Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah

Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.

Wednesday, 7 October 2009

Tasbeh Kasih


Satu


Nuqman dan Liza saling berpandangan. Mereka kaget, nyata bapa Liza tidak senang dengan keputusan mereka. "Kalian yakin dengan keputusan kalian ni" Soal Syed Rashid. " Itulah yang saya cuba katakan pakcik, saya memang nak menikah dengan Liza." kata Nuqman agak tergagap. Mata Syed Rashid merenung tepat anaknya. "Kamu Sharifah Fartisha Faliza, sememangnya memilih Nuqman ni sebagai Suami kamu?" Soal Syed Rashid kepada Liza pula. Liza mengangguk perlahan. "Saya bukan tak setuju perkahwinan kamu. Tapi belum ada lagi keluarga kami yang berkahwin dengan berlainan nasab". Tukas Syed Rashid. Nuqman dan Liza saling berpandangan. Paham benar dengan maksud kata Tuan Syed Rashid. Sesungguhnya percintaan mereka tidak akan direstui dan perkahwinan mereka semakin mustahil. "Kenapa soal nasab jadi taranya?' Liza terketar-ketar mempersoalkan tutur Abinya. Wajah Syed Rashid merona merah, jelas dari wajah nya yang nyata putih kemerahan. Setahunya anak gadisnya tidak pernah mengingkari arahannya selamanya, sudah tentu Nuqman benar-benar di cintai oleh anak gadisnya. Sharifah Balqis tenang di tempat duduknya. Dia paham akan kehendak anaknya dan perasaan suaminya. Dia sendiri pernah mengalami peristiwa ini, apabila abinya menentang hubungan cintanya dan di perintah untuk bernikah dengan Syed Rashid. Dia mulanya memberontak seperti anaknya namun akur juga dengan keadaan yang kian memaksanya, dan kini perkara yang sama berulang kembali di depan matanya. "Kalian semua masih muda, masih cetek dalam hal cinta, saya akui keberanian kamu Nuqman bersemuka dengan saya, namun tindakkan kamu tidak mendatangkan makna kepada saya dan keluarga saya. Menjadi tanggungjawab saya sebagai Walid dan Wali Liza mencari dan menjodohkannya,dan jelas sebagai anak dia perlu patuh dan akur dengan keputusan saya". Nada Suara Syed Rashid kian meninggi. Jelas akan maksud percakapannya. Kelu lidah Nuqman. Tidak berani dia menentang kata Syed Rashid, dia akur dengan alasan kukuh Syed Rashid. Sememangnya sebagai wali Syed Nasir berkuasa menentukan jodoh anak gadisnya. Liza kian terdesak, ingin dia memberontak, namun iman di dada masih utuh, derhaka padahnya kalau menentang kata Abinya. Matanya tertumpu pada uminya. "Umi, tiada apa yang umi boleh katakan?" Pujuk Liza beralih kepada Uminya."Putih kata abimu, putihlah kata umi. Dia suamiku dan taat itu pemberian ku kepadanya" Perlahan tutur Sharifah Balqis. "Kalian masih muda, yang kalian rasai kini bukan cinta, tapi nafsu semata. Tiada yang indah dalam percintaan kalian, hanya janji dan impian anak-anak kecil" kata Syed Rashid. Nuqman tertunduk, nyata betapa tidak setujunya Syed Rashid dengan cintanya. "Bagai ingin telarai nyawa saya dari badan setelah mendengar kata-kata tuan. Kelu lidah mak bertutur jika cinta kami di perkecilkan. Bijak tuan memilih kata, tusukan kata membisa di hati, tapi tidak membunuh malah semakin semarak cinta ini". Ungkap Nuqman satu persatu. Syed Rashid kagum dengan Nuqman. "Saya hargai keberanian kamu bersemuka dengan saya, tapi tindakan kamu tidak memberi kesan kepada saya, keluarga dan keputusan saya." Syed Rashid berat untuk mengakui, jika pemuda ini se-nasab dengannya sudah tentu pemuda ini di pilih menjadi calon menantunya, tapi maruah keluarga ada lah galasan berat baginya. Nuqman bangun dari duduknya. Tangan di hulukran dan di sambut oleh Syed Rashid." Tiada siapa yang menyangka Balqis yang menyembah matahari menjadi ratu Sulaiman Nabi Allah, sesungguhnya saya amat mencintai Liza. Saya mencari cinta dan bertemu Liza. Kalau di takdirkan di Loh Mahfuz Sharifah Fatisha Faliza isteri saya maka itulah ia". Ucap Nuqman perlahan menusuk hati Syed Rashid. Jabatan tanggan di lepaskan, Nuqman berundur bukan bermakna tewas, tapi memberi ruang bagi Syed Rashid bernafas. Nuqman semakin hilang dari pandanngan Syed Rashid. 'Hanya maut yang akan memisahkan kalian'.

..................................................................

Tuesday, 6 October 2009

Aawak Sayang saya tak??

***Awak sayang saya tak?
** Mesti La Sayang kalau tak takkan saya kawin dengan Awak
*** Apa yang buat awak sayang kat saya?
** kena ada sebab ker?
***Mestilah semua benda mesti ada sebab
**kalau saya kata tak ada sebab saya sayang awak amcam?
***Mmg awak tak sayang saya. saya mintak pun awak jarang nak bagi, kedekut
**kena buktikan pakai wang ker?
***(diam)
**(senyum)

di takdirkan oleh ALLAH si isteri (***) mengalami kemalangan jala raya yang teruk, wajahnya cedera teruk, kaki nya lumpuh, dia terlantar. sukar untuk dia berkata-kata.


** Asalamualaikum
***(angguk saja)
**(Duduk di sebelah lalu maraih tangan isterinya)
***(Pejam mata sedih)
**Ingat tak dulu awak pernah tanya apa sebab saya sayangkan awak?
**(sambung) saya jawap tiada sebab saya nak sayang awak, awak marah, merajuk.
**(tarik nafas panjang) sesungguhnya sememangnya tiada sebab saya mencintai awak. Jika saya saya awak kerana kecantikan awak, lihat kini wajah awak cedera teruk, namun saya tetap sayangkan awak, jika saya sayangkan awak kerana suara awak, kini awak dah tak mampu nak bercakap pun. Dan kalu saya sayangkan awak kerana cantik gaya jalan awak, kini awak dah lumpuh. Tapi demi Allah saya masih sayang dan cintakan awakl sepenuh hati saya. Kerana Cinta dan sayang pada awak ikhlas dari hati dan nikmat kurniaan tuhan.
***(Menangis teresak-esak)
**Kini saya akan belanjakan semua duit dan harta saya untuk awak. kerana awak lah harta saya yang paling bernilai dalam dunia ini.
**(si suami mengucup tanggan si isteri)***(mengenggam erat tanggan suami, terasa hangat air mata suami mengalir membasahi tangganya)

Sayang saya tak?

Termenung Hassan merenung ke luar jendela. Asap berkepul-kepul di hembus keluar mengabusi sekitarnya. Perlahan dia mencapai dompet di atas rak di tepinya. Di bukanya, perlahan di menyelak celah-celah dompetnya. Hassan menggelengkan kepalanya. " Awak sayang saya tak?" Soalan itu sering muncul dari mulut Aishah acap kali mereka keluar bersama. Dan setiap kali soalan itu di aju, setaip kali itu juga la Hassan akan menjawap dan tersenyum kambing. "Mestila sayang" lalu menghulurkan dompetnya kepada aisyah. Itu lah yang akan berlaku saban kali soalan yang paling di benci oleh Hassan "Awak sayang saya Ke Tak"?

Kenapa perlu ukur sayang pada wang dan harta. Mangapa kalau tidak belanja tak sayang ker? Fikir Hassan, marah pula rasanya pada aishah. "Lain Kali kalau dia guna taktik sama aku takan terpedaya. aku akan jawap, sayang tak semestinya kena bagi apa yang awak nak." tekad di bulatkan . Hassan akan buat apa yang dia fikirkan patut. Kali ini dia pasti yang dia tidak akan termakan lagi pujuk si Aishah, dan tidak akan ada duit yang akan keluar dari dompet BEN-10 nya. Hassan tetap dengan pendirianya. Esok aku takkan terpedaya lagi.

"Aloo ling, kita keluar dinner malam ni ok tak" Terdengar suara halus di corong telifon. "Kali ni Esah belanja, esah baru masuk gaji" Kata Aishah selepas tiada respon di hujung talian." Yela kat maner?" Kata hassan pula. "ALAMANDA" Jawap esah ringkas. Maka mereka pun berjumpalah dan makan malam bersama. Hassan menetapkan jiwanya agar hari ini tidak akan ada duit yang keluar dari wallet BEN 10 nya. Benar malam itu Aishah yang belanja makan malam mereka. Terukir senyuman di bibir Hassan. Mereka pun berjalan seperti pasanagn bercinta yang lain berpimpinanan tanggan dan bermesra. Tiba di satu shop lot, Aisyah mula membelek barang-barang di dalamnya. hassan mula berpeluh. dompetnya mula berdenyut-denyut. "Ling, cantik la bag ni." Aisyah memulakan mukadimah nya. Hassan buat keras aja. Pura-pura tak dengar. Kena dengan baju yang Ling belikan ari tu. 'Belikan ke kana paksa belikan' gerutu hati hassan. Hassan Masih buat kearas. kelu tanpa sebarang kata. "Ling, sayang saya tak?" Pancing si Aishah sambil mengosok-gosok lengan hassan. Adakah kali ini Hassan akan termakan pancing Aishah?.

Lama Hassan terdiam. Sekali lagi aishah tekan ayat yang sama. "ling sayang saya tak ?" Kali ini dengan lebih manja lagi. " Berapa?' Soal Hassan Tewas. Tak mampu dia melihat Aishah di hampakan begitu sahaja. Akhirnya Not 100.00 terbang juga darai wallet BEN -10 nya. Tapi wajah hassan puas melihat senyuman terukir dari wajah Kekasih hatinya. 'Kali ni jer, next time tak bagi peluang bisik ati Hassan.

Kerana Sepinggan CharKuey Teow Permatang PAuh.


"Welcome to Penang", Aku senyum menyambut teman wanita kawan yang tersipu di pinggir kereta. Yang lain turut tersenyum dan tergelak besar. Kami bertemu di Stesen Minyak Caltex di Seberang Jaya. Gamat seketika terdengar suara kami di sudut tepi kawasan rehat di sana. "So nak pergi mana pas ni?'" Soal Ikhwan.... " Kita perkena Char kuey teow la... sampuk murni pantas. Kami berpandangan.." biaq betui?' Soal Alamz meminta kepastian. "Za, nak makan Char Kuey Teow la". Kata Murnie lalu tertawa. Kami turut tertawa. Kami mengangguk paham. Perjalanan ke Permatang Pauh dari Seberang jaya tiadak la jauh sangat. Sampai ke kedai yang di maksudkan, kami mengambil tempat di sebuah meja yang panjang kerana bilangan kami yang ramai. Jadi, datang la pelayan mengambil pesanan. oleh kerana aku sudah kenyang aku cuma memesan Kopi Ais sahaja. Manakala Alam, Acai , Wan dan Nor memesan Kuey Teow yang agak terkenal di sekitar Penang. Maka Murni pun memesan Kuey Teow besar untuk Za. Setelah beberapa ketika, sampaila pesanan kami.Kami pun makan la dengan penuh berselera. Namun alangkah terkejutnya, apabila za menyuapkan Kuey Teow ke dalam mulut Murnie. Kerana semenjak kami berkawan dari kolej 2003 sampai 2009 ni tak pernah kami lihat murni makan kuey teow, kalu dulu di ajak pun dia pasti enggan. Kini kami tergamam melihatnya. Kami berpandangan. Si acai dah terkeluar Kuey Teow dari mulutnya. ALam dah menahan gelak, Tiba kepada aku, aku terus gelak besar. Tersipu-sipu murni kena kutuk dengan kami. Dia kata "Nak Try gek Makan Kuey Teow" Kami terus tergelak...




**Nama dan watak ni ada yang betul,so janganla marah***




Adam sanggup berubah untuk hawa kerana cinta itu amat lah unik dan indah.
Janganlah terkejut jika melihat teman anda berubah...
Kerana Sepinggan Kuey Teow....