapinya. Ada sahaja masalah yang timbul apabila mula niat itu terbit dari sanubari. Halangan yang datang kadang kala melemahkan semangat untuk meneruskannya.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh penganalisis bebas, rata-rata 4 dari 10 wanita di Malaysia masih belum berumah tangga dan angka itu kian membesar saban tahun. Manakala 2 dari 10 lelaki di Malaysia pula lebih suka hidup membujang. Apakah faktor terjadinya fanomena ini?. Suka saya untuk ingatkan posting ini bukanlah satu kajian fakta yang benar, ia adalah daripada pemerhatian dan pengamatan saya sebagai ADAM.

Pelbagai alasan dan faktor dapat di berikan dalam menyokong kenyataan saya ini, melalui pemerhatian dan pengalaman saya faktor ini boleh di bahagikan kepada 3;


1. Faktor Diri


2. Faktor Persekitaran


3.Faktor Ekonomi.



FAKTOR DIRI.


"Kita mungkin boleh membawa kuda ke kolam, namun tidak mungkin memaksa ia untuk minum"


Satu ungkapan Inggeris yang telah di alih bahasakan, sering kita dengar. Setiap manusia bersifat individualistik dan unik. Satu manusia tidak akan sama dengan manusia yang lain. Sejauh mana keinginan individu untuk berumah tangga dan berkeluarga tertakluk kepada diri mereka sendiri. Namun rata-rata individu yang saya jumpa dan bertanyakan perihal ini sering menjawab mereka tidak bersedia dan tidak mampu untuk memikul komitment selepas berumah tangga. Mereka merasakan hidup mereka akan terkongkong. Bagi saya Pucuk Pangkalnya HATI. Kesedian kita untuk bergelar suami atau isteri bermula dengan keinginan dan niat. Kalau memang tak pernah terlintas untuk kearah itu kita maka selamanya kita tidak akan bersedia. Ketika kita mula melangkah pada usia 1-2 tahun, kita sememangnya belum bersedia. Jika boleh di tanya pada kanak-kanak itu, pasti mereka enggan berjalan dan lebih suka di dukung. namun mereka mesti berjalan kerana itu ada peringkat azali yang kita harus lalui. Keyakinan diri perlu di bentuk. Posting saya yang terdahulu Mencari isteri buat ADAM dan Suami Buat HAWA, telah saya huraikan pengertian SUAMI DAN ISTERI. Maka jelaslah diri sendiri adalah salah satu faktornya. pengalaman silam juga adalah satu dari pada faktor dalam diri yang mempengaruhi keputusan. Mungkin kita pernah di kecewakan dan ini menjadi sebab tidak mahu berkahwin, namun seperti saya katakan tadi, setiap individu itu berbeza.



FAKTOR PERSEKITARAN


"Jika kau berkawan denagn tukang pembuat minyak wangi, nescaya akan terpalit haruman di bajumu, dan jika kau berkawan dengan tukang besi, nescaya akan berlubang bajumu terkena percikan api".


Why u nak kawin ngarut jer... tgk macam I single takda sapa nak larang, kalu nak "BENDA TU" ala berlambak kat luar, nak melayu, omputih, siam semua ada. Ehh..takk bosan ke "MAKAN" "LAUK" sama setiap ari? tersentap tak bila dengar ada kawan-kawan kita yang mengeluarkan statement macam tu apabila kita nak menyuarakan hasrat untuk berumah tangga? Apa yang di maksudkan oleh perkahwinan, kahwin ni semata-mata nak sexs sahaja ker? SALAH sungguh anggapan demikian, sesungguhnya perkahwinan ini lebih dari itu.perkongsian dua jiwa yang akn melayari bahtera kehidupan. Jadi sememangnya kawan2 dan persekitaran ini akan menerencatkan niat anda untuk berkahwin, denagn berita2 kes cerai berai yang tak abis. lagilah mengigil perut nak kawin. tapi jgn kuatir jika tulus niat kita mka akan di permudahkan oleh ALLAH.



FAKTOR EKONOMI


"Kalau U Nak kawin ngan I, hantaran yang papa I mintak just 20 K jer... plus belanja hangus 10K jer boleh kan B??'


Sound familiar?? hantaran... belanja hangus...dan dulang2nya.... saya pun seram sejuk juga mendengarnya. Bajet majlis, katering, pelamin,bilik tidur, baju, door gift macam2 lagi la. Kalu macam ni baik tak kawin....

ekonomi yang kian sesak ini makin ramai la yang tak kahwin, mana taknya satu majlis makan belanja berpuluh ribu. Tak boleh la nak salah kan sapa2 sememangnya majlis pekahwinan kini amat tinggi belanjanya. Namun ia boleh di atasi dengn muzakarah.

Hawa jangan la minta hantaran yang tinggi2 melampau. Saidina Ali berkahwin dengan Fatima Al Zahara just hantaran CICIN BESI jer. tapi tu zaman dahulu, kalu kini trend hantaran 10k, minta sahajala 10 k. Insyallah cukup, Kita perlu ingat kehidupan selepas perkahwinan, bukan majlis shaja. Kalau dah nak kawin pinjam berpuluh2 ribu di bank nnti dah kahwin yang nak bayarnya kan kita juga. takkan la nak di birth certificate anak nnti ada cop hak milik bank pulak. so rancang ekonomi dan perbelanjaan anda. jangan ikut sedap jer berbelanja untuk majlis perkahwinan.



Kesimpulanya. ...

Mencari separuh dari agamamu adalah sunnah. Berkahwin la dengan wanita dan lelaki yng baik2. nescaya akan bahagia. rancang perbelanjaan perkahwinan dan ekonomi selepas perkahwinan. Perbincangan adalah kunci kepada penyelesaian masalah. Yang penting rujuklah IBU DAN BAPA sebelum membuat sebarang keputusan. mudahan rancangan anda untuk berumahtangga akan di mudahkan OLEH ALLAH dan mendapat sponser dari IBU N AYAH.



INSAYALLAH





Aymas Siddiq