Kita sering mengucap kata cinta dan sayang..namun sejauh manakah kita memahami akan erti perkataan itu, kadangkala kita lupa kerana terlalu mudah untuk mengukapkannya,akan nilai sbenar cinta dan kasih sayang.kita sering mangkhianati org yang kita panggil syg,dengan tindakan yang tidak sepatutnya.adakah ini cinta yang kita titirkan,ungkapan yang manis di bibir namun kelat di hati?
walau apa pun cinta dan syang adalah kurniaan yang Esa yang tidak perlu di sia kan
Ayman Siddiq
Juru.Penang
Sedikit sebanyak mengenai kaum adam, mengenai kehidupan, kerjaya, percintaan dan pemikiran kaum adam. Situs ini hanyalah perjalanan hidup ku Ayman Siddiq di sebalik nama dan cetus pemikiran ku. Kehidupan dan harapan ku sebagai lelaki. Satu situs di mana Ayman Siddiq akan mengungkai misteri diri dan kaum Adam.
Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah
Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.
Saturday, 26 December 2009
Wednesday, 16 December 2009
Mencari ISTERI bagi ADAM dan SUAMI bagi Hawa...

Menjadi cita-cita bagi setiap pasangan yang bercinta untuk mengakhirinya dengan ikatan perkahwinan. Ikatan yang menghalalkan yang haram selama ini. Namun sering kali kita dengar perkahwinan yang di bina hanya kekal sementara dan musnah di tengah jalan. Alasan yang selalu di terima, tidak sehaluan atau si dia berbeza dari dulu. Walauapapun alasannya kita harus sedar membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukanlah mudah. Walaupun usia percintaan mungkin mencapai 5-10 tahun kadangkala kita masih juga gagal untuk mengenali pasangan masing-masing. Kerana apabila berkahwin kita akan tinggal sebumbung dan menghadapi pelbagai rintangan bersama. Pada usia 1-3 tahun perkahwinan, pasangan akan menghadapi sedikit cubaan dan pergolakan kerana ini adalah dalam proses penyerapan buadya. Jika berjaya mengharungi Fasa ini perjalanan rumahtangga akan jadi lebih stabil dan mudah. fasa kedua ialah pada usia perkahwinan 5-10 tahun, dimana anak-anak sedang membesar dan faktor ekonomi menjadi masalah utama pada masa ini. Jika perbelanjaan dan ekonomi tidak di catur dengan baik maka perjalanannya perkahwinan itu akan berjalan dengan tidak baik. Dan ini adalah satu faktor yang menyumbang kepada kegagalan rumahtangga. Fasa terakhir adalah fasa di mana usia perkahwinan menganjak kepada usai EMAS. 20-30 thun, apabila anak-anak sudah dewasa dan pasangan emas ini tinggal sendirian, pada usia ni kadangkala Adam mudah bosan dengan kehidupanya yang hampir mencapai tahap self esteem atau kepuasan hidup mengikut teori Maslow. Maka mudahlah si ADAM mencari perkara-perkara yang baharu dalam hidupnya. Kadangkala tindakan ini mendatangkan rasa kurang senang pada HAWA. Jika perkara ini berlanjutan maka penceraian pasti berlaku. Tidak hairan jika pada usai 60-70 tahun masih lagi ada talak di gugurkan.
Bagi Ayman kunci untuk mencari SUAMI DAN ISTERI yang ideal adalah terletak pada perkataan ISTERI DAN SUAMI itu sendiri. Biar Ayman leraikan huruf yang membentuk perkataan SUAMI DAN ISTERI.
SUAMI:
S- Soleh
Menjadi tunggak utama rumah tangga di mana ADAM perlulah bersedia dari mental dan fizikal dan menyerahkan hidup dan mati nya pada ALLAH SWT. Sebagai Ketua RumahTanggan ADAM perlu bijak memimpin dan ini perlukan landasan yang benar, apalagi kalau bukan ALQURAN dan ALSUNNAH.
U-Unggul
Sebagai Pemimpin keluarga, ADAM perlu menpunya keperibadian yang Unggul dalam membentuk keluarga yang Sakinah.
A-Amanah
Hawa adalah Amanah yang di berikan kepada ADAM, dan hendaklah di jaga olehnya dengan Nyawa dan Hartanya.
M-Memahami
ADAM perlu bersifat memahami, memahami kehendak HAWA sebagi isteri dan keluarganya. kerana HAWA ini bersifat lemah dan ber emosi.
I-Iman
Dan Kunci kepada kebahagian rumah tangga yang terbaik adalah IMAN. Kerana IMAN adalah mutiara dalam hati manusia dan ini adalah perlu dibajai dengan AMal dan keikhlasan.
ISTERI:
I- Ibu
Hawa yang di pilih sebagai isteri akan menjadi ibu kepada anak-anak kelak. kualiti ibu perlu ada lah diri setiap HAWA.
S-Solehah
Sama seperti ADAM, Hawa juga perlu solehah dan berpegang teguh pada tali ALLAH
T-Tabah
Hawa perlu tabah, tabah menerima semua dugaan yang di berikan. Tabah dengan perangai si ADAM yang kadangkala kurang menyenangkan
E- Emosi
Kadangkala Hawa sering bersifat EMOSI, jadi kurangkanlah EMOSi anda. tapi ini akan di seimbangkan dengan sifat MEMAHAMI si ADAM
R-Redha
Dalam perkahwinan HAWA perlu redha dan menerima keadaan si ADAM dan perkahwinannya.
I-Iman
Iman adalah kunci kepada kejayaan, kerana dengan IMAN kita mampu mengharungi dengan lebih baik
Maka jika berjaya menjadikan rumahtangga yang mapan dan berjaya ia akan melahir ANAK-ANAK yang baik, soleh dan berakhlak mulia...
Dan penting bagi ibu bapa mengerti pengertian ANAK itu sendiri...
ANAK:
A-Anugerah
Anak adalah anugerah Dari ALLAH yang perlu di hargai
N-Nikmat
Anak juga Adalah Nikmat bagi Setiap perkahwinan jadi jangan persiakan
A-Amanah
Anak adalah amanah daripada Allah, dan jangan la kamu mengkhianatinya
K- Kasih Sayang
Anak adalah lambang kasih sayang antara Suami dan Isteri. Dan Anak juga membutuhkan kasih sayang dari pada ibu dan bapanya.
Sesungguhnya ikatan kasih sayang antara ADAM dan HAWA ini adalah satu ikatan yang suci, Dan jika anda memilih untuk mendirikan rumah tangga, pilih lah dengan bijak, SUAMI Buat HAWA dan ISTERI Buat ADAM
Ayman Siddiq
Subscribe to:
Posts (Atom)