Ayman temernung sorang-sorang sambil melihat orang lalu lalang depan khemah tempat ayman buka kaunter. yela esok ada JOM HEBOH kat MITC (28 Feb 2009). Semua berpasang2 ada yang bawak anak ada yang bawak anak dara orang...macam2 la. Ayman teringat pada insan yang jauh dari ayman sekarang. Insan yang ayman sayang. kadang kala perasaan rindu dalam hati ni sukar di bendung,apalagi melihat insan2 lain bahagia dengan pasangan masing2. Bukanla ayman ni desparate sgt... tapi perasaan rindu dan sayang ini anugerah tuhan yang tak ternilai harganya.
Namun ayman rasakan lagi jauh kita berpisah dengan insan yang kita sayang ini makin tinggi nilai kasih dan cinta kita padanya. Macam kata perpatah lah, sayang kan anak tangan2kan, sayang kan Isteri tinggal2kan. Jauh Di mata dekat di hati..
Tak dapat di nafikan fitrah manusia selalu merindui sesuatu yang jauh, tapi bila ada di depan mata tak tau pula nak hargai..ayman bukan bercakap bagi pihak adam jer...
Asalkan Kita ikhlas dan benar2 mencintai nya...
Walau jauh macam na pun tetap dihati ....
Ayman Siddiq
7.15 pm
27/2/09
Sedikit sebanyak mengenai kaum adam, mengenai kehidupan, kerjaya, percintaan dan pemikiran kaum adam. Situs ini hanyalah perjalanan hidup ku Ayman Siddiq di sebalik nama dan cetus pemikiran ku. Kehidupan dan harapan ku sebagai lelaki. Satu situs di mana Ayman Siddiq akan mengungkai misteri diri dan kaum Adam.
Sesungguhnya Tiada Yang Terindah daripada Ciptaaan Allah
Sesungguh adam hanyalah sebahagian ciptaaan Allah dalam Muka bumi ini yang melengkapkan rona perjalanan skrip Allah. Dimana Adam di hampirkan dengan Hawa yang acap kali menjadi peneman, rakan dan MuSUH Adam.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.
SeHingga tiada yang tertanding dengan Ciptaan Allah.
Friday, 27 February 2009
Monday, 16 February 2009
EGO+PENTINGKAN DIRI+AMBIL MUDAH=A.D.A.M??

Macam satu kemestian pula, lelaki dan ego di kait kan sekali. Adakah benar lelaki ini ego? Jadi wanita tak ego?, Benarkah lelaki ni hanya penting kan diri mereka sendiri sahaja?
Benarkah lelaki suka mengambil mudah semua perkara?....
Mari Ikut Ayman, kita teliti adakah semua dakwaan itu benar atau separuh benar...mungkin kami ADAM ada alasan untuk semua itu.
Kaum ADAM ini adalah kaum yang agak unik kejadiannya. Kaum yg boleh di kira pelopor kejadian manusia. Yela ALLAH menciptakan ADAM dahulu kemudian HAWA. Dan Hawa Di Ciptakan oleh-Nya atas permintaan ADAM yang nyata kesunyian didalam SYURGA yang indah. Maka oleh yang demikian kaum ADAM ini lebih bersikap "protective" berbanding kaum hawa yang lebih bersifat sensitif... Kerana sifat Protective kaum adam mereka sering di anggap DOMINAN dan EGO. Namun hakikatnya, kami hanyalah ingin melindungi kaum hawa yang lebih lemah dari pada kami. Sifat EGO dalam diri kami adalah sebagai satu pencetus kepada kejayaan kami ADAM sebagai ketua. Ego yang ada dalam diri kami membuat kami tidak mudah mengaku KALAH bukan Mengaku SALAH. Sebenarnya ego ini, bukan sahaja pada lelaki malah pada HAWA pun ada, kadang kala lebih teruk lagi. EGO wanita ni tidak la bersifat dominan tapi lebih bersifat prasit..di mana ego secara senyap dan tak nampak ini sebenarnya lebih hebat lagi. Contoh mudah ego isteri masa nak balik raya...dia tak la macam kita... bersifat dominan..."HA raya ni balik umah abang..." mereka ni lebih licik... "Bang, sayang nak balik umah mak jap la, nnti raya pertama kita nak balik umah ibu. Sayang bawak budak2 skali yer. Nanti abang amik la nak dekat2 raya" Lembut ja pujuk dia. So kami ni kaum ADAM memang terkenal dengan sifat tidak prejudis... jadi izin lah si Suami... Nak dekat raya, si isteri main mogok pula tak nak balik kampung suami... nak tak nak raya pertama umah si isteri la jawapnya. So tak adil la kalau nak kata lelaki sahaja ego...
Lelaki amat pentingkan persahabatan. Memang pahit sikit tapi itu lah hakikatnya. Tetapi masalahnya wanita sukar untuk memahaminya. Mereka sering menganggap lelaki itu penting kan diri. Namun alasan kami mudah... jika masih bercinta dan bertunang (bukan dah kawin) kerana yang selalu berfikir macam tu adalah mereka yg sedang bercinta, jika saya demam atau sakit, siapa yang akan teman saya, belilan nasi, beli air amik ubat... Girlfriend saya ker atau teman serumah saya? tentulah house mate saya...paling2 kuat pun dia boleh call jer la. Maka tidak kah wajar saya mengutamakan Persahabatan daripada percintaan... Kaum adam bukan pentingkan diri sendiri, Kami adalah rasional. Mengapa pula begitu. kadang kala kaum HAWA gemar meminta perkara yang kurang rasional, seperti teman kan cari kasut... kalau cari kasut, pergi kedai BATA amik jer terus bayar takpa, Ini, nak pergi survay satu-satu kedai...bukan ker membazir masa yang ada, sedangkan masa itu boleh di isi dengan aktiviti yang lebih baik seperti main futsal ker...ada juga faedahnya , badan sihat minda cergas. Selain itu, kenapa lelaki suka tunggu dalam kerata dan biarkan kaum wanita pg shooping sorang2, jawapan nya mudah... kalu kt K.L parking susah... kemudian mahal pula tu... biar la kami tunggu dalam kereta nampak parking attendent leh lari, Bukan apa duit parking tu boleh di buat shooping dek kaum wanita ni. kan jelas bahawa kami ni tak pentingkan diri.
Sesungguhnya hidup ini amat rumit. Dari segi kerja sehingga la hubungan cinta. Namun, kami pandai menangani semuanya. Kami tau mahu membahagikannya mengikut keutamaan: MUSTAHAK DAN PENTING, PENTING TAPI TAK MUSTHAK, KURANG PENTING TAPI PERLU, DAN MENGARUT...
Jadinya perkara yang rumit dapat di susun dengan mudah. bukan Kami suka amil mudah.
Tetapi malangnya kami selalu di cop suka amik mudah..dan perkara ini nyata tidak di senangi oleh kaum hawa yang nyata lebih suka buat benda mudah jadi susah. Mungkin mereka kaum hawa ini memang agak rumit kejadian dan emosinya, maka semua perkara yang mereka hadapi akan menjadi sukar.Misalnya bagaimana nak duit dari mesin ATM:
ADAM:
Parking Kereta
Turun Pergi Ke mesin
Keluarkan Wallet (kad semua di bahagian dEpan)
Cucuk kad
Tekan Pin Kod
Tekan Amount( tanpa Check Baki pun)
Amik duit, amik kad.
Amik Resit, tgk...buang...
HAWA:
Parking Kereta,
Bukak Hand Bag cari Wallet
Bukak Wallet Cari kad atm,(tak Jumpa)
Cari celah hand bag ada kat tepi (lupa semalam amik duit tak masukkan dalam wallet)
Amik sikat(sikat rambut)
Check Muka kat cermin kereta(wanita paling pandai memaksimumkan penggunaan ceremin dalam kereta)
Keluar kereta
Pergi kat ATM
Nampak pintu cermin (berhenti check baju)
Amik Kad,
Cucuk, tekan pin kod (2 kali cuba salah pin kod, Silap bank acc. lain acc bank lain pin kod)
Check H/phone cari pin kod
Tgk baki duit.
Termenung kejap.( Fikir cukup tak ni)
Tekan Amount
Amik duit
amik resit..tgk..buang...kutip balik (simpan takut lupa berapa dah tinggal)
Ternyata betapa mudahnya kaum adam berbanding kaum Hawa...
Adam di ciptakan hawa untuk menemaninya,
dicipatakan hawa bukan dari kepala untuk di junjung,
Bukan dari kaki untuk di injaki,
tapi dari rusuk, agar dekat di hati dan mudah di dakapi.
Ayman Siddiq
Thursday, 12 February 2009
A.D.A.M

Apabila di fikirkan memang bertuah di lahirkan sebagai Kaum ADAM ni. Banyak yang menarik apabila di lahirkan sebagai ADAM. Namun, dalam keseronokan menjadi Adam, kaum-kaum adam ni kadang2 lupa, yang di bahu mereka ni terpikul satu tangungjawap yang besar. Kalau di renung-renungkan kembali, macam tak sanggup pula jadi ADAM.
Sebagai lelaki nyata dan jelas, rumah tangga adalah di bawah tangungjawapnya. Kejayaan dan kegagalan sesebuah intituisi rumah tangga itu sedikt sebanyak terletak di tangan suami yang ternyata adalah lelaki. Selain itu peranan sebagai ketua juga sering di berikan kepada kaum ADAM, berbanding kaum hawa. Bukan nak memperkecil kan kebolehan kaum HAWA, namun sifat kepimpinan kaum ADAM ni lebih terselerlah, Yela unjuran Baginda Rasullah pun agak jelas dalam memilih ketua, antaranya pilih lah dari golongan lelaki. Jika sekarang banyak aktivis sosial meletakan satu KPI atau tala pengukur bagi mengukur keupayaan kaum HAWA dan Kaum ADAM bagi mencari kesama tarafan di antara dua Jentina. Namun, setelah di ukur dan di sukat, ternyata keputusannya agak pro kepada ADAM. Kami tidak pernah meletakan kaum HAWA di tempat kedua. Bagi kami wanita ada seperti Petrol yang mengerakan sesebuah kereta, Tanpa wanita kami tidak akan dapat bergerak pantas, walau pun sekarang dah ada NGV yang ternyata lebih Murah... Isu untuk meletakan wanita dan lelaki sbg sama taraf bukan la isu yang perlu di besar2kan. Kerana kewujudan kedua-dua kaum ini melengkapkan satu sama lain. Dan ini lah yang di namakan kitaran Hidup. Jika kaum ADAM, berasa megah dengan kekuatan dan kebolehannya.. Kaum Hawa pun ada kelebihan yang nyata tidak dapat di Lakukan oleh Kaum ADAM.
ADAM dan HAWA adalah Di ciptakan Oleh ALLAH secara berpasang2
Jangan lah ada iri dan cemburu di atas kebolehan setaip kaum
walaupun...
Sering kali, hawa kecewa dengan adam
begitu juga adam yang sering kecewa juga dengan hawa....
Ayman SiDDiq
Subscribe to:
Posts (Atom)